Tahukah anda setiap tahun kerosakan harta benda bernilai RM400 juta berlaku disebabkan oleh serangan anai-anai. Bagi anda yang rumah pernah di makan anai-anai tentu berpengalaman dengan kerosakkan yang mampu dilakukan oleh serangga seperti semut berwarna putih itu.
Dalam artikel ini, saya berikan langkah demi langkah yang anda boleh lakukan jika terjumpa anai-anai di rumah anda.
1. Langkah pemastian
Ini langkah pertama yang anda perlu buat. Pastikan bahawa apa yang anda jumpa itu benar-benar anai-anai. Berikut beberapa tanda mudah untuk pastikannya.
- Ketuk dengar bunyi - Tempat di mana anda rasa ada anai-anai itu biasanya ada bahan kayu. Samada bingkai pintu atau tingkap. Sekalipun ia kelihatan baik dari luar, cuba ketuk dengan bahan keras dan dengar bunyinya. Jika dengar macam kayu itu ada lompong di dalamnya, mungkin ia sudah habis dimakan anai-anai.
- Lorong garisan tanah - Anai-anai tak suka pada cahaya. Untuk elak dari cerah, mereka bina lorong dari tanah untuk bergerak di luar apabila tiada lorong di dalam rekahan lantai atau dinding rumah anda.
- Serpihan sayap - Kelkatu adalah anai-anai bersayap yang keluar dari sarang utamanya untuk membentuk koloni baru. Jika anda jumpa banyak serpihan sayap yang tertanggal dari badan anai-anai terutamanya berdekatan pintu atau tingkap, ertinya rumah anda berkemungkinan ada anai-anai
- Biji halus berwarna kayu - Najis anai-anai boleh ditemui berkumpul di bawah bahan kayu dengan banyak. Ia berwarna coklat seperti kayu yang halus.
- Kayu melepuh - Terutamanya pada lantai kayu, kelihatan melepuh atau rosak dari bahagian luar. Mungkin sudah lopong d dalamnya di makan anai-anai.
Tentukan jenis anai-anai yang ada. Biasanya hanya ada 2 jenis anai-anai yang sering menyerang rumah anda. Pertamanya di panggil anai-anai kayu kering atau Drywood Termites. Anai-anai jenis ini duduk dalam kayu dan makan perlahan-lahan. Biasanya ada pada perabut.
Jenis yang kedua yang paling banyak buat kerosakkan adalah anai-anai bawah tanah. Mereka tinggal di bawah tanah bawah rumah anda, atau di persekitaran bawah tanah rumah anda. Anai-anai ini yang biasanya merayau samada melalui celahan lantai atau dinding, atau melalui lorong tanah yang saya sebut di atas tadi.
2. Jangan kacau koloni
Sering berlaku, tuan rumah akan sembur racun aerosol pada anai-anai yang mereka jumpa. Elakkan dari berbuat begitu sebab mereka akan lari ke tempat lain yang tak diketahui nanti. Ini menyukarkan lagi proses untuk menghapuskan anai-anai tersebut.
Kuarantin tempat itu dan elakkan dari penggunaannya. Biar dia kekal di situ jangan kacau untuk memudahkan proses menghapuskan mereka nanti.
3. Periksa menyeluruh
Segera buat pemeriksaan menyeluruh pada rumah anda di semua tempat untuk kenal pasti tahap serangan yang telah berlaku. Sering kali berlaku, apabila anda sudah temui anai-anai, ia sudah terlewat. Sudah banyak kerosakkan berlaku di banyak tempat lain. Ada pemilik rumah yang terkejut apabila buka almari yang lama tidak dijenguk di dalam rumahnya menjadi sarang penuh dengan tanah dan anai-anai.
Periksa di semua tempat ada struktur kayu, pintu dan tingkap, skirting, tangga, stor bawah tangga, bilik air, dapur di bawah singki dan lain-lain lagi tempat yang sejuk dan lembab terutamanya. Kalau ada ruang bawah tanah, periksa dengan menyeluruh semua bahagian di dalam ruang itu.
4. Hubungi syarikat hapus anai-anai
Anda boleh skip semua proses di atas dengan menghubungi syarikat pest control yang berlesen dan terlatih. Mereka jauh lebih cekap dengan pengalaman berhadapan dengan masalah -anai-anai sepanjang masa.
Minta mereka lakukan pemeriksaan menyeluruh, kenal pasti jenis anai-anai dan tahap kerosakkan yang telah berlaku.
Selalunya syarikat pest control terlatih berkan khidmat percuma untuk kerja pemeriksaan. Kalau ada yang kenakan bayaran, ia adalah sangat minima dan berbaloi untuk anda gunakan khidmat mereka.
Setelah selesai, minta cadangan rawatan dan sebut harga untuk hapuskan masalah anai-anai dari rumah anda.
5. Pilih cara rawatan
Ada 2 cara paling popular dalam urusan menghapuskan anai-anai bawah tanah yang menyerang rumah.
a, Bahan kimia
Ini cara paling mudah dan sangat konvensional. Sembur saja dengan bahan kimia penghapus anai-anai pada kawasan serangan. Buat semburan pada siling kayu di struktur bumbung rumah untuk merawat kayu di atas bumbung rumah itu. Sembur juga di sekeliling rumah di semua tempat bertanah dengan mengorek lubang agar tanah di sekeliling mendapat rawatan anai-anai. Ada yang hentikan rawatan takat ini saja untuk jimatkan kos, tapi tiada jaminan diberikan.
