Friday, June 26, 2020

3 tindakan awal jika kediaman ada anai-anai

  nurthiera       Friday, June 26, 2020
Rumah kalau ada habuk atau sampah, boleh kita sapu dan buang dalam tong sampah sebab jelas kelihatan. Siapa nak tinggal dalam rumah yang kotor dan berdebu. Namun, kalau ada anai - anai di dalam rumah, kena tunggu sampai perabot atau bingkai kayu reput dahulu dan ada laluan anai-anai baru tahu rumah ada anai-anai.

Takkan nak tunggu sampai semua barang dalam rumah reput dan tidak dapat digunakan baru nak panggil perkhidmatan kawalan makhluk perosak datang dan periksa rumah anda. Ada juga, perabot dah nak terbalik pun masih macam tu je, nak tunggu sampai bila pun tak tahu.

Oleh itu, perlunya tindakan awal yang dapat anda lakukan jika terdapat anai-anai di kediaman anda. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerosakan yang dilakukan oleh anai-anai tersebut.

Antara langkah yang dapat dilakukan ialah:

1) Jangan panik


Perkara pertama yang patut anda lakukan jika ada anai-anai di rumah adalah jangan panik dan bawa bertenang. Semestinya anda harus risau jika terdapat anai-anai di kediaman anda, namun jangan terlalu risau sehingga boleh mengganggu kesihatan anda. Hal ini disebabkan, terdapat cara yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman anda. 

Anai-anai yang ada di rumah anda bermaksud rumah anda sudah terdapat sarang dan mungkin koloni yang besar di dalamnya. Anda harus tahu, anai-anai tidak dapat hidup jika tiada ratu dalam satu koloni tersebut dan anai-anai hidup secara berkoloni. Oleh itu, mustahil jika anda beranggapan terdapat seekor anai-anai sahaja yang ada di kediaman anda.

Dan jika terdapat lebih dari seekor anai-anai pula, anda jangan risau. Hal ini kerana anai-anai memang hidup secara berkoloni di mana dalam satu hari beribu ekor anai-anai akan dihasilkan. Oleh itu, perkara pertama jika terdapat anai-anai di kediaman anda ialah jangan panik.

2) Jangan ganggu laluan anai-anai


Setelah anda yakin dan betul anai-anai ada di kediaman anda, perkara kedua yang anda perlu lakukan ialah jangan ganggu laluan anai-anai. Biarkan di sini bukanlah bermaksud dah ada anai-anai di rumah tapi tiada tindakan diambil. Namun ianya bermaksud tiada sebarang gangguan dilakukan pada laluan anai-anai tersebut. 

Perbuatan seperti sapu, cuci, vacuum dan kemas kawasan tersebut haruslah dielakkan. Anda dilarang sama sekali untuk melakukan sebarang perbuatan yang dapat mengganggu laluan anai-anai tersebut. Hal ini disebabkan anai-anai adalah serangga yang sensitif. Jika anai-anai rasa terancam akibat diganggu oleh anda, mereka akan lari ke kawasan lain. 

Sudah satu hal nak tunggu anai-anai keluar di kawasan lain, dimakannya perabot anda di kawasan lain. Oleh itu, jangan panik sehingga menggaggu laluan jika terdapat sarang anai-anai di kawasan rumah anda, sebaiknya pastikan dari mana punca atau laluan anai-anai di kediaman anda.

3) Dapatkan khidmat nasihat profesional


Nasihat profesional seperti Pihak Kawalan Makhluk Perosak (Pest Control) amat diperlukan jika anda tidak biasa dengan cara pengawalan anai-anai. Hal ini disebabkan anai-anai bukan seperti semut yang dapat dihapuskan dengan cara pengawalan biasa. Ianya lebih rumit kerana melibatkan satu koloni yang besar. Oleh itu, jika terdapat anai-anai di kediaman anda perlulah menghubungi pakar kawalan makhluk perosak yang ada bagi membantu anda dalam kawalan anai-anai.



Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan anai-anai.

Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan perkhidmatan yang terbaik untuk menghapuskan anai-anai di kediaman anda tidak kira baharu atau lama. Jangan biarkan masalah anai-anai mengganggu anda. 

Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada anai-anai di persekitaran saya !
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman anda.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 tindakan awal jika kediaman ada anai-anai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment