Friday, September 14, 2018

4 tanda mudah kehadiran tikus - Siri 1

  nurthiera       Friday, September 14, 2018

Tikus merupakan salah satu dari makhluk perosak yang sentiasa menghantui kita. 

Hal ini kerana, tikus membawa virus dan bakteria yang boleh menyebabkan manusia terkena penyakit yang memerlukan rawatan jangka panjang dan boleh membawa maut.

Oleh itu, pentingnya tahap kesedaran tentang bahayanya makhluk perosak seperti tikus ini. 

Anda perlu tahu, tikus bukan sahaja dapat dijumpai di kediaman anda, tetapi di kawasan sekeliling persekitaran kita seperti pusat membeli belah, taman permainan, gudang, tempat pemprosesan makanan dan sawah padi.

Oleh itu, anda perlu tahu tanda-tanda kehadiran tikus di kediaman anda supaya anda dapat melindungi ahli keluarga daripada penyakit bawaan tikus ini.

Berikut merupakan tanda mudah yang dapat dikesan jika kediaman anda terdapat makluk perosak seperti tikus:

1) Terdapat bunyi seperti benda bergerak di atas siling rumah anda

Bunyi yang dimaksudkan bukan lah bunyi benda yang menakutkan seperti yang anda fikir, tetapi bunyi yang mungkin disebabkan oleh tikus yang berkeliaran di rumah anda. Oleh itu, anda jangan ambil mudah jika terdapat bunyi dari atas siling di rumah. Anda perlu mencari punca berlakunya bunyi tersebut, untuk menghalang keluarga anda dari bahaya makluk perosak ini.

2) Terdapat kesan gigitan pada perabot di rumah anda

Tikus boleh menyebarkan penyakit kepada manusia melalui gigitan. Ketika tikus menggigit, mereka akan meninggalkan air liur yang dapat menjadi virus berbahaya kepada manusia. Contoh penyakit yang disebabkan oleh gigitan tikus ialah Leptospirosis, Salmonelosis, Lassa fever dan banyak lagi. Oleh itu, pentingnya anda membersihkan atau membuang perabot yang menjadi kesan gigitan tikus untuk mengelakkan terkena dan menjangkiti ahli keluarga anda.

3) Terdapat lubang (entry point) yang menjadi laluan masuk tikus ke rumah anda

Anda perlu memeriksa kawasan rumah anda jika terdapat lebang-lubang kecil yang dapat menjadi laluan masuk tikus ke dalam rumah anda. Jika ada, lubang tersebut perlu ditutup untuk mengelakkan tikus dapat masuk ke dalam rumah anda. Celahan(gap) antara pintu juga perlu dikurangkan atau ditutup jika perlu. Oleh itu, pentingnya membuat pemeriksaan secara berkala untuk mengenalpasti keadaan rumah anda dan penambaikkan dapat dilakukan.

4) Kedengaran bunyi plastik sampah bergeseran di dapur

Tong sampah yang tidak bertutup dapat menjadi punca rumah anda menjadi tumpuan tikus. Jika kedengaran bunyi di dapur anda, mesti ada makhluk perosak yang mencari makanan. Oleh itu, pentingnya menjaga kebersihan rumah dan membuang sampah untuk mengelakkan tikus menyerang rumah anda dan menyebarkan virus serta bakteria yang dapat membahayakan keluarga anda.


Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak.

Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak seperti tikus ini.

Kawalan perosak diperlukan kerana haiwan seperti tikus dan beberapa serangga membawa penyakit, mengotorkan dapur dan bilik tidur serta boleh menggigit anda.

Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis haiwan perosak di rumah, garaj atau halaman anda adalah untuk memastikan anda sekeluarga selamat dan sihat. 

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada tikus di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah tikus di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 4 tanda mudah kehadiran tikus - Siri 1

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment