Thursday, September 10, 2020

3 perkara paling sensitif bagi anai-anai

  nurthiera       Thursday, September 10, 2020

Bukan orang sahaja yang sensitif, anai-anai pun sensitif rupanya. Bukan marah sikit dah merajuk, tapi jenis kalau ganggu tempat/laluan dia akan berpindah ke tempat lain. Lagi lah susah nak cari di kawasan mana tempat laluan dia yang baru. 

Adakah disebabkan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, sekejap hujan sekejap panas. Cuaca juga memainkan peranan penting dalam masalah anai-anai ya. Rata-rata pelanggan E Pest bertanyakan cara untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman mereka, mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kawalan makhluk perosak adalah tepat. Hal ini disebabkan anai-anai perlukan kaedah yang bersesuaian kerana kita bukan hanya berdepan dengan seekor dua anai-anai tetapi satu koloni yang ada beribu ekor anai-anai.

Selalunya bila anai-anai aktif dan menyerang rumah anda, jika ganggu laluan dia hari ini, esok lusa mungkin dah muncul laluan baru. Begitu cepat anai-anai bekerja, sebab tu kadang-kadang dalam masa beberapa bulan sahaja dah boleh nampak kesan tinggalan anai-anai pada kediaman anda seperti pintu nak tercabut, perabot berlubang dan siling kayu ade kesan anai-anai. 

Oleh itu, penting untuk anda tahu perkara yang sensitif bagi anai-anai. Info berikut boleh digunakan untuk mengurangkan risiko anai-anai membuat sarang dan menyerang kediaman anda. Berikut merupakan antara perkara yang sensitif bagi anai-anai untuk info bersama:

1) Cahaya panas 


Cahaya panas seperti matahari ataupun cahaya lampu merupakan salah satu perkara yang sensitif bagi anai-anai. Sebab tu kalau boleh dapat kita lihat, semua sarang anai-anai kebanyakkan di dalam tanah memang tidak dapat dikesan. Laluan anai-anai juga dibuat dengan pasir seolah-olah ruang yang ada menghalang cahaya untuk masuk ketika anai-anai melaluinya. Jika kita korek sedikit pasir tu, anai-anai akan lari dan sebolehnya tidak akan melalui laluan yang telah diganggu tadi. 

Laluan anai-anai selalu dapat dilihat di kawasan gelap, kerana mereka tidak suka akan tempat yang cerah. Laluan tersebut seperti di celahan atau rekahan dinding, di belakang almari, sudut tilam, di bawah meja atau perabot, bilik yang gelap dan di mana sahaja kawasan yang terlindung dari cahaya. Sebab itu bila anai-anai dah buat kerosakan kita lambat nak kesan disebabkan anai-anai muncul di kawasan yang kita tak jangka dia boleh datang dan bawa satu koloni untuk menyerang kawasan rumah kita. 

Oleh itu, pastikan anda kerap periksa kawasan yang terlindung dari cahaya untuk mengelakkan menjadi laluan anai-anai. Pastikan juga lampu di rumah anda berfungsi dengan baik supaya kawasan rumah anda tidak gelap seterusnya beri peluang pada anai-anai untuk menyerang kediaman anda. 

2) Bunyi bising dan gegaran 


Bunyi bising juga merupakan antara salah satu perkara yang sensitif bagi anai-anai. Bunyi bising dan kuat dapat mengganggu aktiviti dan berisiko beri peluang kepada anai-anai untuk lari atau pindah ke kawasan lain. Sudah satu hal pula nak cari anai-anai di kawasan lain. 

Bunyi bising seperti aktiviti pengubahsuaian, gegaran drilling dapat mengganggu anai-anai. Ia akan mengganggap sebagai ancaman dan akan lari daripada keadaan tersebut. Oleh itu, sila berjaga-jaga jika ada jiran-jiran anda yang buat pengubahsuaian di kawasan sekitar anda. 

Mana tahu ada anai-anai di kediaman mereka, semasa buat pengubahsuaian anai-anai lari ke rumah anda cari sumber makanan baru. Sebab tu, sebelum memulakan proses pengubahsuaian dan jika ada anai-anai di kediaman anda, pihak kami akan syorkan anda melakukan rawatan untuk membasmi anai-anai terlebih dahulu.  
Nota : Ada juga sesetengah orang ambil mudah tentang kehadiran anai-anai dimana ada terlihat kesan anai-anai di kediaman tapi buat tak tahu sahaja dan teruskan proses pengubahsuaian. Selepas selesai semua, rumah dah cantik diubahsuai tiba-tiba anai-anai keluar, tak ke rugi sebab perabot baru dimakan anai-anai. 

3)Semburan racun 


Semburan racun paling sensitif bagi anai-anai, tambah-tambah kalau racun yang anda beli di kedai hardware dan guna tanpa kuantiti yang betul. Bau yang ditinggalkan cukup untuk membuatkan anai-anai lari daripada kawasan tersebut. 

Harus diingatkan, anai-anai yang anda berjaya hapuskan hanyalah di permukaan kawasan tersebut sahaja, namun terdapat beribu lagi anai-anai di sarang mereka. Hari ini anda sembur dengan racun seperti ridsect, esok lusa dah naik laluan baru yang dibuat anai-anai. Oleh itu, elakkan untuk sembur jika anda ternampak anai-anai di kediaman anda. 

Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan anai-anai. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan perkhidmatan yang terbaik untuk menghapuskan anai-anai di kediaman anda tidak kira baharu atau lama. 

Jangan biarkan masalah anai-anai mengganggu anda. Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada anai-anai di persekitaran saya !
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman anda.

Nota: Kesemua gambar adalah ikhsan GOOGLE 

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 perkara paling sensitif bagi anai-anai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment