Seperti baru semalam Perdana Menteri Malaysia umumkan negara berada di dalam tempoh pemulihan, tetapi minggu ini kita dikejutkan dengan berita peningkatan jumlah kes yang sehingga kini jumlahnya kembali mencecah tiga angka. Walaupun melibatkan kes import, ini merupakan perkembangan yang agak membimbangkan.
Kementerian Kesihatan telah menetapkan SOP yang terbaik mengikut data yang ada dan rakyat seharusnya patuh akan SOP yang ditetapkan untuk mengurangkan kebolehjangkitan Covid-19, namun sejauh manakah rakyat Malaysia dapat mengikut kesemua SOP yang telah ditetapkan ini. Kes yang meningkat saban hari menunjukkan masih terdapat ancaman Covid-19 dan rakyat Malaysia diminta agar jangan leka dan mengambil mudah berkenaan keselamatan mereka serta ahli keluarga.
Antara kes tular akibat tidak patuh SOP baru-baru ini ialah kes import yang gagal kuarantin diri selama 14 hari di rumah lalu keluar makan dan mengundang risiko jangkitan kepada orang lain dan individu tidak berpuas hati kerana peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di premis yang dikunjungi, ini jelas menunjukkan bahawa masih terdapat rakyat Malaysia yang gagal mengikut SOP yang ditetapkan.
Kesemua sektor di negara kita kebanyakkannya telah beroperasi kembali. Antaranya ialah sektor pelancongan mula menunjukkan peningkatan memberangsangkan, majlis sosial telah dibenarkan, sekolah telah dibuka kepada semua aliran namun perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Seluruh negara akan terkesan sekiranya masyarakat masih bersikap mengambil mudah dan pandang ringan terhadap pematuhan SOP di tempat awam. Perdana Menteri juga telah meyatakan bahawa ekonomi Malaysia akan kembali merosot jika PKP dilaksanakan semula. Ayuh Malaysia, terus amalkan budaya norma baharu dan bersama-sama kita terus memerangi Covid-19.
Berikut merupakan antara langkah yang dapat dilakukan oleh anda untuk mengurangkan keberangkalian jangkitan Covid-19:
1)Cuci tangan dengan kerap
Penjagaan kebersihan amat penting ketika musim Covid-19 ini. Hal ini untuk mengelakkan virus, kuman atau bakteria terus berada di badan anda. Kerap cuci tangan dengan sabun atau penggunaan sanitizer tangan amat penting untuk mengelakkan virus, kuman atau bakteria merebak di bahagian lain badan anda. Elakkan menyentuh muka terutama di bahagian mata, hidung dan mulut jika anda belum membasuh tangan kerana dikhuatiri virus, kuman atau bakteria akan masuk ke badan anda melalui bahagian tersebut. Selepas pulang ke rumah, terus cuci baju dan bersihkan diri jika anda keluar ke tempat yang sesak.
2)Pemakaian pelitup muka
Kerajaan telah mengishtiharkan bahawa mulai 1 Ogos 2020 pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan tempat awam yang sesak adalah diwajibkan. Ini merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membendung Covid-19 di dalam komuniti. Oleh itu, pastikan anda dan ahli keluarga memakai pelitup muka jika berada di tempat awam dan pastikan juga anda tidak meletakkan pelitup muka di bawah dagu kerana tidakan itu boleh menyebabkan mulut dan hidung terkena bakteria, virus dan kuman. Anda perlu membuka pelitup muka sepenuhnya ketika makan, minum dan melakukan aktiviti yang berkaitan di muka.
3)Amalkan penjarakan sosial dengan disiplin
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengingatkan anak-anak tentang penjarakan sosial. Keluar apabila perlu dan jangan membawa anak kecil atau ibu bapa yang berusia ke tempat yang sesak. Hal ini kerana anak kecil dan orang tua adalah berisiko tinggi untuk terkena jangkitan Covid-19. Pastikan anak-anak terus pulang ke rumah selepas tamat tempoh persekolahan dan ingatkan anak-anak untuk kekalkan penjarakan sosial sekurangnya jarak satu meter di sekolah ketika bertemu rakan. Ingatkan mereka untuk tidak berjabat tangan dengan orang lain dan kerap membasuh tangan.
4)Nyah cemar
Operasi sanitasi awam di bawah kawal seliaan kerajaan telah dilakukan merangkumi seluruh zon di Malaysia. Proses nyah cemar kuman merupakan aktiviti yang sering kali kita dengar dalam norma baharu mengahadapi Covid - 19 pada masa kini. Proses yang dijalankan untuk membunuh virus Covid-19 ini amat penting untuk membanteras penyebaran virus di atas permukaan. Hal ini kerana virus ini tetap akan aktif selama 9 jam di permukaan yang disentuh oleh pembawa virus Covid-19. Antara kawasan yang berisiko tinggi terdapat virus adalah seperti tombol pintu, button lift, peralatan eletronik seperti keyboard komputer. Semua kawasan akan dibersihkan dengan bahan kimia yang khusus untuk membasmi kuman, virus dan bakteria di premis anda.
Pihak E Pest ada menyediakan Servis Sanitasi di sekitar kawasan Lembah Klang dan sewaktu denganya. Servis ini terbuka kepada semua industri atau premis seperti pejabat, sekolah, restoran atau kilang. Anda boleh terus menghubungi kami untuk konsultasi tentang service sanitasi yang disediakan oleh E Pest.
Untuk servis ini, kami menggunakan bahan kimia yang mendapat kelulusan KKM dan juga Sirim. Selain itu, juruteknik kami yang terlatih dan mempunyai kepakaran di dalam perkhidmatan kawalan serangga perosak. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi servis sanitasi, dapatkan nasihat profesional daripada E Pest Control dengan dua langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Saya berminat dengan servis Sanitasi E Pest
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda, E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk service sanitasi di kediaman dan premis anda
No comments:
Post a Comment