Malah bukan saja tahun ini, sejak tahun 2013 kemudiannya masuk tahun 2014 dan sekarang baru masuk tahun 2015, perkara ini sepatutnya merisaukan semua orang Pulau Pinang.
Tahun 2015 yang baru bermula dan belum lagi habis satu bulan telah menyaksikan kematian 2 orang warga Pulau Pinang yang terkena demam denggi.
Dalam bulan yang sama iaitu januari tahun 2014, tiada sebarang kematian dicatitkan.
Untuk pengetahuan anda, data kematian yang disebabkan oleh masalah denggi di negeri Pulau Pinang pada tahun 2013 adalah seramai 7 orang sahaja. Manakala pada tahun 2014, jumlahnya meningkat kepada 11 orang. Peningkatan itu adalah sama dengan 45.5% pertambahan kes.
Nampaknya jumlah kematian akibat demam denggi macam tak mahu berkurangan apabila masuk saja tahun 2015, belum habis satu bulan sudah mencatatkan dua kematian. Keadaan ini menimbulkan kerisauan pihak bertanggung jawab di negeri Pulau Pinang.
Kes denggi tidak berkurang
Menurut Dr Afif Bahardin, exco negeri yang bertanggung jawab ke atas perkara ini, data peningkatan dari tahun ke tahun sehingga kini tidak menampakkan tanda-tanda berkurangan. Berbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan pihak berkenaan, tapi tidak menampakkan hasil yang memberansangkan.Empat lokasi panas kes demam denggi di negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:
- Jalan Lim Eow Thoon
- Batu Lanchang Flats
- Taman Free School
- Taman Sri Janggus di Daerah Seberang Perai Tengah
Kenyataan tersebut dibuat ketika berucap dalam program gotong royong membersihkan kawasan bersama ketua menteri di Taman Tenggiri, Seberang Jaya. sumber berita
Kerja kawalan demam denggi bukanlah merupakan urusan hanya satu pihak iaitu kerajaan sahaja, malah ia perlu dilaksanakan oleh semua warga Pulau Pinang di semua premis penginapan masing-masing dan juga persekitran premis tempat tinggal mereka.
Nyamuk aedes boleh dikurangkan dengan memastikan tempat pembiakan nyamuk aedes dihapuskan. Ia melibatkan urusan pembersihan dan juga kerja-kerja menghapuskan mana-mana saja pusat takungan air terutamanya ditempat redup dari sinaran cahaya matahari.
Dan kesemua urusan tersebut di atas tidak dapat dilakukan sama sekali seandainya orang Pulau Pinang tidak ada rasa risau di dalam diri mereka. Hanya dengan timbulnya rasa risau dengan kes demam denggi yang meningkat ini mampu mengubah persepsi.
Jika anda perlukan perkhidmatan membunuh nyamuk dewasa dengan kerja-kerja fogging dan kawalan jentik-jentik, sila hubungi En Izam di 012-2067 357
Semua wajib berusaha kurangkan kes denggi
Untuk kerja-kerja kawalan demam denggi, tidak dapat tidak usaha mengawal pembiakan nyamuk aedes perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh secara konsisten.Kerja kawalan demam denggi bukanlah merupakan urusan hanya satu pihak iaitu kerajaan sahaja, malah ia perlu dilaksanakan oleh semua warga Pulau Pinang di semua premis penginapan masing-masing dan juga persekitran premis tempat tinggal mereka.
Nyamuk aedes boleh dikurangkan dengan memastikan tempat pembiakan nyamuk aedes dihapuskan. Ia melibatkan urusan pembersihan dan juga kerja-kerja menghapuskan mana-mana saja pusat takungan air terutamanya ditempat redup dari sinaran cahaya matahari.
Dan kesemua urusan tersebut di atas tidak dapat dilakukan sama sekali seandainya orang Pulau Pinang tidak ada rasa risau di dalam diri mereka. Hanya dengan timbulnya rasa risau dengan kes demam denggi yang meningkat ini mampu mengubah persepsi.
Jika anda perlukan perkhidmatan membunuh nyamuk dewasa dengan kerja-kerja fogging dan kawalan jentik-jentik, sila hubungi En Izam di 012-2067 357
No comments:
Post a Comment