Friday, January 29, 2016

USM kaji guna Burung Hantu kawal masalah tikus

  Ano Nyme       Friday, January 29, 2016
 
Penyelidik di Universiti Sains Malaysia sedang membuat kajian penggunaan Burung Hantu untuk kawalan masalah tikus di kawasan bandar dan pekan. Kajian ini dapat menentukan samada Burung Hantu boleh dijadikan teknik kawalan biologi yang berkesan terhadap masalah serangan tikus.

Kajian penggunaan Burung Hantu untuk kawalan tikus itu dilakukan oleh penyelidik dari Pusat Pengajian Biologi, Dr Hasber Salim.

Menurut beliau, burung hantu sudah digunakan sejak 1970-an lagi untuk urusan kawalan serangan tikus di kawasan pertanian dan perladangan. Tetapi usaha untuk kembangkan lagi penggunaan Burung Hantu tersebut untuk mengawal masalah tikus di kawasan bandar dan pekan masih tidak dijalankan lagi.

Menurut beliau lagi, spesis Burung Hantu yang amat berkesan dalam aktiviti kawalan tikus adalah dari spesis "Tyto alba javanica". Burung Hantu jenis ini didapati dapat makan jumlah tikus dalam kuantiti yang amat banyak berbanding spesis burung Hantu yang lain.

Projek burung hantu kawal tikus

Untuk melaksanakan kajian tersebut, para penyelidik sekarang sedang dalam peringkat membawa burung hantu dari spesis tersebut di atas tadi ke pusat peliharaan burung hantu di kampus USM.

Burung hantu tersebut akan dilatih untuk membiasakan diri bagi memakan jenis tikus yang ada di kawasan bandar dan pekan. Latihan ini amat penting untuk membiasakan diri Burung Hantu tersebut terhadap persekitaran yang berbeza dari persekitaran pertanian dan ladang.

Selepas Burung Hantu tersebut dapat sesuaikan diri mereka, barulah ianya akan dilepaskan di sekitar kampus USM untuk melihat perkembangan mereka dalam proses mengawal tikus.

Usaha itu mengambil masa antara 2 ke 6 bulan sebelum Burung Hantu dapat membiasakan diri mereka.

Bagi melaksanakan projek burung hantu kawal tikus tersebut, mereka berjaya mendapatkan geran dari kajian dari USM yang berjumlah RM175,000.

Guna Burung Hantu kawal Tikus

Projek guna burung hantu untuk kawal tikus di kawasan bandar dan pekan ini memang amat menarik sekali. Diharapkan agar projek ini berjaya dan sekali gus boleh dikomersialkan secara besar-besaran.

Jika ianya berjaya, tentu menarik untuk menjadikan burung hantu sebagai burung belaan dan dibiakkan secara besar-besaran supaya boleh dijual pada para pengguna atau pada majlis perbandaran.

Maklumat asal di sini. Sumber gambar di sini

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, USM kaji guna Burung Hantu kawal masalah tikus

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment