Kelebihan fizikal seperti menggigit, berenang, melompat dan memanjat ini membolehkan tikus untuk terus hidup dan dapat kekal selama beratus-ratus tahun dalam persekitaran manusia.
Pemahaman menyeluruh tentang perihal tikus adalah penting jika kediaman anda diserang tikus. Begitu juga dengan kelebihan fizikal yang ada pada tikus bagi membolehkan anda tahu tentang kelebihan yang ada pada tikus. Hal ini kerana kita perlu memahami apa yang tikus dapat lakukan untuk membendung tikus supaya tidak dapat bersarang di kediaman anda.
Oleh itu, bukan mudah bagi kita untuk menghapuskan tikus secara keseluruhan. Tetapi dengan cara yang tepat dan usaha berterusan mungkin dapat mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh tikus ini.
Berikut merupakan kelebihan fizikal yang terdapat pada makhluk perosak seperti tikus:
1) Menggigit
Kelebihan fizikal yang dapat dilihat ialah tikus mampu menggigit wayar, perabot atau bekas penyimpan makanan yang anda anggap sudah berada di tempat selamat dalam kediaman anda. Hal ini disebabkan oleh gigi tikus yang tajam dan mampu untuk merosakkan segala benda jika tikus bersarang di kediaman anda. Tikus boleh menyebarkan penyakit kepada manusia melalui gigitan. Ketika tikus menggigit, mereka akan meninggalkan air liur yang dapat menjadi virus berbahaya kepada manusia. Contoh penyakit yang disebabkan oleh gigitan tikus ialah Leptospirosis, Salmonelosis, Lassa fever dan banyak lagi. Oleh itu, pentingnya anda membersihkan atau membuang perabot yang menjadi kesan gigitan tikus untuk mengelakkan terkena dan menjangkiti ahli keluarga anda.
2) Memanjat
Selain itu, tikus juga dapat memanjat dengan mudah. Tikus akan memanjat jika tidak dapat melalui sesuatu kawasan dengan cara menggali atau mencakar. Ada kalanya anda akan terlihat tikus dengan mudahnya dapat memanjat sehingga ke bumbung rumah atau bangunan. Hal ini juga disebabkan oleh kukunya yang dapat mencengkam dengan kuat.
Tikus dapat memanjat dengan baik pada permukaan yang kasar seperti kayu atau batu bata dan bukan pada permukaan yang licin untuk membolehkan mereka kekal stabil ketika memanjat. Jika anda terlihat tikus memanjat dinding pada permukaan yang licin, anda boleh letakkan perangkap tikus kerana berkemungkinan tikus akan kembali dan melalui kawasan tersebut adalah tinggi.
3) Melompat
Tahukah anda bahawa tikus akan melompat jika tidak dapat memanjat? Tikus dapat melompat dengan tinggi dan jika anda meletakkan perangkap tikus pada tempat yang dikenalpasti menjadi laluan tikus, berkemungkinan tikus dengan mudahnya akan melompat dan terlepas dari memasuki perangkap tersebut.
Tikus juga mampu jatuh dari tempat yang tinggi tanpa sebarang kecederaan. Hal ini bermaksud tikus mampu melompat dari bumbung rumah ke tanah tanpa sebarang kecederaan
Tikus akan menjadi aktif dengan kehadiran sumber makanan dan apabila mereka berlari ketika dikejar oleh pemangsa. Ketika ini anda akan dapat lihat tikus mampu melompat dengan tinggi untuk menyelamatkan diri dari pemangsa.
4) Berenang
Kelebihan fizikal lain ialah tikus merupakan perenang yang handal. Hal ini dapat dilihat apabila tikus dapat berenang sehingga 1/2 batu di dalam kawasan sungai atau kawasan air bertakung, malah berenang di dalam saluran pembentung yang berarus sehingga boleh bertahan hidup selama 3 hari di dalam air. Tikus juga dapat menahan nafas di dalam air selama 3 minit. Oleh itu, jangan terkejut jika tikus dapat keluar dari lubang toilet di rumah anda, hal ini kerana tikus mampu berenang dan melalui saluran pembentungan di kawasan rumah anda.
Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak seperti tikus ini.
Kawalan perosak diperlukan kerana haiwan seperti tikus dan beberapa serangga membawa penyakit, mengotorkan dapur dan kediaman serta boleh menggigit anda. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis haiwan perosak di rumah, garaj atau halaman anda adalah untuk memastikan anda sekeluarga selamat dan sihat.
Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada tikus di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah tikus di kediaman anda.
No comments:
Post a Comment