1) Lipas Amerika (Periplaneta Americana)
Lipas Amerika atau panggilan saintifiknya Periplaneta Americana adalah merupakan spesis terbesar, mempunyai kitaran hidup terpanjang dan selalunya dianggap sebagai makhluk perosak. Spesis ini kebiasaannya dapat dijumpai di sekitar isi dan luar rumah terutamanya di bahagian dapur. Spesis ini juga dapat bergerak dengan pantas dan mampu masuk ke celah lubang-lubang kecil walaupun ukurannya yang cukup besar. Lipas Amerika boleh dianggap sebagai salah satu serangga terpantas apabila bergerak dan boleh terbang. Debu rumah yang mengandungi najis lipas dan bahagian badan spesis ini mampu memberi reaksi alergi dan asma pada individu tertentu.
2. Lipas Jerman (Blattella Germanica)
Seterusnya, spesis Blattella Germanica atau Lipas Jerman adalah merupakan spesis lipas yang kecil sekitar 1.1cm hingga 1.6cm saiz badannya. Spesis ini mempunyai sayap akan tetapi spesis ini tidak biasa untuk terbang walaupun terdapat ancaman. Daripada beberapa spesis lipas yang wujud di Malaysia, berkemungkinan spesis ini adalah contoh yang paling menyusahkan. Spesis ini kebiasaannya dapat dijumpai di kawasan rumah, restoran, hotel, dan institusi seperti tempat asuhan kanak-kanak. Species ini juga membiak lebih cepat berbanding spesis lipas yang lain.
3) Lipas Perang (Periplaneta Brunnea)
Lipas Perang atau Periplaneta Brunnea mempunyai bentuk yang lebih kurang sama dengan Lipas Amerika tetapi mempunyai warna yang lebih gelap dan lebih lebar. Spesis ini berwarna coklat kemerah-merahan dan biasanya panjang badan spesis ini bersaiz sehingga 4cm. Spesis ini kebiasaannya dapat dijumpai di sekitar isi dan luar rumah.
4) Lipas Australia (Periplaneta Australasiae)
Lipas Australia, juga mempunyai bentuk yang lebih kurang sama dengan Lipas Amerika sehingga spesis ini sukar untuk dikenalpasti samaada ia adalah spesis Amerika atau Australia. Tetapi, jika dilihat dari segi saiz spesis ini lebih kecil dan mempunyai corak berwarna kuning di bahagian kepala dan di bahagian sisi sayapnya.Sifatnya juga hampir sama seperti lipas Amerika, dimana ia juga bergerak dengan pantas dan mampu masuk ke celah lubang-lubang kecil walaupun ukurannya yang cukup besar dan kebiasaannya aktif pada waktu malam di sekitar isi dan luar rumah.Kebiasaannya, lipas Australia akan dijumpai di dalam rumah untuk mencari makanan atau tempat tinggal, tetapi ketika cuaca panas ia akan mencari kawasan-kawasan yang sejuk seperti pejabat.Spesis ini juga lebih memilih tumbuh-tumbuhan sebagai makanan.
5) Lipas Udang Karang (Nauphoeta Cinerea)
6) Lipas Harlequin/Warna-Warni (Neostylopyga Rhombifolia)
Lipas warna-warni atau Lipas Harlequin adalah antara spesis lipas yang kebiasaannya dijadikan sebagai peliharaan oleh kerana warna dan coraknya yang menarik dan cantik.Spesis ini juga mampu bergerak pantas termasuk pada permukaan licin. Lipas Harlequin ini juga mampu untuk menghasilkan bahan kimia yang berbau untuk mempertahankan dirinya daripada pemangsa dan oleh kerana itu spesis ini jarang digunakan untuk mengumpan atau memberi makan haiwan-haiwan reptilia yang liar atau peliharaan. Kebiasaanya, Spesis ini dijumpai di sekitar isi dan luar rumah.
7) Lipas Berjalur Perang (Supella Longipalpa)
Lipas berjalur perang adalah merupakan spesis domestik kecil yang menghabiskan jangka hayatnya di dalam isi rumah terutamanya di kawasan-kawasan yang kering. Lipas berjalur perang mempunyai bentuk rupa yang hampir sama dengan lipas Amerika akan tetapi ia mempunyai saiz yang lebih kecil dan warnanya yang lebih kepada coklat terang. Spesis ini juga di panggil sebagai "lipas perabot", kerana ia gemar bergerak secara menyeluruh di dalam rumah walaupun persekitaran rumah tersebut tidak mempunyai sumber makanan.Tempat yang digemari spesis ini adalah di bawah katil, sebalik meja dan di belakang gambar-gambar yang digantung.
8) Lipas Licin (Symploce Pallens)
9) Lipas Surinam (Pycnoscelus Surinamensis)
10) Lipas Padang (Blattella Vaga)
11) Lipas Dubia (Blaptica dubia)
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada lipas di persekitaran saya !2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah lipas di kediaman anda.
No comments:
Post a Comment