Monday, October 22, 2018

7 mitos mengarut tentang pepijat yang anda percaya

  nurthiera       Monday, October 22, 2018

Mitos merupakan cerita - cerita yang dianggap benar namun belum tentu akan kesahihannya. Dalam kalangan kita, mesti ada yang percaya dengan mitos atau cerita - cerita yang berkaitan dengan aktiviti seharian kita. Namun ada juga yang tidak percaya disebabkan peredaran zaman yang semakin moden ini.

Seperti yang kita tahu, pepijat merupakan serangga kecil dan tidak bersayap dan memerlukan darah sebagai sumber makanan. Begitu juga pada pepijat, terdapat beberapa mitos yang sering diperkatakan namun belum tentu akan kebenarannya. 

Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk membezakan diantara mitos dan fakta. Hal ini untuk memberikan anda info yang tepat terhadap sesuatu fakta yang selama ini anda anggap benar tetapi sebenarnya salah. 

Berikut merupakan antara contoh mitos yang sering kita dengar atau percaya tentang pepijat:

1) Pepijat menyebarkan penyakit


Gigitan pepijat memang menyebabkan kegatalan, membuatkan sukar tidur dan alergi kepada mangsa. Tetapi anda harus tahu, sebenarnya kesan yang dihadapi oleh mangsa lebih kepada psikologi. Menurut kajian, mereka yang tinggal dan mengalami gigitan pepijat sering mengalami keresahan, kemurungan dan paranoia.

Jika dibandingkan dengan nyamuk, pepijat sebenarnya tidak berbahaya kerana mereka tidak menyebarkan penyakit kepada manusia. Oleh itu, mitos bahawa pepijat menyebarkan penyakit adalah tidak benar. Tetapi kehadiran pepijat di kediaman anda perlu lah dibendung agar tidak memberi kesan ke atas psikologi anda sekeluarga.

2) Pepijat sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar


Memang benar pepijat adalah sangat kecil tetapi ia masih dapat dilihat dengan mata kasar. Menurut Virna Stillwaugh, seorang pakar penghapus makhluk perosak dari Universiti North Carolina, pepijat dapat dicam apabila ia menghisap darah. Jika terdapat serangga seperti pepijat di kediaman anda, anda disyorkan untuk mendapat pengecaman secara teliti daripada pakar. Oleh itu, mitos pepijat sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebenarnya adalah tidak benar.

3) Pepijat hanya berada di kawasan katil


Ini merupakan mitos atau info yang tidak tepat apabila ada di kalangan anda yang beranggapan pepijat hanya tinggal atau hidup di kawasan katil atau tilam. Hal ini kerana, pepijat bukan sahaja berada di tempat tidur anda, tetapi boleh merayap atau tinggal pada langsir, pakaian malah boleh berada dalam almari dan soket elektrik di kediaman anda. Jika pepijat sudah merebak ke seluruh bahagian kediaman anda, tahap keberadaan pepijat di kediaman anda boleh dikatakan kronik.

4) Pepijat hanya muncul pada waktu malam


Ramai yang menganggap bahawa pepijat hanya menyerang pada waktu malam ketika hendak tidur. Hal ini kerana jika terdapat pepijat di kawasan tilam atau katil anda, kemudian anda tidur di atas tilam, pepijat akan mengesan haba yang terhasil daripada anda, seterusnya pepijat akan menggigit anda. Oleh itu, waktu pepijat aktif mencari makanan adalah pada waktu malam ketika anda tidur. Namun demikian, sebenarnya pepijat akan mula mencari makanan pada bila-bila masa, tak kira waktu malam atau siang apabila mereka perlukan makanan dan pepijat akan menyerang tidak kira waktu. Cuma waktu aktif pepijat adalah pada waktu malam

5) Gigitan pepijat senang dikenali


Gigitan pepijat sebenarnya sukar untuk dikenalpasti. Pada mulanya, gigitannya tidak menyakitkan dan ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk membentuk reaksi pada kulit. Gigitan pepijat selalunya lebih besar daripada gigitan hama dan kelihatan kemerah-merahan. Gigitan pepijat juga dapat mengakibatkan jangkitan kulit dan meninggalkan parut kesan daripada menggaru gigitan tersebut.

6) Pepijat boleh terbang


Ini mungkin mitos yang ramai dipercayai iaitu pepijat boleh terbang. Fakta yang tepat adalah pepijat tidak mempunyai sayap dan ia cuma dapat merayap sahaja. Jika terdapat pepijat secara tiba-tiba di rumah anda, itu berkemungkinan pepijat sesat yang masuk ke dalam bag anda ketika bercuti atau terdapat di pakaian anda dan anda sendiri yang membawa pulang pepijat tersebut ke rumah. Oleh itu anda tidak perlu risau jika pepijat terbang seperli lipas. Hal ini disebabkan pepijat hanya merayap untuk mencari makanan.

7) Pepijat boleh dihapuskan dengan mudah

Perlu diingatkan, anda boleh cuba untuk menghapuskan pepijat dengan cara merendam pakaian, menjemur tilam anda atau menggunakan bahan penghapus kimia. Tetapi proses tersebut mungkin mengambil masa yang panjang. Oleh itu, pentingnya mendapatkan nasihat daripada pakar untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda. Seterusnya mendapatkan kembali tidur anda yang diganggu oleh pepijat sebelum ini.


Di Easelife Services, kaedah rawatan haba merupakan salah satu kaedah yang ditawarkan bagi menangani masalah pepijat. Respon memberangsangkan dari pelanggan yang telah mencuba servis ini amat di luar jangkaan sejak kaedah rawatan haba ini dipraktikkan.

Kaedah rawatan haba yang dijalankan adalah dengan menggunakan mesin khas, ditekapkan pada target area dan mengeluarkan haba yang tinggi boleh mencapai 180 degree celcius sehingga mampu untuk membunuh serangga, larva dan telur. Kaedah ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan anda sekeluarga.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 7 mitos mengarut tentang pepijat yang anda percaya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment