Lipas merupakan salah satu contoh serangga makluk perosak yang dapat memberikan penyakit kepada manusia melalui bakteria yang ditinggalkan selain tikus dan semut.
Lipas juga dapat membiak dengan cepat dan pantas.
Berikut merupakan jenis - jenis dan nama lipas yang sering kali kita jumpa. Tetapi di Malaysia, lipas yang sering kali mengganggu kediaman kita adalah dari jenis American.
Lipas mempunyai tabiat akan memuntahkan balik apa yang dimakan ketika ia sedang menikmati makanan. Oleh itu, ia akan meninggalkan bakteria yang berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan seperti cirit birit jika kita memakan makanan yang tercemar tersebut.
Selain itu, pernahkah anda tahu kenapa lipas boleh bergerak laju apabila anda mengejar untuk membunuhnya?
Hal ini adalah kerana terdapat bulu halus yang boleh mengesan angin daripada sebarang pergerakkan yang menghampirinya. Tidak hairan lah terdapat pepatah berlari seperti lipas kudung untuk menunjukkan perbuatan lari yang begitu laju sehingga tidak mempedulikan segala benda.
Selain itu, lipas juga merupakan salah satu haiwan nocturnal yang memilih untuk hidup dan makan di tempat yang gelap. Jika anda terjumpa lipas berkeliaran di rumah anda pada waktu siang atau di tempat cerah, itu menunjukkan terdapat serangan lipas di kediaman anda.
Oleh itu, anda perlu tahu tanda-tanda kehadiran lipas di kediaman anda supaya anda dapat melindungi ahli keluarga daripada penyakit bawaan lipas ini.
Berikut merupakan tanda mudah yang dapat dikesan jika kediaman anda terdapat makluk perosak seperti lipas:
1) Terjumpa/melihat lipas di kediaman anda
Jika anda terjumpa seekor lipas di kediaman anda, itu merupakan tanda - tanda awal serangan lipas. Anda tidak perlu panik, tetapi haruslah segera bertindak supaya serangan lipas tidak menjadi teruk di kediaman anda. Dengan hanya seekor lipas, ia boleh menjadi sekumpulan lipas jika tidak dirawat atau dicegah dari mula. Oleh itu, anda seharusnya tidak mengambil mudah jika anda terjumpa walau seekor lipas di kediaman anda.
2) Terdapat najis (dropping) lipas di kediaman anda
Lipas akan makan segala benda daripada tumbuhan sehingga ke makanan manusia. Gambar di atas merupakan contoh najis lipas yang berselerak di lantai rumah. Najis lipas sangat kecil dan boleh menjadi petanda kepada anda mengenai jumlah lipas yang menyerang kediaman anda.
Najis lipas yang banyak menandakan serangan lipas yang banyak manakala najis yang sedikit menunjukkan serangan yang sedikit. Anda boleh membuat pemeriksaan di bahagian dapur, peti sejuk, sinki dan almari serta tempat penyimpanan makanan di kediaman anda. Jika terjumpa najis lipas di kawasan tersebut, anda perlu segera mengambil tindakan untuk mengelakkan keluarga anda mendapat kesan daripada najis tersebut.

3) Terdapat bau yang kurang menyenangkan
Lipas dapat menghasilkan bau kuat yang menusuk hidung, tambahan jika serangan lipas sudah lama di rumah anda. Cuba anda hidu di dalam almari baju, dapur dan di sekeliling rumah, jika baunya kuat, itu bermaksud lipas sudah banyak di persekitaran anda.
Lipas yang mati juga dapat menghasilkan bau yang kurang menyenangkan ketika proses decomposition. Bau lipas di udara dapat memberi kesan buruk kepada makanan yang berada di rumah.
Bayangkan jika anda sekeluarga makan makanan yang tercemar, tentulah akan memberi kesan seperti keracunan makanan dan cirit birit. Oleh itu, pentingnya untuk menghalang lipas dari mendiami kediaman anda untuk kebaikan anda sekeluarga.

4) Terdapat telur lipas di kediaman anda
Serangan lipas akan menjadi teruk setelah beberapa ketika kerana lipas membiak dengan cepat. Lipas betina akan menghasilkan satu kantung telur yang dikenali sebagai oothecae. Satu kantung oothecae mengandungi berpuluh - puluh anak lipas seperti contoh gambar di atas.
Oothecae ini berwarna coklat dan berbentuk oval. Jesteru itu, pentingnya bagi anda mengetahui jenis telur lipas yang ditinggalkan untuk mengenal pasti jenis lipas yang mendiami kediaman anda.
Jika anda terlihat bekas telur lipas ini, itu bermakna lipas sudah mendiami kediaman anda. Oleh itu, pentingnya jika anda membuat pemeriksaan secara berkala di sekeliling kediaman anda untuk membasmi lipas dari terus berleluasa di kediaman anda.

Oleh itu, jangan biarkan masalah lipas mengganggu anda.
Hal ini kerana, lipas merupakan salah satu daripada serangga yang termasuk dalam kategori makhluk perosak.
Sejajar dengan namanya makluk perosak, kita mestilah berupaya sedaya upaya untuk membanteras segala kegiatan lipas di kediaman kita.
Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd.
Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah lipas di kediaman anda.
No comments:
Post a Comment