Pest Control dalam Bahasa Inggeris diterjemahkan ke Bahasa Malaysia sebagai kawalan serangga.
Perkataan Control tu memang bermaksud kawalan.
Tapi, perkataan 'pest' tu bukannya bermaksud serangga secara tepat. Cuma serangga tu adalah sebahagian dari apa yang dimaksudkan pest.
Rujuk dalam kamus Bahasa Inggeris, pest bermaksud gangguan samada orang, binatang atau apa saja benda. Dalam industri pertanian pulak, pest bermaksud serangga yang merosakkan tanaman.
Jadi, dalam Bahasa Inggeris, makna pest lebih luas berbanding ditukarkan ke Bahasa Malaysia sekadar serangga.
Untuk maklumat, rumput, lalang, atau rumpai juga merupakan salah satu dari makhluk yang mengganggu manusia dan keberadaannya tidak diingini di sesetengah tempat. Tak hairanlah jika salah satu dari kerja kawalan yang pekerja pest control lakukan adalah membenteras rumpai yang tumbuh di tepi-tepi jalan umpamanya.
Kerja pest control tak glamour
Anda tentu pernah lihat seorang pekerja, berpakaian lengkap, menyangkut bakul plastik di belakangnya sambil tangan memegang pam. Dia jalan perlahan-lahan sepanjang tepi jalan sambil menyembur cecair di celah-celah sempitan jalan atau longkang.
Tiada sesiapa yang ambil peduli pekerja tersebut. Itu tandanya kerja yang sedikitpun tidak glamour. Dia buat kerja hapuskan rumpai, lumut atau tumbuhan liar yang ada di sepanjang jalan raya. Kalau bukan kerana usaha yang dia lakukan, sekejap saja kiri kanan jalan penuh dengan lumut dan rumpai meliar.
Kalau anda lihat kerja sebenar juruteknik kawalan serangga dan makhluk perosak buat kerja kawalan lipas di rumah, anda tentu tak mahu kerja di syarikat pest control. Bagi rumah atau kedai makan yang ada serangan teruk lipas Amerika yang besar dan busuk tu, pekerja pest control akan buka semua tudung lubang najis dan buat semburan penuh di sana.
Kalau sedang suap nasi, elok jangan bayangkan apa rupa bahan yang ada di dalam tangki najis belakang rumah anda tu!.
Itu salah satu dari kerja kotor tapi perlu dilakukan oleh para juruteknik pest control demi mencari makan sesuap nasi untuk menyara anak-anak di rumah.
Perlu ada orang yang sanggup dan biasakan diri buat kerja kotor demi kesejahteraan semua orang secara umum. Dan itulah para pekerja di syarkat pest control lakukan.
Kebaikan kawalan serangga
Samada glamour atau tidak, kerja-kerja pest control perlu juga dilakukan sebab ada banyak manfaatnya untuk anda. Saya senaraikan di bawah antara manfaat yang ada.
- Lindungi rumah, hartanah dari kerosakan - Antara kerosakan paling banyak berlaku pada struktur bangunan terutamanya yang lama adalah disebabkan serangan anai-anai. Selain dari itu, tikus juga rosakkan siling, lantai, wayar dan dinding rumah anda.
- Memelihara kesihatan anda - anda pun tahu adanya serangga dan makhluk perosak yang menjadi punca kepada masaah kesihatan. Lipas, lalat, tikus, nyamuk, malah burung dan kelawar juga ada potensi timbulkan masalah kesihatan.
- Tingkatkan nilai hartanah - Kalau nak jual rumah, pastikan rumah itu bebas dari serangan serangga dan makhluk perosak. Bersih dan tiada kerosakan serta dapat dirasakan nyaman. Nilai rumah anda adalah lebih tinggi dari biasa.
- Tingkatkan imej perniagaan - Terutamanya untuk anda yang jalankan perniagaan makanan, pest control adalah perkara wajib. Tak ada pelanggan yang sanggup ulang pergi ke kedai yang masuk saja bau tengik tikus dan taik lipas menerjah masuk ke lubang hidung!
- Memberikan kedamai jiwa - Ini yang paling penting jika anda ada ambil khidmat syarikat pest control untuk uruskan segala masalah pest di rumah. Musang naik bumbung, biawak masuk lubang najis, tikus mati tersepit atas siling dan lain-lain lagi, merekalah yang akan uruskan dengan baik dan sempurna.
Berapa kos khidmat pest control
Dalam memilih syarikat pest control, anda tak boleh lari dari pertimbangkan keperluan dan bajet yang ada tersedia dalam akaun bank anda.
Memang kosnya agak tinggi berbanding jika anda buat sendiri kesemua kerja kotor dan mencabar tu. Tapi sekalipun agak tinggi, manfaat yang anda dapat adalah jauh mengatasi kosnya.
Untuk khidmat kawalan serangga perosak umum seperti Lipas, semua dan Tikus di rumah, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM600 untuk setahun punya perkhidmatan.
Syarikat pest control akan pergi ke rumah untuk lakukan servis rutin mereka setiap 2 bulan sekali. Ketika itu mereka akan lakukan sekali pemeriksaan sekeliling rumah dan berikan cadangan untuk tindakan pencegahan kepada tuan rumah. Ini akan membolehkan tuan rumah mengelak dari potensi masalah di masa depan.
Itu harga untuk rumah teres biasa atau semi-D. Jika rumah anda sebuah banglo, luas dan banyak pokok, taman dan sebagainya, harganya adalah berbeza. Tambahan lagi jika ada dimasukkan khidmat fogging dan membunuh jentik-jentik untuk cegah masalah denggi.
Untuk restoran atau premis perniagaan, anda perlu panggil syarikat pest untuk datang buat pemeriksaan dan kemudiannya berikan cadangan bersama harga untuk urusan pest control di premis perniagaan anda itu.
Jika di ambil pakej, kawalan secara rutin dan berkala, kosnya jadi jauh lebih rendah daripada biar dah teruk baru nak panggil syarikat pest control datang.
Method kawalan yang di lakukan
Teknik bergantung kepada masalah pest yang dihadapi. Secara umumnya syarikat pest control akan menggunakan racun serangga yang berada di bawah kawalan pihak berkuasa di negara kita. Tak ada racun bahaya yang digunakan.
Asalkan syarikat yang anda ambil itu bertauliah dan berlesen serta ada pengalaman lama dalam industri, mereka akan patuhi undang-undang jika mahu terus cari makan dengan perniagaan tersebut.
Ada juga tambahan teknik seperti penggunaan perangkap, pencegahan, atau penggunaan umpan.
Contohnya anai-anai, umpan digunakan untuk dimakan oleh anai-anai dan seterusnya keseluruhan koloni di bawah rumah anda itu akan terhapus licin.
Jika anda perlukan khidmat pest control di kawasan lembah kelang dari syarikat yang berlesen dan berpengalaman sejak 1998, boleh hubungi Easelife Services Sdn Bhd atau Wasap terus kepada wakil jualan dengan klik di sini.
No comments:
Post a Comment