Wednesday, May 15, 2019

3 tips penting beli rumah idaman bukan rumah anai-anai !

  nurthiera       Wednesday, May 15, 2019

Pada masa sekarang, pembelian rumah adalah salah satu pelaburan untuk untuk jangka masa panjang. Ada sesetengah orang memilih pembelian rumah baru dan ada juga memilih rumah jenis subsale sebagai pelaburan mengikut kepada kemampuan dan citarasa masing-masing. 

Untuk pengetahuan anda, rumah subsale adalah rumah yang dibeli dari pihak kedua atau ketiga selepas pihak pemaju asal. Secara mudahnya, rumah subsale juga dikenali sebagai rumah secondhand. Hal ini kerana harganya yang lebih murah daripada harga pasaran. Namun harus diingatkan terdapat juga beberapa risiko dalam urusan jual beli tersebut.

Terdapat beberapa kriteria penting yang perlu anda ambil kira dalam urusan pembelian rumah dari jenis subsale ini iaitu lokasi, harga serta yang paling penting adalah keadaan rumah tersebut sama ada terdapat sebarang kerosakan atau isu lain yang perlu diambil kira.

Hal ini kerana anda mungkin terbeli rumah yang di dalamnya terdapat sarang anai - anai atau tempat persinggahan makhluk perosak. Oleh itu, pentingnya bagi anda mengetahui tips penting dalam urusan pembelian rumah jenis subsale. Berikut merupakan tips penting yang perlu anda tahu: 

1) Lawat bangunan dan kawasan persekitaran


Untuk memilih sesuatu rumah bagi dijadikan pelaburan atau rumah idaman, anda perlulah tahu akan kelebihan sesuatu kawasan persekitaran bangunan tersebut. Untuk mengetahui sama ada lokasi, reka bentuk bangunan adalah apa yang anda cari, anda perlulah membuat lawatan sendiri ke kawasan tersebut.

Hal ini kerana, terdapat beberapa kes dimana sesetengah orang terus membeli rumah tanpa membuat lawatan terlebih dahulu. Setelah pinjaman lulus dan segalanya selesai baru lah tahu rumah tersebut tidak berada dalam keadaan yang baik dan menjadi tempat pembiakan anai-anai serta serangga lain.

Oleh itu, penting nya bagi anda melawat sendiri rumah yang hendak dibeli untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.

2) Memeriksa bahagian dalam dan luar bangunan

Setelah lawatan dibuat, anda perlulah memeriksa bahagian dalam dan luar bangunan. Untuk rumah jenis subsale ini, anda perlu lebih teliti ketika pemeriksaan dijalankan. Hal ini kerana, rumah jenis subsale adalah terdiri daripada rumah yang telah didiami penghuni sebelumnya ataupun yang telah ditinggalkan kosong.

Bangunan yang terbiar kosong dalam tempoh yang panjang berisiko tinggi untuk menjadi tempat pembiakan makhluk perosak. Periksa bahagian pintu setiap bilik, lihat jika terdapat tanda tinggalan anai-anai atau serangga makhluk perosak lain. Jika ada, anda perlu mengambil kira tahap kerosakan yang telah berlaku di bangunan tersebut untuk meneruskan proses jual beli bangunan tersebut.

Bahagian luar juga berkemungkinan menjadi semak samun dan berkemungkinan menjadi tempat pembiakan ular atau nyamuk jika terdapat bekas air bertakung. Oleh itu, penting bagi anda memeriksa sekeliling persekitran bangunan sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli bangunan tersebut.

3) Info perihal tentang rumah yang bakal dibeli


Selain itu, anda perlu mendapatkan info yang tepat dengan bertanya kepada tuan rumah ataupun wakil jualan tentang keadaan rumah tersebut. Info yg tepat amat diperlukan untuk anda menilai sesuatu bangunan tersebut. 

Sebagai contoh semasa lawatan jika anda terlihat terdapat adanya lubang kerosakan, kebocoran paip atau tanda anai-anai anda perlu mendapatkan info tentang bagaimana kerosakan tersebut boleh berlaku dan berapa lama tempoh kerosakan tersebut telah terjadi.

Untuk masalah anai-anai, kerosakan paip dapat memberi kan kelembapan kepada tanah dan menjadi sebab anai-anai dapat bertahan di kawasan tersebut. Lubang atau hole yang terdapat boleh menjadi pintu keluar masuk kepada tikus untuk bersarang di bangunan tersebut. Oleh itu, penting bagi anda mendapatkan maklumat yang cukup tentang bangunan yang ingin dibeli. 



Jangan tunggu sehingga anda sudah membeli rumah baru anda sedar rupanya penghuni lain selain anda ialah anai-anai ! Anda juga mesti tidak mahu melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai. Dapatkan nasihat profesional dari kami jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang.

Anai - anai merupakan serangga yang rajin sehingga terdapat peribahasa yang sering digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan dengan tekun dan rajin iaitu seperti anai - anai makan kayu. Tetapi jangan tertipu kerana rajinnya anai - anai dapat memberi kesan buruk kepada anda dan boleh menyebabkan kerugian yang besar. 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada anai-anai di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 tips penting beli rumah idaman bukan rumah anai-anai !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment