Ada banyak jenis racun makhluk perosak di pasaran. Kebiasaannya pengguna di negara kita kurang memahami atau mengambil berat untuk memahami jenis makhluk perosak yang mereka gunakan.
Majoriti pengguna tidak secara terus menggunakan racun-racun makhluk perosak ini. Mereka melepaskan tugasan membasmi atau mengawal makhluk perosak di premis mereka kepada syarikat pest control yang bertauliah.
Namun begitu, adalah penting untuk pengguna mengetah serba sedikit maklumat agar mereka tidak diperdayakan oleh syarikat pest control yang tidak bertanggung jawab. Dengan mengetahui secara asas jenis racun makhluk perosak yang ada di pasaran, pengguna dapat pastikan keselamatan mereka terjaga dan tidak mudah di perdayakan.
Jenis makhluk perosak yang biasa di gunakan
Sebelum meneruskan pada jenis makhluk perosak, adalah elok untuk pengguna faham apakah yang dikatakan sebagai makhluk perosak.Secara umumnya, makhluk perosak atau dalam istilah Bahasa Inggeris dipanggil "Pest", ia merujuk kepada apa saja makhluk yang tidak diingini berada bersama dengan pengguna samada di premisnya atau di sekitar kawasan premisnya.
Dari takrifan makhluk perosak itu, kita dapat fahami bahawa makhluk perosak itu tidak terhad hanya kepada serangga seperti lipas, semua, anai-anai atau lain-lain seumpamanya sahaja. Ia adalah jauh lebih luas termasuklah makhluk seperti haiwan, rumput rampai, kulat dan lain-lain makhluk yang tidak diingini.
Ada beberapa jenis racun makhluk perosak yang biasa digunakan di dalam pasaran di negara kita, antaranya adalah,
Jenis racun makhluk perosak #1 - Racun serangga
Racun serangga ada jenis racun makhluk perosak yang digunakan untuk mengawal, menghalau, menghapuskan atau mengurangkan serangga. Racun serangga biasanya diklasifikasikan berdasarkan sifat kimianya.Ada dua jenis racun serangga utama di pasaran:
- Sebatian bukan organik - ia merupakan racun yang tidak mengandungi bahan Karbon. Ia terbentuk dalam keadaan semula jadi berbentuk hablur putih, stabil, tidak mnyenjat dan biasanya larut dalam air. Antarnya adalah Sulfur, Asid Borik, Natrium Borat dan Gel Silika.
- Sebatian organik - Ini adalah racun serangga yang mengandungi bahan Karbon, Hidrogen dan unsur-unsur lain seperti Klorin, Oksigen, Sulfur, Fosforus dan Nitrogen. Ada banyak racun jenis ini yang merupakan bahan sintetik yang diproses dari makmal. Bahan-bahan inilah yang amat popular digunakan dalam pasaran sekarang.
Selain daripada jenis racun yang disebutkan di atas, ada banyak lagi racun serangga lain seperti Bahan Pewasap, Antibiotik, Biokimia, dan Racun serangga Mikrob.
Jenis racun makhluk perosak #2 - Racun Roden
Racun makhluk perosak untuk roden atau tikus ini biasanya ada dalam dua bentuk tindakan.
- Jenis Akut - Jenis yang amat merbahaya. Tikus akan mati hanya dalam beberapa jam sahaja setelah mengingesnya. Ia bertindak balas dengan asid perut untuk mengeluarkan gas beracun yang mampu menyebabkan kematian. Contohnya adalah Zink Fosfida
- Jenis Kronik - Racun roden jenis ini bertindak secara perlahan dan memerlukan penggunaan yang lebih daripada sekali atau berbilang dos. Kematian biasanya disebabkan oleh pendarahan dalaman badan. Ia mengambil masa antara 1 ke 10 hari untuk mendatangkan kesan.
Jenis racun makhluk perosak #3 - Racun Rumpai
Ini adalah jenis racun makhluk perosak yang digunakan untuk membunuh herba atau rumput rumpai yang kita tidak ingini berda di premis atau kawasan rumah kita.
Ada berbagai jenis racun rumpa di pasaran. Ada yang bertindak secara memilih rumpai tertentu sahaja dan ada juga yang bertindak pada hampir kesemua rumpai tanpa pilihan.
Ada juga racun rumpai yang bertindak secara sentuhan iaitu rumpai akan mati apabila bersentuhan dengan racun tersebut.
Satu lagi jenis racun rumpai bertindak tidak melalui sentuhan. Sebaliknya akan diserap oleh akar dan disalurkan ke bahagian lain tumbuhan itu sebelum mati. Ada yang berkesan hanya pada biji benih sebelum ianya bercambah dan ada juga yang berkesan hanya selepas rumpai itu bercambah.
Jenis racun makhluk perosak #4 - Racun Kulat
Ini adalah jenis racun makhluk perosak yang digunakan untuk mencegah atau mengawal segala jenis kulat. Ada berbagai jenis cara tindakan racun kulat ini. Ada yang bertindak dengan membentuk sejenis lapisan yang menghalang pertumbuhan kulat pada tumbuhan utama lain. Ada juga jenis yang diserap oleh tumbuhan melalui akar dan menghalang kulat daripada membiak pada tumbuhan yang dirawat.
Begitulah serbab sedikit maklumat asas tentang jenis racun makhluk perosak yang ada di pasaran untuk pengetahuan umum pengguna.
No comments:
Post a Comment