Wednesday, May 25, 2016

Petani kebun anggur guna 1000 itik kawal serangan makhluk perosak

  Ano Nyme       Wednesday, May 25, 2016
Petani kebun anggur di Cape Town mendapati penggunaan 1,000 ekor itik untuk kerja-kerja kawalan serangan makhluk perosak di kebun anggurnya amat berkesan.

Penggunaan itik sebagai teknik kawalan serangga dan makhluk perosak itu amat mesra alam sekitar dan berjaya menjauhi penggunaan bahan kimia terhadap kebun anggurnya.

Kosnya menggunakan itik sebagai alat kawalan serangga dan makhluk perosak mungkin mungkin tidak semurah penggunaan racun dan bahan kimia. Tetapi, memandangkan nilai tidak menggunakan bahan kimia adalah amat berharga sekali, kosnya yang agak tinggi bukanlah satu masalah. malah menjadi satu kelebihan.

Petani tersebut membuat eksperimen menggunakan itik sebagai cara kawalan makhluk perosak yang mesra alam pada tahun 1984. Dia mendapati cara tersebut amat berkesan sehinggalah jumlah penggunaan itik bertambah kepada 1000 ekor. Hasilnya, bahan kimia tidak diperlukan. Kalau perlupun teramatlah minimum sekali.

Anda boleh tonton video bagaimana itik-itik digunakan dalam kawalan serangga dan makhluk perosak di bawah:


Dalam satu hari, 1000 ekor itik akan dihalau masuk untuk kerja-kerja kawalan serangga dan makhluk perosak di kawasan kebun anggur seluas 100 meter persegi. Makhluk perosak yang disasarkan adalah siput serta telur siput yang merosakkan pokok anggur.

Selain daripada menghapuskan serangan siput dan makhluk perosak lain, itik tersebut membekalkan baja yang baik untuk kebun anggurnya.

Mungkin para petani sawah di negara kita boleh mencuba teknik yang sama dalam usaha membenteras siput gondang yang menyerang sawah padi di negara kita. Manalah tahu kalau-kalau ianya berkesan !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Petani kebun anggur guna 1000 itik kawal serangan makhluk perosak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment