Pelbagai situasi akan kita hadapi dalam kehidupan ini. Jika berlaku kebakaran kita akan hubungi pihak bomba. Jika mengalami kesakitan kita akan jumpa pakar atau doktor di hospital. Begitu juga kalau rumah ada makhluk perosak, kita akan hubungi pakar kawalan makhluk perosak.
Terdapat juga petua yang banyak untuk hapuskan makhluk peosak. Boleh jika diamalkan petua-petua yang dapat membantu kita, tapi adakalanya keberkesanan hanya sementara. Esok lusa berkemungkinan makhluk perosak akan muncul semula. Oleh sebab itu, kehadiran pakar kawalan makhluk perosak dapat membantu anda dalam menangani masalah berkaitan makhluk perosak.
Berikut adalah 2 sebab penting kenapa anda perlu khidmat pakar kawalan makhluk perosak:
1) Pakar kawalan makhluk perosak
Pakar kawalan makhluk perosak bermaksud pihak yang pakar dalam membasmi makhluk perosak seperti semut, lipas, tikus, pepijat, kutu, anai-anai dan sebagainya di persekitaran anda. Kami mempunyai pengetahuan seperti mengenalpasti perwatakan, kelakuan, cara menangani dan pencegahan makhluk perosak.
Juruteknik yang terlatih dan berpengalaman akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di rumah anda tidak kira masalah tersebut baru saja berlaku atau sudah lama. Penyelesaian yang terbaik amat penting untuk anda menyelesaikan masalah berkaitan makhluk perosak.
Syarikat pakar kawalan makhluk perosak mempunyai lesen pengendali kawalan makhluk perosak untuk beroperasi. Lesen ini akan diberikan kepada syarikat yang berdaftar untuk menjalankan servis kawalan makhluk perosak di mana-mana lokasi seperti rumah, pejabat atau restoran.
2) Bantu selesaikan masalah makhluk perosak
Pakar kawalan makhluk perosak akan memberikan bantuan kepada anda dalam mengatasi masalah makhluk perosak. Kami mempunyai peralatan yang lebih sesuai dan berkesan dalam memudahkan menangani masalah makhluk perosak di persekitaran anda.
Servis secara berkala dapat membantu anda menyelesaikan masalah makhluk perosak. Sebagai contoh, makhluk perosak seperti anai-anai tidak dapat dihapuskan dengan sekali servis sahaja. Dengan servis yang dilakukan secara berkala pihak kami akan terus memberikan servis yang terbaik dalam menangani masalah anai-anai di kediaman anda.
Selain itu, pihak kami menggunakan bahan kimia yang sesuai dalam menangani masalah makhluk perosak di samping mendapat kelulusan Jabatan Pertanian. Terdapat beberapa kelas bahan kimia dari yang sesuai digunakan kepada yang paling berbahaya. Oleh itu, anda dinasihatkan jangan sebarangan guna bahan kimia untuk hapuskan makhluk perosak tanpa ada panduan yang sewajarnya.
Jangan rasa gusar untuk hubungi pakar kawalan mahkluk perosak. Pihak kami akan berikan servis yang terbaik kepada anda supaya masalah makhluk perosak di persekitaran anda selesai. Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak anda.
Di E Pest Control, pihak kami komited dalam membantu anda untuk mengurangkan masalah makhluk perosak yang dihadapi. Hanya hubungi pihak E Pest Control dan kami akan cadangkan cara yang sesuai seterusnya dapat menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.
Pihak kami mengadakan PROMOSI servis kawalan makhluk perosak (Rujuk poster di atas). Hapuskan semut, lipas dan tikus di kediaman anda. Dapatkan nasihat profesional dari pakar kawalan makhluk perosak dengan 2 langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada makhluk perosak di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.
No comments:
Post a Comment