Sunday, February 16, 2014

Di mana lalat suka membiak

  Ano Nyme       Sunday, February 16, 2014

masalah lalat

Dalam keadaan semula jadi, lalat biasanya dapat hidup dalam tempoh hanya seminggu sahaja. Hanya sedikit saja lalat yang berjaya mencapai jangkahaya sebulan.

Ini bererti hanya beberapa ekor lalat betina sahaja yang akan berjaya bertelur dan membiakkan keturunan mereka.

Sebenarnya, lalat ini merupakan sejenis serangga yang cukup sensitif. Perkembangan dan pembesaran Telur, Larva dan Pupa lalat amat bergantung pada keadaan suhu persekitaran.

Jika suhu menurun hingga antara 12 ke 13 darjah Celcius, perkembangan mereka akan terhenti. Jika suhu meningkat pula mencapai suhu 45 darjah Celcius, kesemua telur, larva dan pupa akan mati. Mereka amat perlu kepada tahap kelembapan yang tinggi untuk hidup.

Proses pembiakan lalat adalah seperti di bawah:

Telur - Larva - Pupa - Lalat Dewasa

Tempoh masa yang diambil untuk lalat berkembang dari peringkat telur bertukar peringkat demi peringkat sehingga menjadi Lalat Dewasa adalah antara 6 ke 10 hari. Ini bergantung pada keadaan sekeliling.

Sebaik saja lalat bertukar dari pupa menjadi dewasa, biasanya ia adalah lembut dan tidak dapat terbang. Ia akan mencari tempat redup atau gelap, sejuk dan lembab untuk berehat.  Selepas mengambil masa beberapa jam berehat, barulah dia boleh terbang.

Oleh itu, jika premis anda di serang lalat yang banyak pastikan anda temui tempat yang redup atau gelap, sejuk dan lembab. Anda mungkin dapat kesan di mana tempat lalat berehat. Dari situ, usaha mengawal pembiakan lalat dapat dilakukan dengan berkesan.

Tempat di mana lalat suka membiak

Sebenarnya lalat cukup memilih tempat untuk dijadikan sebagai kawasannya membiak. Ini disebabkan faktor lalat itu yang amat sensitif dengan keadaan suhu dan suasana yang membolehkannya membiak. Secara umumnya lalat suka pada bahan organik samada dari haiwan atau sayur-sayuran yang mereput dan membusuk.

Berikut adalah kawasan kegemarannya:

  1. Tahi - Bukan semua tahi lalat suka. Ia akan memilih tahi yang lembab dan lembut sahaja. Biasanya tahi khinzir paling digemari lalat. Kemudiannya tahu kuda. Tahi anak lembu juga disukai lalat kerana lembab dan lembut. 
  2. Sampah sarap - Di mana ada sampah sarap di situlah lalat akan berkembang biak. Terlebih lagi jika tidak diuruskan dengan baik dan dibiarkan berair.
  3. Baja organik - Jika anda menggunakan baja organik seperti tahi, sampah sarap, sisa ikan dan udang, bersedialah untuk menerima kahadiran lalat.
  4. Kawasan kumbahan - Jika kawasan kumbahan mendap dan merebak atau melimlah pada persekitaran, ia menyediakan satu tempat yang sesuai untuk pembiakan lalat.
  5. Kawasan tumbuhan yang mereput - Sayur atau apa-apa tumbuhan yang mereput dan lembab juga digemari oleh lalat. Oleh itu pastikan daun pokok atau lain-lain yang terkumpul dimasukkan dalam beg plastik agar ia tidak mereput dan menjadi lembab.
Demikianlah sedikit maklumat yang anda perlu tahu berkenaan kawasan lalat suka membiak. Elakkan dari tempat sebegitu atau lebih baik, jangan jadikan kawasan persekitaran anda sebagai kawasan tempat lalat suka membiak.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Di mana lalat suka membiak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment