Friday, November 30, 2018

5 petua memilih tilam

  nurthiera       Friday, November 30, 2018

Anda pergi ke kedai perabot untuk membeli tilam tetapi tidak tahu mana satu yang nak pilih? Tidak tahu cara memilih tilam? Semuanya kelihatan sama!

Berikut merupakan persoalan yang sering diajukan kerana bukan senang hendak mencari tilam yang sesuai. Tambahan pula jika ada anak kecil dan anda sememangnya mempunyai masalah sakit belakang.  Kesemua faktor tersebut perlu diambil kira jika anda ingin membeli tilam baru.

Ada juga orang yang sudah lah tidur tidak mencukupi akibat tilam tidak selesa, ditambah pula dengan masalah pepijat yang bersarang pada tilam. Memang cukup memeningkan kepala dan mampu memberi kesan kepada anda sekeluarga.

Pemilihan tilam yang baik adalah penting untuk memastikan tidur malam anda lena dan boleh bangun segar pada keesokan harinya. Manakala tilam yang tidak bagus akan memberi kesan sakit belakang atau tidur yang tidak lena kepada anda.

Oleh itu, anda sepatutnya memerlukan pengetahuan tentang cara pemilihan tilam agar mendapat keselesaan ketika tidur. Berikut merupakan lima panduan penting yang perlu anda berikan pertimbangan sebelum membeli tilam:

1. Cari tilam yang mempunyai bilangan gegelung mencukupi

Harga tilam yang ditawarkan mungkin murah, tetapi bilangan gegelung di dalam sistem spring yang menawarkan sokongan terbaik untuk tubuh anda belum tentu mencukupi. Oleh itu, pastikan tilam yang dibeli mempunyai sekurang-kurangnya 211 gegelung bagi tilam 'family type' dan 312 gegelung bagi tilam berukuran penuh. Gegelung itu juga mestilah 'heat-tempered' supaya tahan lebih lama.

2. Tilam yang menyokong badan secara keseluruhan

Anda harus tahu, tilam yang menyediakan asas terbaik akan menyokong tubuh anda secara lembut di semua bahagian. Oleh itu, sekiranya anda ingin memilih tilam untuk anak anda, bawa anak anda bersama ketika memilih dan cuba berbaring di atas beberapa model tilam. Tilam yang anak anda selesa berbaring di atasnya adalah pilihan tilam yang sesuai bagi anda.

3. Tilam tanpa bahan alahan

Selain itu, anda seharusnya tahu jenis bahan atau fabrik yang diguna untuk tilam pilihan anda. Bahan yang membentuk tilam anda adalah gabungan bebusa dan gentian yang melindungi sistem spring dalaman. Jika anak anda ada masalah alahan, pilih tilam yang menggunakan bahan ganti alahan.Oleh itu, penting bagi anda mengetahui fabrik yang digunakan pada tilam yang baru ingin dibeli. Dapatkan maklumat yang tepat daripada jurujual agar anda faham tentang produk yang hendak dibeli.

4. Fahamkan jaminan pembelian

Di samping itu, anda seharusnya mengelakkan pembelian tilam hanya kerana tempoh jaminan yang diberikan. Ingat, jaminan yang diberi hanya jika terdapat kerosakan pada produk, bukan akibat daripada kurangnya keselesaan atau sokongan kepada tubuh anda. Oleh itu, pastikan anda bertanya dan faham dengan jelas mengenai jaminan yang ditawarkan sebelum membuat pembelian.

5. Ada alas tilam

Guna alas tilam yang bermutu supaya tilam sentiasa kelihatan baru dan bebas kotoran. Sesetengah syarikat akan membatalkan jaminan jika mendapati tilam ada tanda kotoran. Oleh itu, pentingnya menjaga kebersihan tilam agar bebas dari kotoran dan pepijat. Selain itu, alas tilam juga boleh menambah ketinggian tilam bagi menambahkan keselesaan kepada anda.


Tilam boleh menjadi agak kotor dan mungkin juga berbahaya bergantung kepada fungsi tilam bagi anda dan juga sejauh mana bersihnya diri anda semasa masuk tidur. Oleh itu, pentingnya bagi anda memilih dan menjaga kebersihan tilam untuk mendapatkan tidur yang selesa serta kesihatan yang baik. 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang masalah pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 petua memilih tilam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment