Friday, December 7, 2018

4 langkah awal jika ada aktiviti fogging di kediaman anda

  nurthiera       Friday, December 7, 2018

Aktiviti fogging atau semburan berkabus adalah salah satu cara yang sering digunakan untuk membasmi kegiatan nyamuk Aedes yang membawa virus demam denggi daripada terus merebak. Waktu sesuai untuk aktiviti fogging ini adalah pada waktu awal pagi dan petang (senja) iaitu waktu aktif nyamuk Aedes.

Sebelum aktiviti fogging dilaksanakan, hebahan tentang aktiviti yang akan dijalankan adalah penting demi memastikan semua penduduk tahu bahawa ada aktiviti fogging yang akan di jalankan di kawasan tersebut dan membuat persiapan yang secukupnya sebelum aktiviti fogging di lakukan.

Hebahan adalah mustahil jika dibuat sehari atau 2 hari sebelum aktiviti fogging di lakukan kerana fogging wajib dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas kes denggi di daftarkan. Hebahan dilakukan dalam pelbagai bentuk antaranya adalah melalui edaran notis, siar raya dan juga hebahan dari rumah ke rumah. 

Hebahan biasanya di lakukan pada waktu pagi dan pada waktu petang,30 minit sehingga 1 jam sebelum aktiviti fogging di lakukan. Penduduk yang sedia maklum dengan aktiviti fogging haruslah membuat persiapan yang sewajarnya.

Antara persiapan yang perlu di lakukan sebelum aktiviti fogging dijalankan adalah :

1) Tutup semua makanan


Anda perlu menyimpan semua makanan di dalam tempat tertutup. Hal ini adalah untuk mengelakkan makanan terkena asap semburan kabus. Oleh itu, anda perlu peka dengan hebahan yang dijalankan oleh pekerja kawalan makluk perosak jika terdapat aktiviti fogging di kawasan anda. Ini untuk memudahkan anda menyimpan semua makanan supaya tidak tercemar dan memberi kesan kepada ahli keluarga anda.

2) Tutup kipas dan tingkap


Kipas dan tingkap perlu lah ditutup untuk memberi kesan yang semaksima mungkin. Hal ini kerana, dikhuatiri jika kipas dan tingkap dibiarkan terbuka semburan kabus tersebut akan keluar dan kurang berkesan untuk membunuh nyamuk yang mungkin berada di dalam kediaman anda. Oleh itu, pastikan kipas dan tingkap bertutup sebelum anda keluar daripada rumah sebelum aktiviti fogging dijalankan.

3) Pastikan semua penghuni keluar dari rumah


Semua ahli keluarga perlulah berada di luar rumah ketika aktiviti fogging dijalankan. Pindahkan warga emas, kanak-kanak dan orang yang uzur ke tempat yang tidak terdedah dengan asap ataupun ke kawasan lapang. Hal ini untuk mengelakkan ahli keluarga anda terdedah kepada asap fogging yang dapat membawa kepada kesan seperti sesak nafas jika terhidu bau asap fogging. Oleh itu, anda seharusnya memastikan tiada seorang ahli keluarga anda berada di dalam rumah ketika aktiviti fogging dijalankan.

4) Keluarkan binatang peliharaan dari rumah


Jangan tinggalkan binatang peliharaan anda ketika aktiviti fogging dijalankan. Bawa keluar sekali ketika proses fogging dijalankan. Hal ini untuk mengelakkan haiwan peliharaan anda kelemasan akibat tidak mendapat udara yang cukup. Oleh itu, anda perlu alert dengan keadaan sekeliling jika terdapat aktiviti fogging di kawasan anda dan memastikan haiwan peliharaan anda dibawa keluar.


Tempoh yang diberikan seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk melakukan persiapan seperti di atas. Jika ada sebarang masalah,anda boleh berhubung dengan pegawai yang bertugas di kawasan anda.

Jika tidak dimaklumkan secara langsung mengenai aktiviti ini, anda seharusnya tahu apa yang patut anda lakukan apabila mendengar bunyi mesin fogging ini kerana mesin fogging ini boleh di dengari dalam jarak 300 meter.

Di harapkan semua penduduk memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada anggota kesihatan supaya kerja-kerja fogging dapat di jalankan dengan lancar dan menyeluruh. Jangan biarkan nyamuk terus bermaharajalela menyedut darah anda.

Serahkan masalah anda kepada pakar untuk menyelesaikannya dengan mudah, cepat dan berkesan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai masalah nyamuk. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Nyamuk di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah nyamuk di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 4 langkah awal jika ada aktiviti fogging di kediaman anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment