Bagi yang ada masalah dengan kulit yang sensitif terhadap gigitan pepijat, hidup selama 20 tahun dengan 10 ribu ekor pepijat mungkin boleh membuatkan keseluruhan kulit anda menjadi kudis berbisa.
Bukan disebabkan oleh bisa pada gigitan pepijat, tetapi disebabkan mereka yang tak tahan, akan menggaru bekas gigitan pepijat kerana terasa gatal. Akibat daripada garuan tersebut, kulit akan luka dan lama-kelamaan akan berkudis.
Warga tua hidup 20 tahun dengan pepijat
Berbeza pula dengan seorang warga tuan sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina di Singapura. Beliau yang berusia 80 tahun didapati telah hidup dengan berpuluh ribu ekor pepijat selama 20 tahun dalam satu apartmen yang sama.Berikut ceritanya yang saya petik dari blog ini
Seorang lelaki berusia 80 tahun dipercayai telah pun hidup bersama pepijat di rumahnya selama lebih 20 tahun dan beliau tidak berasa gatal biarpun tidak selesa, menurut sebuah akhbar cina Singapura Lianhe Wanbao.
Untuk membantunya membersihkan rumahnya dari semua pepijat itu, lebih 10 anggota sukarelawan meghabiskan masa lapan jam menyelesaikan kerja-kerja berkenaan. Warga emas itu tinggal seorang diri di sebuah unit rumah sewa di Redhill dan rumahnya dipenuhi pepijat daripada lantai hingga ke siling dan kelihatan kotor.
Seorang daripada anggota sukarela itu Ms Pan, 44, berkata dia telah menyusunkan tugas 10 sukarelawan itu untuk kerja mengecat dan menggunakan bahan kimia dan peralatan lain untuk memastikan rumahnya bebas pepijat.
Difahamkan terdapat lebih 10,000 ekor pepijat hidup bersama dengan warga emas itu. Para sukarelawan terpaksa mengikis cat lama dan dicat dengan yang baru bagi memastikan pepijat tidak kembali membiak.
Selain pepijat, seorang lagi sukarelawan berkata terdapat ulat atau larva lalat di atas meja makannya. Dia cuba menggunakan air panas untuk menghilangkan ulat itu tetapi warga emas itu tidak memiliki cerek air untuk memasak air panas sehingga ia terpaksa dipinjam dari jiran.
Menceritakan kisah kali pertama melawat rumah itu, ia kelihatan seperti ‘rumah hantu’ dan apabila mereka menyapu siling pepijat itu jatuh dan menimpa mereka. Ms Pan yang juga seorang usahawan berkata, pepijat di rumah bukanlah suatu isu yang luar biasa tetapi apa yang terjadi di rumah warga tua itu merupakan satu kes yang serius.
Ketika rumah lelaki itu dilawati oleh wartawan Wanbao, ia kelihatan lebih selesa dan bersih serta mempunyai ruang yang banyak untuk penghuninya bergerak.
Menurut seorang Pakar Perubatan Dr Cho, pepijat tidak boleh membawa sebarang penyakit tetapi bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif ia boleh mengakibatkan kegatalan.
“Jika kawasan gatal itu digaru dan ia menjadi luka, seseorang itu boleh dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian dan berkemungkinan turut diberi suntikan. “Untuk menghalang pembiakan pepijat, ada dua cara yang boleh diikuti oleh orang ramai. “Pertama, bantal dan tilam yang digunakan bolehlah dijemur secara kerap dan kedua, setiap bahagian penjuru rumah perlu disembur dengan racun pembunuh serangga,” katanya.
Jangan hidup dengan 10 ribu pepijat
Apakah anda ada masalah pepijat di rumah anda?, jangan biarkan begitu saja sehingga pepijat membiak beranak pinak dan menjadi jumlah berpuluh ribu seperti cerita di atas.Jika anda ada masalah pepijat di sekitar Lembah Kelang, anda boleh menghubungi syarikat Pest Control yang berlesen dan bertauliah yang ada berhampiran rumah anda.
Atau anda boleh menghubungi En Izam 012-2067 357 atau sms pada nombor tersebut nyatakan masalah anda.
No comments:
Post a Comment