Ada banyak hotel budget yang wujud di Malaysia sejak kebelakangan ini. Ini disebabkan permintaan terhadap hotel terutamanya yang berkos rendah semakin menggalakkan, berikutan rakyat Malaysia sekarang aktif mengembara.
Walaupun anda mengendalikan sebuah hotel budget, jangan ingat aspek keselesaan pelanggan tidak perlu diberikan perhatian. Dan salah satu aspek penting yang boleh menjadikan Hotel budget anda menjadi hotel pilihan adalah melalui aktivivi pest conteol.
Jadkan hotel anda bebas serangan serangga dan makhluk perosak untuk memberikan keselesaan maksimum pada pelanggan hotel budget anda.
Berikan kesedaran pest control pada pekerja hotel
Salah satu cara yang boleh anda lakukan untuk pastikan hotel budget anda bebas serangan serangga dan makhluk perosak, adalah dengan memberikan kesedaran terhadap kepentingan pest control pada para pekerja hotel.Dengan adanya kesedaran dan maklumat yang berguna terhadap kepentingan pest control, para pekerja anda dapat membantu menjadikan hotel budget anda bebas seranggan serangga dan makhluk perosak. Ini juga dapat mengurangkan kos selenggara pest control di hotel budget anda.
Kos rawatan seranggan serangga dan makhluk perosak dapat dikawal jika anda berupaya mengenal pasti masalah lebih awal sebelum ianya terlambat. Sebab itu penting untuk jadikan para pekerja hotel sebagai ajen pencegahan masalah serangga dan makhluk perosak di hotel anda.
Untuk menjayakan usaha tersebut, anda perlu hantar para pekerja mendapatkan latihan asas terhadap aktiviti pest control. Anda juga boleh menghubungi syarikat pest control yang menawarkan latihan asas kepada para pekerja hotel anda untuk memahami aktiviti pest control.
Cuba hubungi Pest Control Association of Malaysia (PCAM) untuk mendapatkan khidmat latihan dan kesedaran terhadap masalah serangan serangga dan makhluk perosak.
Maklumat pest control yang pekerja hotel perlu tahu
Berikut disenaraikan maklumat dan pengetahuan berkenaan serangga dan makhluk perosak yang para pekerja hotel perlu tahu. Anda boleh pastikan semua maklumat ini diberikan oleh syarikat yang bakal memberikan latihan asas pada pekerja hotel anda.- Kenal pasti ciri-ciri serangga dan makhluk perosak yang biasanya mendatangkan masalah - Antaranya adalah seperti tikus, lipas, lalat, burung dan pepijat. Contohnya, untuk mengenali tikus apa yang sedang bermaharajalela di hotel sekarang, anda hanya perlu melihat najis yang ditinggalkannya sahaja.
- Kenali biologi asas serangga dan makhluk perosak tersebut - Maklumat biologi serangga dan makhluk perosak memboleh anda kenal pasti masalah yang bakal dicetuskan mereka. Umpamanya gigi tikus yang tidak berhenti membesar, membuatkan tikus perlu sentiasa menggigit dan mengasah giginya. Ini merosakkan banyak perabut dan mampu membuatkan wayar letrik hotel meletup.
- Kenali isu utama bila berlaku serangan serangga dan makhluk perosak - Pekerja hotel perlu tahu akibat buruk yang boleh dicetuskan oleh seranga serangga dan makhluk perosak. Ini membuatkan mereka akan jadi lebih serius dan berhati-hati. Umpamanya masalah kesihatan yang mampu dicetuskan oleh lipas. Keracunan makanan disebabkan e-coli dan salmonella bawaan lipas adalah buruk untuk hotl jika ianya berlaku.
- Kenal pasti cara terbaik mengemas dan mencuci hotel - Dengan maklumat ini, pekerja hotel dapat tahu bagaimana cara paling baik membuat house keeping supaya ianya dapat menghalang serangan serangga dan makhluk perosak. Contohnya cara buang sampah yang betul supaya tiada makanan untuk lipas dan tikus dan membuatkan mereka tak datang ke hotel anda. Juga maklumat untuk tutup lubang atau bukaan serta rekahan supaya lipas dan tikus tak merebak.
- Kenal pasti pilihan teknik berbeza dalam kawalan serangga dan makhluk perosak - Jika pekerja hotel tahu ada berbagai kaedah yang bergantung pada kesesuaian premis dan industri, maka plihan kaedah yang terbaik mampu membuatkan hotel anda menyerlah. Contohnya jangan pasang pembunuh letrik pada kawasan makanan buffet hotel, ini akan menyebabkan bangkai lalat bertaburan masuk dalam makanan bila terkena bakaran letrik. Sebaliknya gunakan perangkap bergam.
Sedarkan pekerja hotel anda sekarang
Dengan memberikan pendedahan terhadap 5 perkara asas yang tersebut di atas, anda dapat menjadikan hotel anda selamat dari serangan serangga dan makhluk perosak. Para pekerja hotel akan menjadi ajen yang faham kedudukan dan kepentingan pest control dan dapat membantu menyelesaikannya dari awal.
Kefahaman itu semua boleh menjimatkan wang dan masa anda dalam usaha untuk kawalan serangga dan makhluk perosak. Dapatkan latihan segera untuk pekerja hotel anda sekarang. Jika hotel anda sudah punyai syarikat pest control profesional yang menguruskan pest control di situ, minta syarikat tersebut berikan latihan asas untuk para pekerja anda.
Jika hotel anda masih belum ada syarikat pest control profesional yang menguruskan masalah serangga dan makhluk perosak di situ, anda boleh hubungi Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat bertauliah dan berlesen berpengalaman sejak 1998 dalam dunia pest control.
Hubungi En Izam 012-2067357 untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran pest control di hotel.
No comments:
Post a Comment