"Dr, tolong tengokkan telinga anak saya, nampak mcm ada serangga.
Dia asyik menangis dan sakit dalam telinga"
Ini adalah situasi yang Doktor Shaiful Nizam alami di klinik baru-baru ini.
Ingin tahu apa langkah - langkah awal jika serangga memasuki telinga anda?
1) Jangan panik
Ini sangat penting, bukan sahaja bagi kanak - kanak, tetapi untuk orang dewasa juga. Untuk ibu bapa, cuba tenangkan anak-anak anda dengan menggunakan komunikasi yang berkesan.2) Jangan cuba masukkan cotton buds/besi/kunci ke dalam telinga
Ini perkara yang sangat biasa berlaku. Elakkan..!!! Kerana ia boleh menyebabkan serangga itu semakin tertolak ke dalam telinga & juga berisiko untuk cederakan saluran telinga termasuk gegendang telinga.3) Titiskan olive oil/minyak ke dalam telinga
Ini boleh melemaskan / mematikan serangga tersebut agar tidak berlaku komplikasi yang lain disebabkan oleh serangga tersebut, lebih-lebih lagi bagi serangga yang agak besar.4) Andai nampak diluar, cuba keluarkan
Jika bernasib baik, bagi serangga yang sudah nampak keluar di hujung lubang/cuping telinga, boleh keluarkan samada gunakan jari anda (jika dapat) atau pengepit kecil yang boleh tangkap serangga tersebut.5) Jika masih di dalam, segera ke hospital/klinik berdekatan
Walaupun rasanya serangga itu sudah mati , anda perlu segera ke Hospital untuk Doktor keluarkan kerana andai dibiarkan di dalam telinga walaupun serangga itu sudah mati, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman telinga boleh berlaku.Kredit : Twitter Mohd Shaiful Nizam
Untuk menghalang keluarga anda dari menjadi mangsa serangan serangga, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada serangga di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah serangga makhluk perosak di kediaman anda.
No comments:
Post a Comment