Tuesday, April 2, 2019

Perihal mudah anai-anai

  nurthiera       Tuesday, April 2, 2019

Anai-anai merupakan salah satu daripada makhluk perosak, ia boleh menyebabkan banyak kerosakan kerana ia hidup dalam koloni besar yang mengandungi banyak ahli. Anai-anai juga boleh menyebabkan kerosakan pada kayu di dalam rumah, tiang-tiang kayu, pagar-pagar, kayu landas kereta api, dan plastik yang digunakan untuk menebat wayar. 

Sesetengah spesis anai-anai juga dapat merosakkan atau membunuh tanaman dan tumbuhan lain. Sekiranya di biarkan ia akan bersarang dan beranak pinak dengan cepat serta merosakkan barang-barang seperti perabot, pintu, tingkap dan lantai yang diperbuat daripada kayu. Jumlah anai-anai boleh mencecah jutaan ekor bagi setiap sarang atau koloni.

Spesis anai-anai yang paling bersifat memusnah di Malaysia adalah daripada sekumpulan yang dinamakan 'Captotermes' dimana sarangnya terletak di bawah tanah. Satu koloni mungkin menyerang lebih daripada satu rumah dan juga dapat menyerang bahagian atas bangunan yang bertingkat.

Berikut merupakan sedikit sebanyak info tentang anai-anai yang merosakkan kayu di rumah dan bangunan di persekitaran anda:

1) Pergerakan anai-anai

Anai- anai memasuki rumah melalui rekahan pada dinding, lantai atau melalui pembuluh elektrik dan paip air di dalam dinding. Anai-anai juga boleh bergerak di dalam bangunan melalui celahan belakang jubin dinding, panel, rangka pintu dan tingkap. Oleh itu, anda seharusnya membuat pemeriksaan di persekitaran anda jika terdapat sebarang rekahan atau kerosakan struktur yang dapat membantu pergerakan anai-anai ke persekitaran anda.

2) Benda yang sering dirosakkan

Anai-anai akan merosakkan bangunan yang berasaskan kayu. Ini termasuklah panel dinding kayu, rangka pintu dan tingkap, lantai parket, bumbung yang berasaskan kayu lembut, kotak-kotak dan kadbod kertas seperti buku. Perabot kayu yang disandarkan pada dinding juga berisiko untuk menjadi tempat serangan anai-anai. Binaan kayu struktur seperti rasuk kayu dan kasau bumbung jarang dimusnahkan oleh anai-anai kerana kayu ini dirawat dengan bahan awet sebelum digunakan dalam pembinaan bangunan.

3) Kehadiran anai-anai

Selalunya kehadiran anai-anai tidak dapat dikesan sehingga banyak kerosakan yang berlaku. Hal ini disebabkan anai-anai tidak memakan bahagian luaran tetapi pada bahagian dalam sesuatu struktur bangunan tersebut. Bahagian dalam sesuatu kawasan yang telah di serang anai-anai akan dipenuhi dengan tanah atau bahan kayu yang separuh cerna. Terdapat sesetengah kes, setelah kerosakan kayu tersebut menjadi teruk barulah anai-anai dapat dikesan.

4) Tanda serangan anai-anai

Terlihat kehadiran kelkatu keluar dari lubang di kawasan rumah anda. Proses ini belaku apabila anai-anai akan cuba melahirkan koloni yang baru selepas berpasangan. Selain itu, kayu yang diserang anai-anai akan menjadi kosong dan menghasilkan bunyi berongga apabila diketuk. Anai-anai akan memakan kayu ini secara senyap.Kelihatan terowong sebesar pensil muncul dari kerangka pintu, skirting lantai dan perabot. Tanda warna kayu pada lantai parquet, kerangka pintu, tingkap dan sebagainya akan menjadi lebih cerah menunjukan kehadiran anai-anai.



Anai - anai merupakan serangga yang rajin sehingga terdapat peribahasa yang sering digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan dengan tekun dan rajin iaitu seperti anai - anai makan kayu. Tetapi jangan tertipu kerana rajinnya anai - anai dapat memberi kesan buruk kepada anda dan boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada anai-anai di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perihal mudah anai-anai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment