Perangkap nyamuk terbaik di dunia!
Betul ke perangkap nyamuk ni memang yang terbaik di dunia?
Ya! memang betul tanpa ragu lagi. Perangkap nyamuk jenama Mosclean buatan Korea ini memang yang terbaik di dunia setakat ini. Mosclean menggunakan Teknologi Violeds, iaitu lampu LED yang keluarkan cahaya UV bagi menarik nyamuk.
Kalau anda ada masalah banyak nyamuk kat dalam rumah tu, dah bosan asyik kena pasang ubat nyamuk berlengkar, atau pasang ubat nyauk eletrik yang bau saja yang harum tapi tak berapa nak berkesan, boleh cuba gunakan perangkap nyamuk ini pula.
Masalah banyak nyamuk dalam rumah
Masalah nyamuk ini bukan satu perkara baru kat negara kita Malaysia. Samada anda duduk kat bandar atau kat kampung, nyamuk pasti wujud.Tambahan pulak kalau anda tinggal berdekatan dengan kawasan sungai. Atau berhampiran tempat tinggal ada takungan air, llongkang selalu tersumbat dan dipenuhi air. Bila masuk musim panas selepas selesai musim hujan, nyamuk mula menyerang masuk dalam rumah.
Kalau setakat nyamuk biasa masih ok lagi dari segi kesihatannya. Tapi kalau nyamuk aedes, memang tak boleh nak dibiarkan. Perlu buat sesuatu supaya seluruh nyamuk aedes dihapuskan.
Bunuh nyamuk pakai lingkaran ubat nyamuk
Amalan biasa terutamanya orang kampung adalah dengan memasang lingkaran ubat nyamuk. Kalau anda pakai jenama Fumakila, memang berkesan asapnya membuatkan nyamuk pening dan jatuh atas lantai.Tapi masalah timbul bagi orang yang tak boleh hidu bau asap ubat nyamuk tu. Malah pakaian dan kain tingkap serta kain cadar juga akan melekat bau ubat nyamuk.
Bila ubat nyamuk habis terbakar, terutamanya diwaktu subuh, mula datang balik banyak nyamuk hinggap dikaki dan dipipi. Bila nak pasang satu lagi, ubat nyamuk dah habis pulak. Nak kena tunggu siang hari untuk beli satu kotak lagi.
Itu antara kelemahan ubat nyamuk.
Bunuh nyamuk pakai aerosol
Satu lagi amalan biasa yang orang kita buat adalah sembur aerosol ubat nyamuk. Aerosol agak sinonim dengan perkataan Ridset. Iklan jenama itu melekat dalam kepala sampai apa saja jenis semburan ubat nyamuk kita panggil Ridset.Bau ubat nyamuk semburan aerosol ini memang wangi. Tak busuk macam asap lingkaran ubat nyamuk. Kalau kena betul-betul pada badan nyamuk, memang dia akan tumbang jatuh menggedik dan akhirnya mati.
Mana-mana nyamuk yang berjaya elakkan diri lari keluar jauh dari semburan aerosol akan selamat. Bila dah berhenti menyembur, nyamuk akan terbang datang semula. Mana larat nak asyik sembut tak berhenti. Dan tak ada orang buat kerja sembut habis satu balang tin tu.
Itu antara kelemahan bunuh nyamuk pakai aerosol pulak.
Pakai Mosclean perangkap nyamuk terbaik dunia
Jika anda nak cuba alternatif selain dari aerosol dan lingkaran ubat nyamuk, boleh cuba Mosclean perangkap nyamuk terbaik dunia ini.Perangkap ini menggunakan lampu cahaya UV yang diperbuat dari LED untuk menarik nyamuk datang kepada perangkap tersebut. Ia 4 kali ganda jauh lebih baik dari menggunakan lampu mercury yang biasa digunakan.
Kalau dilihat kecekapannya menarik nyamuk pembawa demam denggi, lampu UV LED ini menarik 13 kali ganda lebih berkesan dari lampu mercury biasa. Dan UV LED juga menarik 9 kali ganda nyamuk penyebab malaria berkesan dari lampu mercury biasa.
Bila nyamuk datang dekat pada perangkap, ia akan ditarik masuk ke dalam perangkap melalui kipas kecil yang siap dipasang di dalam perangkap.
Apa yang anda perlu buat hanyalah beli satu perangkap, gantung kat dalam rumah. Pasang suis hanya bila malam. Waktu siang boleh tutup. Itu saja kerja yang anda perlu buat. Dan perangkap itu diberikan jaminan selama 1 tahun.
Kalau berdasarkan ujian yang telah dibuat, perangkap berserta UV LED tersebut boleh digunakan pakai selama 4 tahun tanpa masalah. Satu perangkap Mosclean boleh cover keluasan 2000 kaki persegi. Tapi kalau rumah anda ada banyak ruang berdinding, elok satu ruang satu perangkap.
Harganya juga amat berpatutan untuk tempoh terhad.
Sekarang hanya RM250 untuk satu unit perangkap nyamuk Mosclean yang original dengan jaminan setahun. Harga itu adalah harga tanpa penghantaran. Anda boleh datang ambil sendiri di pusat operasi Easelife Services Sdn Bhd yang beralamat di TTDI Jaya Shah Alam.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh WhatsApp atau buat panggilan di nombor 012-2067357 atau 019-2260807
No comments:
Post a Comment