Maksud berat sebelah yang saya katakan di atas adalah dalam bentuk maklumat dan pengetahuan terhadap proses melakukan khidmat pest control. Walaupun pengguna boleh mendapatkan banyak maklumat lengkap untuk memahami segala proses melakukan khidmat pest control, namun terlalu sedikit yang mengambil kesempatan itu.
Banyak maklumat berkenaan pest control serta cara-cara melakukannya dengan betul boleh didapati dengan hanya satu klik pada butang tetikus di komputer anda. Pengguna boleh google apa saja persoalan tentang pest control untuk mendapatkan ilmu tentangnya.
Namun begitu, cuba memahami dunia pest control dengan hanya membuat bacaan sekali dalam seumur hidup adalah sesuatu yang amat sukar. Melainkan anda memang terlibat dengan industri kawalan serangga dan makhluk perosak selama ini.
Bagaimana syarikat pest control bohong anda
Salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua syarikat pest control adalah khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak umum. Biasanya di kalangan pengendali syarikat pest control menamakannya sebagai General Pest Control atau GPC.Biasanya produk GPC adalah khidmat kawalan pest control yang merangkumi Lipas, Semut dan Tikus sahaja. Ketiga-tiga serangga dan makhluk perosak itu merupakan antara masalah utama yang melanda pengguna di premis mereka.
Ramai orang bandar yang tidak tahan dengan lipas, semut dan juga tikus. Mereka terpaksa dapatkan khidmat pest control untuk mengawal serangan serangga dan makhluk perosak tersebut. Oleh itu pasarannya adalah tinggi.
Terdapat banyak persaingan dalam merebut pelanggan yang mahu menggunakan khidmat pest control ini. Oleh itu persaingan harga sudah menjadi satu lumrah kebiasaan.
Untuk mengurangkan harga khidmat GPC dalam keadaan sekarang adalah sesuatu yang tidak bijak. Kos logistik, kos bahan kimia dan kos pekerja terlalu tinggi untuk membolehkan semua syarikat pest control mengurangkan harga.
Oleh itu biasanya mereka akan menawarkan khidmat sampingan yang bernilai dan menarik. Salah satu tawarannya adalah dengan melakukan khidmat pemeriksaan anai-anai secara percuma setiap kali para pekerja pest control datang membuat rawatan untuk GPC.
Syarikat pest control bohong anda untuk buat pemeriksaan anai-anai
Untuk pengetahuan pengguna semua, kebanyakan daripada pekerja syarikat pest control sebenarnya tidak pernah atau amat jarang sekali melakukan pemeriksaan seperti mana yang dijanjikan.Biasanya majikan memang mahu kesemua para pekerjanya menunaikan janji membuat pemriksaan tersebut, tetapi mesej terhadap amalan itu nampaknya jarang menyerap masuk ke dalam organisasi syarikat. Mungkin kerana kurang latihan atau kerana tidak ada pemantauan yang berkesan.
Biasanya para pekerja hanya datang ke premis anda dan terus menyembur di mana yang patut, meletakkan ubat tikus dan kemudaiannya terus berlalu pergi begitu sahaja. Sebab itu ada banyak rungutan pada kepantasan para pekerja melakukan tugas mereka...kenapa terlalu cepat?.
Kenapa syarikat pest control bohong berterusan
Walaupaun ada rungutan dari para pelanggan, biasanya hanya datang daripada pelanggan yang kurang bernasib baik di mana serangan anai-anai telah berlaku di premis mereka dengan teruk sekali.Menambahkan lagi parahnya keadaan adalah kerosakan yang berlaku itu ditemui oleh tuan punya premis sendiri dan bukannya oleh para pekerja syarikat pest control yang sepatutnya mengesan serangan anai-anai diperingkat awal sebelum berlaku kerosakan yang lebih teruk.
Namun begitu, jumlah pelanggan yang kurang bernasib baik sebegitu terlalu sedikit sekali. Oleh kerana serangan anai-anai berlaku secara rawak dan tidak dijangka, maka ramai juga pelanggan yang tidak terkena serangan anai-anai sepanjang mereka menggunakan khidmat pest control itu.
Bila itu berlaku, syarikat pest control mendapat kredit atau pujian secara percuma tanpa benar-benar melaksanakan kerja mereka memeriksa serangan awal anai-anai. Sedangkan hakikatnya mereka hanya berbohong dan tidak menunaikan janji. mereka hanya bergantung pada nasib.
Elakkan syarikat pest control bohong dengan menuntut hak anda
Jika anda seorang pengguna yang bijak, anda sepatutnya tahu menuntut hak anda. Pastikan skop melakukan pemeriksaan anai-anai yang dijanjikan diberikan hitam putih dalam dokumen perjanjian atau dalam sebut harga yang anda setuju.Pastikan anda melihat cara pekerja syarikat melaksanakan kerja mereka setiap kali datang ke premis anda. Bertanyalah pada mereka keadaan serangan anai-anai samada ada tau tidak ada. Perhatikan samada mereka benar-benar melakukan pemeriksaan.
Jika anda syak pekerja tidak melakukannya, buat aduan pada pihak pengurusan syarikat pest control tersebut. Mungkin pengurusan tidak sedar bahawa pekerja mereka malas sedangkan skop kerja sudah diterangkan.
Semak catitan pada kerta atau laporan servis samada status serangan anai-anai ada dilaporlan dengan jelas dan terang. Ini adalah satu senjata yang baik seandainya berlaku serangan terus sedangkan syarikat pest control selama ini mencatitkan tiada sebanrang serangan anai-anai di kesan.
Demikianlah serba sedikit panduan untuk para pengguna mengesan dan mengelakkan dari syarikat pest control bohong anda dengan janji kosong.
Terbaik..
ReplyDelete