Masalah ketepatan masa dalam syarikat pest control
Antara masalah utama sesebuah syarikat pest control yang ingin memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan mereka adalah masalah ketepatan masa.Ramai pelanggan yang mendapatkan khidmat pest control daripada sesebuah syarikat profesional merasa kecewa apabila ketepatan masa merupakan salah satu kriteria keutamaan mereka selain daripada servis yang cekap.
Bagaimana masalah ketepatan masa berlaku
Ada banyak punca berlakunya masalah ketepatan masa dalam sesebuah syarikat pest control. Mari kita lihat masalah yang timbul disebabkan oleh faktor luaran dan juga faktor dalaman.
#1. Masalah kesesakan lalu lintas
Permintaan perkhidmatan kawalan serangga dan makhluk perosak atau pest control ini biasanya hanya tinggi di kawasan perbandaran sahaja. Semakin besar sesebuah bandar tersebut maka semakin besarlah permintaan terhadap khidmat pest control.
Maka tidak hairanlah jika terdapat banyak syarikat-syarikat pest control bersaing di dalam satu bandar yang sama. Semakin besar sesebuah bandar itu, maka semakin banyaklah syarikat pest control akan muncul. Dari satu segi bandar yang besar menjanjikan perniagaan yang baik kepada semua syarikat pest control.
Namun begitu, kelebihan itu juga turut disertai dengan satu masalah yang berat, iaitu kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas biasanya bertumpu pada kawasan bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang.
Jika sesebuah syarikat pest control cuba menguasai satu kawasan yang terlalu luas di sesebuah bandar, maka syarikat itu akan terpaksa menghadapi masalah kesesakan lalu lintas sebelum sampai ke premis pelanggan mereka.
Bayangkan jika sebuah syarikat pest control yang beroperasi di Shah Alam umpamanya cuba memberikan perkhidmatan mereka di seluruh Selangor termasuklah di persekitaran Kuala Lumpur. Jumlah kawasan yang cuba di kawal itu sebenarnya terlalu luas.
Ada banyak bandar besar di seluruh kawasan tersebut yang cukup padat dengan penduduk dan penempatan. Ada Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Damansara, Ampang, Cheras, Keramat, dan banyak lagi.
Jika syarikat yang kecil cuba mengambil pelanggan dari keseluruhan kawasan bandar yang bertaburan tersebut, alamat servis mereka akan menjadi hambar dan tidak sempurna. Mereka akan sering mengecewakan pelanggan dari segi ketepatan masa.
#2. Masalah pelanggan pertama yang tidak menepati masa
Pelanggan juga menjadi salah satu punca dalam melewatkan perkhidmatan sesebuah syarikat pest control. Adalah menjadi amalan biasa sesebuah kumpulan pekerja akan dijadualkan untuk melaksanakan lebih dari tiga atau empat kerja dalam satu hari.
Setiap pelanggan akan disusun waktunya untuk dibuat servis rutin pada satu hari yang sama. Bayangkan jika pelanggan pertama yang perlu diberikan perkhidmatan pest control telah terlewat selama setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
Ini membuatkan pelanggan yang seterusnya turut sama menerima kesan kelewatan. Kelewatan pelanggan pertama memberikan kesan kepada kelewatan pelanggan kedua dan jika pelanggan kedua dan begitulah seterusnya keseluruhan pelanggan akan menerima tempias yang sama.
#3. Masalah kerosakan atau kemalangan kenderaan
Ini juga satu masalah yang terjadi walaupun amat jarang berlaku. Tetapi jika sesebuah syarikat yang dipilih oleh pelanggan merupakan syarikat yang baru bertatih dalam dunia perniagaan, mereka mungkin tidak mampu menyediakan kenderaan yang terbaik dan lancar.
Apabila kenderaan secondhand digunakan dan tidak diselenggarakan dengan baik pula, alamat akan sering berlaku kerosakan kenderaan dan melewatkan temujanji. Malah kadangkala temu janji terpaksa dibatal dan ditunda.
#4. Masalah pekerja yang tidak berdisiplin
Masalah pekerja yang tidak menghargai janji kadang kala berlaku. Ramai pekerja pest control yang tidak terlatih dan baru dalam dunia pest control tidak berapa berminat dengan kerja yang mereka lakukan.
Mereka memohon kerja dalam industri pest control semata-mata untuk mendapatkan wang. Mereka tidak ada hasrat untuk menjadikan kerjaya pest control sebagai kerjaya profesional mereka. Akibatnya kumpulan pekerja sebegini akan bertukar-tukar majikan dan mendatangkan masalah pada industri pest control.
Adalah menjadi tugas para majikan untuk memastikan para pekerja mereka berdisiplin dan dilatih dengan secukupnya. Namun begitu, masalah kekurangan tenaga kerja profesional dan berdisiplin dalam industri pest control membuatkan majikan tidak mempunyai banyak pilihan.
Elakkan masalah ketepatan masa dengan memlih syarikat yang betul
Jika anda seorang pengguna perkhidmatan pest control dan mementingkan ketepatan masa, pastikan anda bijak memilih syarikat pest control. Syarikat yang anda pilih mestilah memenuhi beberapai kriteria di bawah untuk menjamin ketepatan masa berlaku.
- Pastikan anda memlih syarikat yang berhampiran dengan premis penempatan anda. Ini bagi mengelakkan alasan jauh dan kesesakan lalu lintas dijadikan sebab atas kelewatan.
- Tanyalah terlebih dahulu samada syarikat itu mengambil pelanggan yang jauh daripada pusat operasi mereka. Ini sebagai jerat untuk mengetahui samada syarikat punyai cawangan atau tidak bagi memberikan khidmat pada pelanggan yang jauh. Jika syarikat menjawab mereka hanya mengambil pelanggan di sekitar 10 kilometer radius dari pejabat mereka sahaja umpamanya, anda memilih syarikat yang betul.
- Tanyalah juga berapa kumpulan profesional yang dimiliki oleh syarikat. Ini juga bagi memastikan syarikat punyai kumpulan yang tetap dalam melakukan servis pada sesuatu kawasan. Jika mereka hanya ada dua kumpulan yang bertugas dari Ulu Kelang sehingga ke Port Klang, anda perlu berfikir terlebih dahulu untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.
- Semak pengalaman syarikat dan pastikan mereka sudah lama bertapak dalam industri. Ini bagi memastikan syarikat yang dipilih adalah sebuah syarikat pest control yang stabil yang mampu membeli kenderaan baru dan mampu menyelenggara kenderaan dengan baik.
- Syarikat yang sudah lama bertapak juga biasanya mempunyai kumpulan pekerja yang berdedikasi dan terlatih dengan secukupnya. Pekerja lama biasanya faham dengan tugas mereka dan cekap mencari kawasan atau alamat premis.
Jangan lupa juga untuk memilih syarikat yang berdaftar dengan Persatuan Pest Control Malaysia (PCAM). Ini untuk memastikan mereka mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi dalam perkhidmatan pest control.
Demikianlah serba sedikit panduan untuk pengguna memilih syarikat pest control jika anda tidak mahu berlaku masalah ketepatan masa dalam syarikat pest control.
No comments:
Post a Comment