Thursday, December 14, 2023

Perlu ada sijil khidmat kawalan makhluk perosak untuk mohon lesen perniagaan kedai runcit

  Ano Nyme       Thursday, December 14, 2023


Jika anda mahu menjalankan perniagaan kedai runcit atau lebih dikenali sekarang sebagai mini market, anda perlu mendapatkan lesen perniagaan dari pihak majlis perbandaran yang berkenaan di kawasan tempat anda menjalankan perniagaan.

Buat anda yang tidak pernah memohon lesen perniagaan dari pihak majlis, langkah pertama adalah untuk dapatkan borang 'Borang Permohonan Lesen Perniagaan & Iklan'. Perlu isi semua maklumat yang diperlukan dalam borang.

Dalam borang juga diberikan senarai semakan lengkap segala perkara yang anda perlu sediakan ketika menghantar borang kepada pihak majlis. Dalam senarai semak ada senarai khas untuk permohonan premis yang melibatkan makanan, dalam kurungan di tulis restoran, dalam senarai itu disyaratkan ada sijil kawalan makhluk perosak.

Soalan: "Saya hanya buka kedai runcit dan bukan restoran, adakah saya perlukan perkhidmatan kawalan makhluk perosak?"

Itu soalan biasa yang peniaga kedai runcit ajukan setiap kali mahu memohon lesen perniagaan untuk kedai runcitnya.

Jawapannya adalah "YA !"

Dalam kedai runcit ada makanan samada yang basah atau yang kering, yang terdedah atau yang berbungkus, ia berhadapan dengan risiko serangan makhluk perosak terutamanya tikus, lipas dan lalat.

Kedai runcit dan makhluk perosak

Pernahkan anda masuk ke kedai runcit ketika membuat tinjauan mencari barang yang anda mahu beli, terbau sangat pekat di dalam kedai tersebut. Ada bau kencing tikus yang sangat hamis. Ada kalanya berbau najis lipas yang sangat kuat.

Apa perasaan anda ketika itu?

Tentu terbayangkan bagaimana semua makhluk perosak itu merayap mencari makan di malam hari ketika kedai tidak beroperasi. Habis segala makanan dipijak dan dinajiskan. Esoknya sebelum buka kedai, pemilik hanya akan sapu sampah bersihkan kedai dan beroperasi seperti biasa.

Dan begitulah saban hari berlaku di mana waktu siang orang ramai masuk keluar kedai dan waktu malam tikus dan lipas pula berpesta.

Cuba anda pergi ke bahagian roti, ambil dan cium bagaimana baunya. Tentu ada bau roti yang sedap tu dan kalau nasib tak baik, kedai tu tak kawal masalah tikus, bau roti itu bercampur pula dengan bau kencing tikus!.

Adakah anda akan beli roti tersebut?

Dah tentu tak akan beli.

Kalau pengguna yang tak perasan, dia beli juga tanpa sedari ada kencing tikus bertaburan atas plastik roti itu yang sudah kering. Dia pegang dan kemudian buka bungkusan roti tersebut untuk ambil dan makan. Tangannya sudah tercemar najis tikus dan dia pegang pula roti itu. Kesian pengguna malang itu yang berhadapan risiko penyakit bawaan kencing tikus!

Kerugian barang rosak

Ada musimnya tikus akan melakukan aktiviti asah gigi. Ketika itu, habis benda keras digigitnya. Orang kampung percaya bahawa itu adalah perbuatan membalas dendam tikus jika ada sesuatu yang dilakukan oleh pemilik premis.

Ada juga yang percaya jika anda sebut marah-marah dan maki hamun tikus, dia akan dengar dan akan balas dendam di malam harinya. Orang kampung tak berani sebut perkataan 'tikus' ketika menyumpahnya. Tapi dia akan sebut 'Cik Ti". Itu adalah salah satu cara untuk pastikan tikus tak faham bahawa sumpah serapah itu ditujukan untuknya.

Walau apapun yang anda percaya, tikus tetap akan rosakkan barang jika ada banyak berkeliaran di dalam kedai runcit anda. 

Barang makanan yang berlubang di makan dan dirosakkan oleh tikus mengundang kerugian kepada peniaga jika tidak dikawal dengan baik.

Kalau anda biarkan saja, jual juga dan pengguna tak sedar lalu membelinya. Dia akan sedar juga di rumah nanti. Tentu ada persepsi buruk terhadap kewibawaan anda sebagai peniaga jujur di masa yang akan datang, dia tak mahu singgah membeli lagi dan memilih kedai lain.

Kos kerosakkan dan kos reputasi perniagaan sangat besar jika anda abaikan kawalan makhluk perosak ini.

Bukan sekadar mahukan lesen

Jika pihak majlis tetapkan syarat untuk permohonan lesen adalah perlu ada sijil kawalan makhluk perosak, maka ia bukanlah bertujuan untuk menyusahkan peniaga.

Ia berdasarkan pengalaman yang telah dilalui dalam menjalankan perkhidmatan mereka untuk pastikan pengguna terjaga kepentingannya. Juga untuk pastikan aktiviti kawalan penyakit berjangkit dan bawaan makhluk perosak dilaksanakan untuk kepentingan penduduk.

Anda juga sebagai peniaga dan penduduk, perlu turut sama menjaga kesejahteraan masyarakat agar semua orang terpelihara dari bahaya penyakit.

Ada peniaga yang minta syarikat kawalan makhluk perosak berikan sebut harga, ambil kontrak, dan buat servis sekali untuk dapatkan semua dokumen yang diperlukan untuk permohonan lesen. Kemudian bila dah dapat, dia tamatkan saja kontrak syarikat pest control itu sebab nak jimatkan duit dan rasa itu semua tidak diperlukan.

Itu memang satu sikap yang tidak jujur dan bakal mengundang masalah kepada masyarakat. Jika anda baru nak berniaga, tempat masih baru dan tak ada masalah, semuanya boleh dibincang dengan syarikat pest control agar berada dalam 'win-win situation'

Selain dari elakkan kerugian, jimatkan kos kawalan serangga dalam jangka panjang, anda juga membantu masyarakat dengan menjadi ahli yang perihatin.

Sama-samalah kita semua menjaga kesejahteraan negara!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perlu ada sijil khidmat kawalan makhluk perosak untuk mohon lesen perniagaan kedai runcit

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment