Kenapa penting untuk mengetahui kehadiran nyamuk aedes betina di persekitaran anda?
Untuk maklumat, nyamuk betinalah yang bertanggung jawab menghisap darah manusia dan seterusnya membuatkan penyakit demam denggi merebak pada orang yang digigitnya.
Oleh itu dengan adanya satu alat yang mampu mengesan kehadiran nyamuk aedes betina, kita dapat tahu bahawa persekitaran yang kita tinggal berada di dalam bahaya kemungkinan digigit nyamuk aedes yang boleh menyebabkan demam denggi.
Bagaimana alat kesan nyamuk aedes betina berfungsi
Menurut Prof Dr Uda Hashim dari Institut Kejuruteraan Nanoelectronik, alat mengesan nyamuk aedes betina itu digunakan untuk mengesan gelombang akustik yang dihasilkan daripada aktiviti pukulan oleh sayap nyamuk aedes betina ketika terbang.Ia dihasilkan daripada kombinasi ilmu nanoteknologi dan juga kejuruteraan elektronik oleh para pakar di Unimap. Para pakar di Unimap juga sedang merangka satu penciptaan alat yang kecil dan boleh dibawa dengan mudah. Alat itu juga mestilah praktikal dan mampu dibeli untuk membuatkan ianya bernilai dari segi komersial.
Alau tersebut juga direka untuk membolehkannya menghantar isyarat gelombang secara tanpa wayar kepada unit kawalan vektor yang memantau populasi pembiakan nyamuk aedes di satu-satu persekitaran.
Alat kesan nyamuk aedes pertama di dunia
Apa yang menarik adalah, alat itu merupakan satu-satunya ciptaan di dunia yang mampu berbuat sedemikian. Ia mampu melengkapkan lagi usaha kawalan pembiakan nyamuk aedes dan seterusnya mengawal penyebaran kes demam denggi di negara kita.Setakat ini usaha mengawal nyamuk aedes dilakukan secara bersungguh dengan menggunakan segala tiknik yang ada termasuklah teknik bahan kimia, biologi dan juga kawalan secara fizikal atau mekanikal.
Namun begitu, kesedaran orang ramai tetap diperlukan dalam usaha membenteras kes demam denggi di Malaysia. Nyamuk aedes dapat dikawal dengan adanya kesedaran bagi menghapuskan segala kawasan yang boleh menjadikan nyamuk aedes membiak.
Segala kawasan takungan air perlu dihapuskan atau dimasukkan bahan kawalan jentik-jentik. Sampah sarap perlu dibersihkan dan bekas yang boleh manakung air mesti dihapuskan serta tidak dibuang merata tempat.
Baca laporannya di sini.
No comments:
Post a Comment