Apa makna rumpai sebagai makhluk perosak
Untuk memudahkan pemahaman, kita biasanya menggelar apa saja tanaman atau pokok yang tidak diingini sebagai rumpai. Tidak kisah samada yang tumbuh menjalar, yang tumbun menegak, atau mendatar dan lain-lain lagi, asalkan kehadirannya tidak diperlukan, malah menyusahkan akan dipanggil rumpai.Mungkin sekali lalu pada sesuatu kawasan di mana ada banyak tumbuh-tumbuhan kita akan melihat kawasan menghijau dan cantik. Dalam keadaan itu, sudah tentu kita akan menolak jika dikatakan tumbuhan tersebut adalah rumpai atau makhluk perosak yang perlu dihapuskan.
Untuk memudahkan kita memahami kenapa rumpai, atau apa saja pokok perlu dimusnahkan atau dikawal cuba bayangkan dalam beberapa keadaan berikut:
- Sekumpulan pokok keladi tumbuh di tengah-tengah kawasan sawah. Walaupun keladi itu jenis yang boleh dimakan, sudah tentu petani tidak akan membiarkan pokok keladi itu tumbuh membesar dan seterusnya mengganggu sawah padi yang sedang diusahakan.
- Sebatang atau lebih pokok durian tumbuh di tengah padang bole sekolah. Walaupun pokok durian bukanlah satu masalah. Walaupun ramai yang suka makan pokok durian, jika pokok itu tumbuh di tengah padang sudah tentu ia perlu diubah atau dimusnahkan agar tidak terus membesar dan mengganggu orang main bola.
- Rimbunan pokok duri semalu tumbuh dengan segar di halaman rumah juga merupakan rumpai yang perlu dihapuskan. Walaupun pokok itu kelihatan hijau dan cantik dengan bunganya yang berwarna pink nampak menawan.
- Begitu juga jika serimbunan pokok bunga kerta tumbuh segar sehingga berjuntai pada jalan keluar masuk rumah kita. jika durinya sering menyakiti orang dan selalu mencalarkan kereta yang lalu di situ, sudah tentu ia menjadi satu makhluk perosak yang perlu dikawal.
Kenapa rumpai dikatakan sebagai makhluk perosak
Ada banyak contoh lagi yang boleh kita senaraikan untuk menggambarkan betapa rumpai ini adalah sejenis makhluk perosak. ia bergantung kepada keperluan semasa, keadaan tempat dan lain-lain yang perlu sebelum dapat mempastikan bahawa rumpai perlu dihapuskan.
Selain daripada contoh di atas, berikut beberapa alasan kenapa rumpai perlu dihaluskan atau dikawal agar tidak merebak:
- Pesaing pada pokok lain. Jika kita sedang membela pokok lain yang penting. Sudah tentu kita mahukan pokok pilihan itu tumbuh segar dan membesar dengan baik. Oleh itu, jika adanya pokok selain daripada yang kita mahu, akan berlaku persaingan bagi merebut baja, air danj lain-lain lagi untuk pembesaran.
- Menghalang keadaan untuk bekerja. Banyak pokok yang boleh memberikan gangguan pada orang ramai untuk melakukan urusan-urusan tertentu. Ada juga pokok yang menghalang lalu lintas dan membuatkan orang kemalangan kerana menghalang pandangan ketika melintas.
- Rumpai menjadi perumah kepada makhluk perosak tanaman dan juga penyakit lain. Ada juga rumpai yang suka didiami oleh makhluk perosak tanaman, Ada juga rumpai yang ada penyakit. Jika ia dibiarkan berada bersama tanaman lain, maka penyakit tersebut akan merebak dengan luas.
Bagaimana nak mengawal rumpai agar ia tidak menjadi makhlik perosak? kita akan cuba huraikannya dalam artikel yang akan datang.
No comments:
Post a Comment