Friday, September 7, 2018

4 langkah mudah mencegah demam denggi

  nurthiera       Friday, September 7, 2018

Demam denggi merupakan sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes.

Simptom yang dapat dikesan jika terkena demam denggi adalah demam panas yang berlarutan selama beberapa hari, sakit sendi, pening serta muntah.

Menurut statistik yang dikeluarkan, sudah terdapat hampir 50 ribu kes demam denggi dicatatkan di Malaysia bagi tahun 2018 sahaja. Angka tersebut jelas menunjukkan betapa kita semua terdedah kepada bahaya demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes ini.

Jika tidak dirawat secara cepat, pesakit yang terkena demam denggi dapat membawa maut. Oleh itu, pentingnya mencegah nyamuk Aedes ini dari menggigit ahli keluarga anda.

Berikut merupakan langkah yang dapat anda lakukan dari rumah untuk mencegah demam denggi:

1. Pasang jaring nyamuk dan skrin pada tingkap rumah

Pemasangan jaring dapat dilihat sebagai salah satu initiatif untuk menghalang nyamuk Aedes dari terbang masuk ke kediaman anda. Pihak kerajaan juga telah menyarankan pemasangan jaring nyamuk di kediaman atau premis anda yang kelihatan lebih efektif untuk membendung gejala demam denggi ini.

2. Elakkan keluar pada waktu senja

Nyamuk akan aktif pada awal pagi dan waktu senja. Anda juga dinasihatkan memakai pakaian berlengan panjang. Oleh itu, elakkan berada di luar rumah pada waktu senja yang boleh mendapat gigitan nyamuk kerana nyamuk Aedes aktif mencari makan pada waktu ini.

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes

Anda perlu mengenalpasti tempat berisiko tinggi menjadi tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah anda. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut dan kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan jika ada.

4. Guna penghalau nyamuk

Anda boleh menggunakan semburan aerosol nyamuk yang terdapat di rumah anda. Semburan perlulah dihalakan ke siling, fokus tempat yang gelap seperti di bawah tangga ataupun tempat yang berisiko tinggi terdapatnya nyamuk. Jangan membuat semburan di tempat yang selalu dipegang seperti meja atau kabinet dapur dan pastikan makanan bertutup rapi untuk menghalang dari kesan semburan terkena makanan.

Sekiranya anda mahu cara yang mudah dan selamat, dapatkan perkhidmatan kawalan nyamuk Aedes daripada Easelife Services Sdn Bhd. 


Jangan biarkan nyamuk terus bermaharajalela menyedut darah anda. Serahkan masalah anda kepada pakar untuk menyelesaikannya dengan mudah, cepat dan berkesan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai masalah nyamuk.

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Nyamuk di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah nyamuk di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 4 langkah mudah mencegah demam denggi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment