Wednesday, June 6, 2018

5 tanda anai-anai telah menjajah rumah anda

  Ano Nyme       Wednesday, June 6, 2018



Sebelum lihat 5 tanda anai-anai telah menjajah rumah anda, elok tengok dulu beberapa bencana yang bakal dibawa oleh anai-anai jika rumah anda telah dijajah olehnya.

Salah satu ketakutan yang dihadapi oleh penghuni atau pemilik rumah adalah anai-anai.

Walaupun saiznya yang kecil, anai-anai mampu boleh mendatangkan masalah besar sehingga boleh menyebabkan kerugian.

Apakah sebenarnya masalah yang dibawa oleh anai-anai?
  • Merosakkan bahan binaan rumah yang dibina daripada kayu - Kayu adalah 'makanan' anai-anai. Seperti haiwan lain yang memerlukan makanan, anai-anai makan serat selulosa daripada kayu. Itu sebabnya bahan binaan rumah kayu menjadi sasaran anai-anai sehingga habis dirosakkan.
  • Keretakan pada dinding dan siling rumah - Jika anda mengesyaki adanya tanda-tanda keretakan yang terjadi secara tiba-tiba, itu tandanya anai-anai sudah mula merayap di dalam rumah anda.
  • Pintu rumah atau bilik dah tak boleh ditutup dengan baik - Apabila anai-anai dah mula makan kayu pada pintu rumah, ia akan menyebabkan ketebalan pintu berubah. Anda akan mula perasan pintu dah tak boleh dibuka atau tak boleh ditutup.
Masalah anai-anai boleh membuatkan anda stres, lebih-lebih lagi apabila anda tidak tahu cara untuk menghapuskan anai-anai dengan berkesan.

Berikut adalah beberapa tanda anai-anai mungkin telah menjajah rumah anda.
  1. Boleh dilihat ada kelkatu berhampiran tingkap, pintu, lubang dan lampu kerana kelkatu itu adalah anai-anai. Kelkatu tertarik kepada cahaya.
  2. Ada gumpalan sayap berselerakan di tingkap, lekapan pemanasan, pintu, sinki dan tab mandi. Itu adalah sayap kelkatu anai-anai
  3. Anai-anai suka buat laluan berlumpur dan tiub berlubang kira-kira selebrar straw minuman. Tiub ini memberi mereka perlindungan daripada pemangsa dan suhu yang melampau serta membantu mengekalkan suasana lembap yang disukai oleh anai-anai. 
  4. Ketuk kayu dengan pemutar skru. Sekiranya ada bunyi berongga atau 'hollow', itu maknanya anai-anai dah menjajah rumah anda.


Jika anda risau samada rumah sudah diserang anai-anai, hapuskan rasa risau itu dengan 3 langkah di bawah:

  1. Hubungi / Whatsapp Easelife Services Sdn Bhd 012-2067357 - Nyatakan ada masalah anai-anai.
  2. Berikan nama dan alamat rumah anda - Kami akan pergi buat pemeriksaan terperinci. Sebut harga akan diberikan untuk hapuskan masalah anai-anai itu jika sah ada.
  3. Jika anda setuju - Kami akan aturkan jadual untuk membuat rawatan dengan segera sehingga masalah anai-anai di rumah anda tiada lagi.
" Hubungi Easelife Services Sdn. Bhd. sekarang di talian 012-206 7357 untuk melindungi kediaman anda daripada anai-anai, sebelum ianya menjadi bencana kepada harta benda rumah anda. "
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 tanda anai-anai telah menjajah rumah anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment