Monday, August 3, 2015

Petua halau anai-anai yang luar biasa diamalkan orang

  Ano Nyme       Monday, August 3, 2015
Sumber gambar
Anai-anai merupakan salah satu daripada musuh manusia sejak dahulu kala lagi. Anai-anai mendatangkan masalah pada manusia pada zaman dahulu terutamanya terhadap aktiviti pertanian dan juga aktiviti pembinaan.

Disebabkan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh anai-anai, maka tidak hairan berbagai petua  halau anai-anai telah wujud sejak beribu tahun dahulu lagi. Terdapat berbagai pendekatan yang digunakan oleh orang dahulu kala untuk halau anai-anai yang mengganggu mereka.

Para pengkaji telah mendapati bahawa orang Mesir dan juga orang Cina telah mula menggunakan pendekatan bahan kimia untuk halau anai-anai ini daripada merosakkan samada bangunan ataupun tumbuh-tumbuhan yang mereka usahakan.

Antara pendekatan bahan kimia yang dipakai oleh orang Mesir purba pada 2500 sebelum masihi adalah penggunaan bahan sulfur untui mengawal serangan anai-anai. Orang Cina juga menggunakan pendekatan sama sejak 1200 sebelum masihi lagi.

Selain daripada penggunaan sulfur atau bahan kimia untuk halau anai-anai atau masalah serangga perosak yang lain, orang Cina juga menggunakan teknik biology dalam usaha mereka mengawal dan menghalau serangga perosak. Terdapat catatan bahawa orang Cina menggunakan semut bagi mengawal serangga perosak terhadap pokok limau yang mereka usahakan.

Walau apapun pendekatan atau usaha yang manusia jalankan sejak dahulu kala sehinggalah sekarag ini, semua pendekatan itu terhasil daripada kajian yang bersungguh-sungguh. Jika berdasarkan kajian, ianya terbkti berkesan, maka ia akan terus diguna pakai sehinggalah datangnya cara baru yang jauh lebih bagus.

Halau anai-anai cara luar biasa

Tidak ada apa-apa catitan yang menceritakan bagaimana orang kita di Nusantara ini lakukan untuk mengawal masalah anai-anai atau serangga dan makhluk perosak yang lain.

Tidak ada juga apa-apa catitan yang menceritakan bagaimana orang Melayu terutamanya menyelesaikan masalah serangan serangga perosak pada zaman dahulu kala. Bagaimana orang Melayu halau anai-anai pada zaman kesultanan Melaka dahulu juga tidak ada yang menceritakannya.

Jadi bila ada cara luar biasa yang orang kita amalkan untuk halau anai-anai, ia adalah sesuatu yang amat menarik. Petua luar biasa itu sudah tentu telah diperturunkan oleh orang-orang tua-tua mereka dan terbukti berkesan. Maka sebab itu mereka masih terus amalkannya sehingga sekarang.

Halau anai-anai dengan hati ikan pari

Ini merupakan salah satu daripada petua yang telah diberikan oleh orang yang biasa mengamalkan cara halau anai-anai sebegini. Lihat contoh hati ikan pari pada gambar di atas (sumber gambar)

Untuk pastikan anai-anai tidak datang menghampiri premis atau pokok yang kita tanam, anda boleh dapatkan hati ikan pari dan tanam hati tersebut pada kawasan yang mahu dipelihara daripada serangan anai-anai.

Anda boleh cuba amalkan teknik ini dengan pergi ke pasar yang ada menjual ikan pari. Pergi minta pada penjual ikan untuk mengambil hati ikan pari ini secara percuma. Biasanya penjual ikan hanya akan membuang begitu sahaja hati ikan pari ini.

Kumpulkan dengan banyak dan korek sekeliling rumah anda dan tanam hati ikan pari yang dah dikumpulkan tadi. Menurut petua ini, anai-anai akan melarikan diri jauh daripada menghampiri rumah anda.

Jika anda baru nak bina rumah, boleh korek pada kawasan tanah yang mahu didirikan rumah tersebut dan tanam hati ikan pari di situ.

Selain daripada ikan hati ikan pari yang disebutkan di atas, ada juga orang yang menggunakan ikan buntal. Caranya sama sahaja iaitu dengan tanam ikan buntal pada kawasan yang anda mahu kawal serangan anai-anai.

Itulah antara cara halau anai-anai yang luar biasa yang orang amalkan. Malah sehingga sekarangpun masih ada yang mengamalkan cara yang disebutkan di atas.

Jika anda tak yakjn dengan cara tersebut, anda boleh gunakan khidmat kawalan anai-anai yang profesional dan bertauliah. Cara yang mereka gunakan sekarang adalah cara yang terbukti berkesan dan selamat.

Jika anda ada masalah anai-anai, sila hubungi En Izam 012-2067357, dapatkan maklumat lanjut dan dapatkan servis pemeriksaan secara percuma.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Petua halau anai-anai yang luar biasa diamalkan orang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment