Wednesday, March 16, 2016

Saintis India rangka formula baru kawal lalat rumah

  Ano Nyme       Wednesday, March 16, 2016
Begaluru, India - Seorang ahli sains yang berpusat di Bengaluru, sebuah bandar di negara India sedang merangka dan membina satu formula baru bagi mengawal masalah lalat rumah.

Lalat rumah atau dalam bahasa Inggerisnya di sebut House Fly, merupakan serangga perosak yang termasuk dalam serangga yang boleh mendatangkan masalah kesihatan pada manusia.

Oleh kerana lalat rumah ini merupakan satu masalah yang perlu dikawal untuk mempastikan tidak merebaknya masalah kesihatan pada manusia, santis sentiasa berusaha mencari cara baru yang lebih berkesan bagi menarik dan membunuh lalat tersebut.

Untuk maklumat pembaca, lalat rumah sekarang semakin lama semakin kebal terhadap racun serangga yang ada di pasaran sekarang ini. Lalat rumah berjaya membentuk sistem ketahanan badan mereka sampai mampu bertahan terhadap racun terutamanya dari jenis synthetic pyrethroid.

Racun dari jenis synthetic pyrethroid lazim digunakan oleh pengendali kawalan serangga dan makhluk perosak bagi membunuh lalat dewasa. Racun itu digunakan sejak sekian lama sehingga lalat dah menjadi kebal dan tidak terkesan lagi dengan tindakan racun tersebut.

Menurut Kesavan Subaharan yang merupakan seorang Principal Scientist dari National Bureau of Agricultural Insect Resources (NBAIR), beliau sedang membina dua jenis formula bagi mengawal lalt rumah ini.

Dua jenis formula tersebut adalah:

  1. Racun yang berasaskan bahan kimia
  2. Racun yang berasaskan biologi - Racun ini menggunakan mikrob yang mampu membunuh lalat. Ia boleh ditaburkan pada kawasan pembuangan sampah untuk membunuh lalat rumah yang biasanya bayak di kawasan sebegitu.

Cubaan keberkesanan yang positif

Setakat ini, formula yang beliau bina telah berjaya dilakukan ujian keberkesanannya di pusat menternak ayam du kawasan luar bandar di Bengaluru. Dan ia ternyata berkesan dan berjaya mengawal dan membunuh lalat.

Satu bahan yang mampu menarik kedatangan lalat juga dicipta bagi mengelakkan lalat mati bertaburan atas lantai apabila disembur dengan racun serangga.

Dengan adanya penarik lalat, bahan tersebut akan bertindak membawa lalat pada kawasan yang diletakkan bahan pembunuh lalat itu.

Lalat merupakan masalah yang sering berlaku di kawasan penempatan awam, kawasan perumahan, restoran, pusat penternakan dan lain-lain lagi seumpamanya. Ia banyak mendatangkan gangguan pada manusia dan boleh mendatangkan masalah kesihatan seperti diarrhoea.

Formula baru bagi mengawal dan membunuh lalat tersebut dijangka akan ada di pasaran dalam tempoh 6 bulan lagi.

sumber
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Saintis India rangka formula baru kawal lalat rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment