Ini menunjukkan ramai di kalangan penduduk di negara kita mengalami masalah rumah atau tempat tidur mereka diserang pepijat.
Ada seorang pemanggil yang menceritakan rasa tidak tahan mereka dengan serangan pepijat sehingga terpaksa keluar dari rumah tersebut dan tinggal di rumah lain.
Kebanyakan pemanggil akan bertanyakan dua perkara utama:
- Berapakah kos yang dikenakan bagi rawatan menghapuskan serangan pepijat.
- Bagaimanakah rawatan tersebut dilakukan.
Kos Rawatan
Bagi menjawab pertanyaan pertama berkenaan harga yang dikenakan untuk rawatan anai-anai, ia banyak bergantung pada betapa terus serangan yang berlaku dan juga berapa besar saiz rumah yang terkena serangan tersebut.
Untuk mendapatkan gambaran kos rawatan, kebiasaannya syarikat akan mengenakan harga antara RM300 sehingga RM700 untuk rawatan menghapuskan pepijat di sebuah apartmen.
Kebiasaannya apartmen merupakan antara premis yang paling kerap menghadapi masalah serangan pepijat. Ini mungkin disebabkan oleh premis telah disewakan pada orang luar terutamanya warga Bangladesh yang membawa pepijat dari negara mereka melalui bagasi.
Cara rawatan dibuat
Untuk harga yang dikenakan seperti di atas, syarikat kawalan serangga perosak seperti Pest Sciences Sdn Bhd atau Knockout Fumigation Sdn Bhd akan melakukan rawatan di premis sebanyak dua kali dalam tempoh dua minggu.
Kenapa perlu melakukan sebanyak dua kali rawatan?, ini merupakan amalan biasa bagi memastikan rawatan yang telah diberikan berkesan dan dapat menghapuskan masalah pepijat pada premis.
Berikut adalah proses yang syarikat akan lakukan:
- Menjalankan pemeriksaan yang terperinci. Ini merupakan perkara wajib yang mesti dilakukan oleh semua syarikat pest control yang berkualiti. Bukan hanya untuk masalah pepijat sahaja, malah semua rawatan untuk serangga atau makhluk perosak perlu dimulakan dengan pemeriksaan terperinci.
- Pemeriksaan dilakukan pada kawasan serangan yang biasanya dibilik tidur penghuni rumah atau apartmen. Semua katil, tilam, lantai karpet, serpihan kayu, rekahan kayu, spring pada tilam, rongga pada katil dan lain-lain akan diperhatikan.
- Pemeriksaan pada kawasan kejiranan. Setelah menjalankan pada kawasan yang telah diketahui mendapat masalah, pemeriksan juga perlu diluaskan kepada seluruh kawasan kejiranan seperti bilik sebelah, ruang tamu, dan lain-lain.
- Mula melakukan rawatan semburan pada kawasan terkena serangan:
- Pada kawasan tidur seperti tilam atau bantal. Perlu diberikan perhatian bahawa racun pepijat yang digunakan pada kawasan tilam atau bantal atau perabut tidak boleh daripada bahan yang meninggalkan kesan bersisa. Sembur hanya pada bucu, lipatan, butang atau seumpamanya sahaja dan bukannya pada keseluruhan tilam atau cadar.
- Tilam atau bantal serta cadar dan lain-lain perlu dikeringkan terlebih dulu dan ditukar sarung serta cadarnya sebelum digunakan.
- Untuk kawasa lain seperti lantai, karpet, dinding, kerangka perabut, kerangka katil dan seumpamanya, semburan bahan kimia bersisa boleh digunakan. Namun begitu formulasi berasaskan minyak atau emulsifiable adalah lebih berkesan.
- Mulakan rawatan pada awal pagi agar masa untuk semua bahan kimia mengering dan meninggalkan sisa sebelum bilik dapat digunakan semula.
- Ada kalanya, serangan yang cukup teruk memerlukan rawatan Fumigasi dilakukan. Ini adalah sejenis rawatan yang menggunkan bahan gas merbahaya yang hanya boleh dilakukan oleh profesional yang berkelayakan dan mempunyai lesen fumigasi. Penggunaan gas membolehkan semua kawasa menyosok pepijat dilalui dan membuatkan kesemuanya mati termasuklan telur pepijat jika ada.
Jika anda menggunakan khidmat profesional dari Easelife Services Sdn Bhd, syarikat tersebut menggunakan teknik paling berkesan tanpa penggunaan racun serangga. Teknik yang digunakan adalah Teknik Rawatan Haba.
Dengan menggunakan haba, aktivit menghapuskan pepijat adalah amat berkesan. Bukan sahaja pepijat dewasa berjaya dihapuskan malah semua telur pepijat yang belum menetas juga akan dapat dihapuskan dengan menggunakan haba.
Untuk mendapatkan khidmat menghapuskan pepijat dengan menggunakan haba, sila telefon:
En Izam 012-206 7357
Dengan menggunakan haba, aktivit menghapuskan pepijat adalah amat berkesan. Bukan sahaja pepijat dewasa berjaya dihapuskan malah semua telur pepijat yang belum menetas juga akan dapat dihapuskan dengan menggunakan haba.
Untuk mendapatkan khidmat menghapuskan pepijat dengan menggunakan haba, sila telefon:
En Izam 012-206 7357
Adakah telur pepijat akan menetas sekiranya terkena dengan racun makhluk perosak.?
ReplyDelete