Wednesday, April 22, 2015

Nyamuk aedes tukar taktik membiak

  Ano Nyme       Wednesday, April 22, 2015
Nampaknya usaha menghapuskan pembiakan nyamuk aedes menghadapi satu cabaran yang lebih hebat. Ini berlaku apabila nyamuk aedes didapati telah menukar taktik pembiakan mereka untuk melahirkan lebih banyak lagi nyamuk aedes.

Selama ini, para pemeriksan pembiakan nyamuk aedes yang terdiri daripada inspektor kesihatan melakukan pemeriksaan pada tempat umum yang diketahui ramai. Biasanya mereka akan memeriksa tempat takungan air yang terdapat pada kaki pasu, bekas sampas, tong-tong kosong, tayar lama dan lain-lain seumpamanya.

Namun kali ini, para pemeriksa kawasan pembiakan nyamuk aedes telah menjumpai kawasan baru berlakunya pembiakan nyamuk aedes. Mereka mendapati banyak jentik-jentik nyamuk aedes hidup di celah-celah dahan pokok yang ada air bertakung.

Para pemeriksa  kesihatan menjumpai jentik-jentik di celah dahan pokok kelapa, dahan daun pandan dan lain-lain pokok yang seumpama dengannya. Air yang datng daripada hujan telah bertakung dicelah antara dahan pokok daun kelapa, atau celah dahan daun pandan mampu memberikan satu pusat pembiakan yang sesuai untuk nyamuk aedes.

Kebiasaannya, kawasan sebegitu adalah cukup airnya dan mempunyai perlindungan terus daripada mana terik cahaya matahari. Dalam keadaan tersebut, ia menjadi lokasi ideal untuk nyamuk aedes membiak.

Nyamuk aedes tukar taktik membiak

Menurut Pengarah Kesihatan MBPJ, Dr Chitra Davi N. Vadivellu, para petugas kesihatan yang telah melakukan pemeriksaan jentik-jentik pada pasu bunga, tong kosong, tayar buruk dan lain-lain tempat takungan air melihat perubahan drastik terhadap tempat pembiakan jentik-jentik.

Atas dasar itu, para pekerja daripada majlis perbandaran telah diarahkan agar tandan atau dahan pokok kelapa atau lain-lain jenis pokok palma di cantas dahannya dan dipastikan bersih daripada menakung air.

Para pekerja majlis perbandaran juga telah menghapuskan sebarang rimbunan pokok pandan di sekitar kawasan yang menghadapi masalah demam denggi. Ini bagi memastikan nyamuk tidak dapat membiak dengan mudah.

Pengarah kesihatan itu juga mencadangkan agar orang ramai yang ada menanam pokok-pokok jenis palma dan juga pandan, agar taburkan garam pada semua kawasan tersebut. Pastikan celahan antara dahan pokok dan celahan daun pandan di tabur dengan garam bagi menghalang pembiakan nyamuk aedes.

Nota: Knockout Fumigation Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Pest Control yang berlesen. Jika anda memerlukan sebarang khidmat fogging atau kawalan pembiakan jentik-jentik, segera hubungi En Izam 012-2067357
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Nyamuk aedes tukar taktik membiak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment