Thursday, February 7, 2019

5 langkah mudah menghalang aedes membiak di kediaman anda

  nurthiera       Thursday, February 7, 2019


Statistik kes demam denggi di Selangor pada laman web iDengue menunjukkan rekod sebanyak 8536 kes telah dicatatkan di negeri Selangor sehingga 31 Januari 2019. Hal ini jelas membimbangkan kerana jumlah kes yang tinggi telah direkodkan hanya pada permulaan tahun 2019 di Selangor berbanding dengan negeri lain di Malaysia.

Statistik demam denggi yang tinggi jelas menunjukkan penularan disebabkan Aedes yang mungkin berada di persekitaran anda. Anda seharusnya peka dengan persekitaran kediaman anda untuk membanteras pembiakan nyamuk Aedes ini. Hal ini untuk mengelakkan anda sekeluarga bebas dari gejala demam denggi yang dapat membawa maut.

Faktor persekitaran yang tidak bersih, cuaca yang tidak menentu, tabiat masyarakat yang gemar membuang sampah merata-rata dan kurangnya kesedaran masyarakat bahayanya denggi memainkan peranan penting kenapa masalah denggi masih berada di tahap membimbangkan di Malaysia. 

Justeru itu, pentingnya bagi anda mengetahui cara - cara yang dapat dilakukan untuk menghalang Aedes membiak di kediaman anda seterusnya menghalang keluarga anda dari menjadi mangsa gigitan nyamuk Aedes ini. Berikut merupakan langkah mudah menghalang kediaman anda menjadi tempat pembiakan Aedes:

1) Memastikan tiada bekas bertakung di kediaman anda


Untuk membanteras pembiakan Aedes di kediaman anda, anda seharusnya memastikan tempat pembiakannya dimusnahkan. Aedes suka bertelur di kawasan air bertakung atau di kawasan air cetek. Anda seharusnya memastikan tiada bekas bertakung seperti pasu bunga, bekas tayar, bekas plastik, baldi dan bekas polisterin yang dapat menjadi takungan air. Takungan air yang sedikit sudah mampu untuk menjadi tempat nyamuk Aedes bertelur. Oleh itu, anda seharusnya memastikan kawasan rumah anda bebas dari tempat takungan air.

2) Menggunakan semburan aerosol

Semburan aerosol di kawasan luar dan dalam kediaman anda adalah perlu untuk membunuh nyamuk yangi berada di dalam kediaman anda. Tutup semua tingkap dan pintu ketika semburan dijalankan. Sembur secara terus di tempat yang berisiko tinggi terdapat kehadiran nyamuk seperti bawah meja, tempat yang gelap. belakang almari, bawah katil dan di kawasan stor. Tinggalkan bilik selepas semburan dan biarkan bertutup sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masuk semula. Anda perlu patuhi arahan penggunaan pada label botol aerosol untuk keselamatan anda sekeluarga.

3) Memasukkan bahan membunuh jentik - jentik ke dalam takungan air kekal

Jika anda ingin pulang ke kampung halaman atau bercuti dan tiada orang di kediaman anda dalam tempoh seminggu, anda dinasihatkan untuk memasukkan bahan membunuh jentik - jentik ke dalam takungan air kekal dan menutup takungan tersebut sebagai contoh kolah mandi, tong atau tempat simpanan air di kediaman anda. Hal ini untuk memastikan jika nyamuk Aedes bertelur di kawasan tersebut, jentik-jentik tidak akan dapat hidup seterusnya dapat memastikan Aedes tidak dapat membiak di dalam kediaman anda.

4) Elakkan dari pergi ke kawasan wabak atau hotspot denggi

Elakkan membawa ahli keluarga anda ke kawasan berisiko tinggi denggi. Hal ini disebabkan, pergerakan manusia yang tidak terbatas dan lebih meluas memudahkan penyebaran virus denggi bagi pesakit yang telah dijangkiti virus tersebut. Elakkan juga berada di luar rumah pada awal pagi (6 pagi hingga 8 pagi) atau senja (6 petang hingga 8 malam). Hal ini adalah kerana waktu tersebut adalah waktu aktif nyamuk Aedes menggigit. Anda juga dinasihatkan memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang berwarna cerah ketika di luar rumah. Ini untuk mengelakkan anda menjadi mangsa gigitan nyamuk Aedes ketika melakukan aktiviti luar.

5) Segera dapatkan rawatan jika mempunyai simptom denggi

Bagi mengelakkan kes kematian berkaitan demam denggi, anda seharunya megetahui simptom-simptom pesakit demam denggi. Antara simptom awal demam denggi adalah demam bersuhu tinggi secara mengejut, sakit perut, cirit-birit dan muntah berterusan. Simptom denggi lain adalah demam berlarutan sehingga beberapa hari dengan suhu yang tinggi, sakit kepala, sakit sendi dan ruam pada badan. Jika anda atau ahli keluarga menghidap simptom yang dinyatakan tersebut, rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran perlulah diberi. Oleh itu, anda perlulah memberi perhatian dengan simptom denggi ini dan jangan hanya mengambil mudah dengan memikirkan hanya demam biasa, rupanya demam denggi.



Semua pihak perlu mengambil serius isu peningkatan kes dan kematian demam denggi yang berlaku pada masa kini. Sehubungan itu, komitmen daripada semua lapisan masyarakat adalah diperlukan dalam memastikan kebersihan persekitaran menjadi keutamaan. Sekiranya tiada tindakan pencegahan dilaksanakan, dikhuatiri kes denggi dan kematian akan terus meningkat seterusnya memberi kesan kepada masayarakat di persekitaran.

Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak serta ancaman nyamuk. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.

Jangan biarkan nyamuk terus bermaharajalela menyedut darah anda dan menyebarkan virus kepada anda sekeluarga. Serahkan masalah anda kepada pakar untuk menyelesaikannya dengan mudah, cepat dan berkesan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai masalah nyamuk.

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Nyamuk di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah nyamuk di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 langkah mudah menghalang aedes membiak di kediaman anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment