Satu-satunya makanan pepijat adalah: DARAH. Pepijat mempunyai jarum kecil pada bahagian mulutnya yang digunakan untuk menikam mangsa dan menghisap darah panas makhluk yang diserangnya.
Pepijat akan tinggal dan membiak pada tempat berhampiran dengan mangsanya berada atau berehat dan tidur.
Di tempat mereka diami seperti di celahan katil atau buku tilam, pepujat betina akan mula mengeluarkan telur dalam jumlah purata sebanyak 2 telur sehari. Dan jumlah telur yang dikeluarkan adalah dalam lingkungan 200 telur untuk seekor pepijat betina!.
Telut yang dikeluarkan oleh pepijat betina akan menetas selepas 6 ke 17 hari. Ini akan menghasilkan anak pepijat yang di panggil 'nymphs'.
Anak pepijat ini terpaksa melalui 5 proses perubahan atau 'metamorphosis' sebelum menjadi pepijat dewasa. Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat lain untuk menjadi dewasa hanya boleh berlaku apabila anak pepijat mendapat darah sebagai makanan!
Ini bermakna dengan kehadiran manusia atau binatang sebagai bekalan makanan darah kepada pepijat, proses pembesaran dan pembiakan pepijat akan menjadi lebih pantas.
Pepijat amat lasak. Walaupun tanpa makanan, seekor pepijat dewasa mampu hidup selama setahun. Mereka juga tahan dalam apa saja cuaca samada panas atau sejuk.
Dari mana datangnya pepijat?
Ada orang bertanya kenapa rumah saya tiba-tiba saja da pepijat sedangkan dulu tak ada. Jawapannya adalah pepijat telah mengikuti seseorang untuk berhijrah dari tempat aslnya ke rumah anda.
Antara beberapa cara pepijat datang ke rumah anda adalah:
- Anda telah menyewa atau menginat di hotel atau rumah orang yang 'membela' pepijat. Pepijat dirumah tersebut telah merayap dan menyorok di celahan kecil beg atau pakaian anda. Bila anda pulang ke rumah, anda bawa bersama beberapa ekor pepijat yang kemudiannya mula membiak.
- Anda mendapat hadiah atau sedekah atau pemberian perabut daripada kawan atau jiran yang tidak lagi memerlukan perabut itu. Perabut yang anda bawa pulang ke rumah merupakan tempat menyorok beberapa ekor pepijat dari rumah kawana tau jiran anda itu. Maknanya anda bukan sekadar mendapat hadiah perabut, malah beberapa pasang pepijat!
- Anda pergi menonton wayang atau theaters yang perabutnya punyai pepijat. Kebetulan pepijat marasai daha anda yang sedap lalu diapun melompat masuk ke dalam celahan pakaian yang anda pakai. Anda pulang dengan membawa bersama pepijat ke rumah.
- Anda mungkin membeli perabut lama hasil daripada lelongan sebuah hotel. Hotel di serata dunia bukan saja menjadi tempat penginapan manusia, malah juga sebagai tempat penginapan pepijat. Apabila pihak hotel lelong perabut, mereka melelong sekali dengan pepijat yang ada di celahannya.
Begitulah serba sedikit maklumat bagaimana rumah anda di serang pepijat. Maklumat ini diharap mampu membuatkan kita peka dan berhati-hati untuk melakukan sebarang aktiviti di tempat yang diketahui banyak pepijat.
No comments:
Post a Comment