Back to Top

Negeri Sembilan larang aktiviti berkhemah cegah Leptospirosis

Seremban. Para pelawat yang ingin melawat di mana-mana hutan lipur di Negeri Sembilan dilarang untuk berkhemah terutamanya di sekitar kawasan yang mempunyai air terjun atau kolam.

Larangan ini dibuat bagi mengelakkan orang ramai dari meninggalkan sebarang makanan atau bungkusan makanan yang boleh menarik kehadiran tikus mencari makan di sekitar kawasan tersebut.

Menurut Encik Shamshulkahar Mohd Deli, Pengurusi Pendidikan dan Kesihatan Negeri, larangan ini adalah untuk mencegah dan mengawal penularan penyakit Kencing Tikus atau Leptospirosis yang dibawa oleh tikus.

Seorang lagi kanak-kanak berumur 12 tahun dilaporkan meninggal dunia di Melaka akibat terkena penyakit Leptospirosis.

Umar Abd Qayyum Yassir Arafat dipindahkan daripada Hospital Tampin ke Hospital Besar Melaka hari ahad lalu dan disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan terhadap penyakit Leptospirosis.

Berkelah boleh tapi jangan berkhemah

Walau bagaimanapun, orang ramai dibolehkan untuk berkelah dan mandi manda di kawasan air terjun dan kolam yang selamat.

Asalkan mereka tidak berkhemah dan melakukan aktiviti masak memasak serta tidak mengotorkan kawasan persekitaran.

Orang ramai nampaknya seperti tidak peka dengan kedudukan masalah penyakit kencing tikus dan hubungkaitnya dengan kehadiran tikus.

Salah satu cara terbaik untuk mengawal tikus adalah dengan menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Memastikan tidak adanya sebarang akses makanan kepada tikus boleh mengelakkan tikus daripada hadir di kawasan orang ramai.

sumber info

Post a Comment