Untuk buat rawatan bahan kimia pada slab, lubang perlu ditebuk di sepanjang lantai berhampiran dinding. Jarak antara 2 lubang adalah dalam satu setengah kaki. Setiap lubang kemudiannya disuntik dengan bahan kimia supaya ia menyerap masuk merawat tanah di sekitar slab rumah. Tempoh masa untuk buat semua kerja itu lebih kurang separuh hari.
Kos boleh tahan juga bergantung kepada jumlah lubang yang ditebuk dan jenis bahan kimia yang digunakan. Selepas siap, lubanhg ditutup semula dengan simen dan akan tinggalkan kesan tompok sebesar duit siling pada setiap lubang. Ini membuatkan ada orang tidak gemar teknik ini. Lebih-lebih lagi jika tile semua dah cantik, akan jadi cacat sikit. Jaminan diberikan antara setahun ke 2 tahun. Ada syarikat yang berani berikan jaminan sampai 5 tahun. Jadi pastikan syarikat dipilih dah lama ada dalam pasaran jika anda diberi janji sampai 5 tahun.
b. Sistem umpan
Ini cara yang lebih mesra alam dan tidak menggunakan bahan kimia. Juga tidak perlu tebuk lubang di lantai rumah. Stesen umpan akan dipasang pada tempat yang sesuai di mana ada serangan anai-anai dan dipantau sehingga umpan di makan.
Umpan akan ditambah dari masa ke masa sehingga keseluruhan anai-anai mati. Ada cara untuk ketahui samada anai-anai dah berjaya dihapuskan. Semua syarikat yang dilantik sebagai pemasang sistem umpan dilatih dengan baik untuk melaksanakan kerja profesional mereka.
Masa yang diperlukan untuk pastikan semua anai-anai berjaya dihapuskan antara 2 minggu ke sebulan atau 2 bulan. Tapi untuk pasang stesen ambil masa sekejap saja dan stesen akan dibiarkan di tempatnya tak boleh diganggu. Pekerja pest control akan datang dalam tempoh seminggu atau 2 minggu sekali untuk pantau.
Cara ini lebih digemari oleh pemilik rumah yang tak suba bahan kimia dan tak suka rumah mereka ditebuk penuh banyak lubang sekeliling dinding luar dan dalam. Harganya sangat berpatutan berbanding bahan kimia di atas tadi.
Anai-anai kayu kering
Rawatan untuk anai-anai jenis ini berbeza dari yang di atas tadi. Biasanya rawatan fumigasi dilakukan jika serangan ada pada perabut atau kayu lain yang boleh diubah. Kayu di bungkus dengan tarpan dan gas dimasukkan untuk membunuh anai-anai di dalam kayu tersebut.
Oleh kerana gas yang digunakan sangat bahaya, orang yang melakukan rawatan itu mesti ada lesen fumigasi yang sah.
Satu lagi cara adalah dengan melakukan rawatan haba. Kayu dipanaskan untuk mematikan anai-anai di dalamnya.
Anda perlu menilai semua alternatif yang ada yang diberikan oleh syarikat pest control berlesen dan buat keputusan untuk mengambil yang mana satu.
6. Melaksanakan rawatan
Selepas dah buat keputusan, anda perlu bersedia untuk menerima kunjungan pekerja syarikat pest control untuk melakukan rawatan. Seperti yang saya sebut di atas tadi. Masa bergantung kepada jenis rawatan yang anda pilih.
Jika fumigasi, anda perlu keluar dari rumah dan ikut arahan syarikat pest control yang buat rawatan. Jika tebuk lubang juga, seeloknya anda keluar dari rtumah juga sebab bunyi bising kerja drill untuk tebuk lubang tu dan rumah agak berserakan, kecuali anda ada rumah 2 tingkat.
Untuk sistem umpan, anda boleh tengok cara pemasangan tak ada masalah. Mereka akan datang lagi untuk pemantauan dari masa ke masa.
7. Baiki & pencegahan
Bila dah selesai semua kerja menghapuskan nai-anai, anda boleh mula buat pembaikan pada mana-mana kayu yang sudah kena makan anai-anai. Tukar mana yang dah rosak teruk dengan yang baru.
Menggunakan bahan kimia dengan menyuntik nya sebagai penghalang di sekeliling rumah juga boleh dilakukan untuk menghalang serang di masa hadapan.
Anda juga boleh pasang stesen anai-anai In-Ground yang di tanam di sekeliling rumah sebagai usaha untuk mencegah anai-anai dan mematikan anai-anai dengan lebih mudah di masa depan. Stesen akan dipantau oleh syarikat pest control setiap sebulan atau 2 bulan sekali. Jika ada anai-anai, umpan akan dimasukkan ke dalam stesen.
Usaha melakukan pemeriksaan secara berkala juga dapat membantu pencegahan. Anda boleh ambil servis pest control umum merawat lipas, semua dan tikus dan masukkan sekali khidmat pemeriksaan anai-anai.
Pastikan rumah anda sentiasa kering. Jika ada paip bocor segera baiki supaya tidak membuatkan rumah jadi lembab dan menarik untuk anai-anai. Jangan rapatkan kayu atau bahan-bahan berkayu dengan dinding rumah anda kerana ini mengundang kehadiran anai-anai.
Satu lagi usaha terbaik adalah untuk pertimbangkan bahan-bahan yang anti anai-anai dalam rumah anda sebagai pilihan utama.
Moga langkah yang dikongsikan di atas bermanfaat untuk pembaca.
Jika anda perlukan khidmat pest control, boleh berhubung dengan syarikat Easelife Pest Control yang berlesen dan bertauliah sebagai pemasang sistem umpan anai-anai Exterminex. Call Athira 010-234 2542 atau wasap dengan klik di sini.
No comments:
Post a Comment