Saturday, December 29, 2012

Khas buat peniaga F&B di jajahan MPSJ

  Ano Nyme       Saturday, December 29, 2012
Artikel ini khas untuk mereka yang menjalankan perniagaan terutamanya dalam bidang makanan dan minuman dan lain-lain perniagaan yang ada hubungkait dengannya di kawasan jajahan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Untuk pengetahuan semua MPSJ telah mengenakan syarat menarik kepada mereka yang terlibat mengusahakan premis perniagaan dalam bidang yang disebutkan di atas. Syarat itu adalah, peniaga diwajibkan mengadakan kawalan serangga dan makhluk perosak di premis perniagaan mereka.

Ini dilakukan sebagai satu usaha menjamin kebersihan premis perniagaan agar bebas daripada pencemaran yang disebabkan oleh serangga dan makhluk perosak terutamanya Lipas dan juga Tikus.

Apa yang peniaga perlu lakukan


  • Seperti biasa setiap premis perniagaan tertakluk kepada lesen yang dikeluarkan oleh pihak majlis. Selain daripada urusan biasa, keperluan baru adalah dengan melampirkan kontrak khidmat kawalan serangga yang dibuat antara peniaga dengan syarikat Pest Control.
  • Setelah premis siap peniaga perlulah mencari sebuah syarikat Pest Control yang bertauliah dan berdaftar sebagai panel di bawah MPSJ.
  • Peniaga boleh mendapatkan senarai syarikat bertauliah dan berdaftar sebagai panel dengan MPSJ dengan memohon senarai tersebut daripada MPSJ bahagian perlesenan dan penguatkuasaan.
  • Peniaga boleh memilih mana-mana syarikat yang disukai. Tetapi adalah dinasihatkan agar memilih syarikat yang berhampiran dengan premis perniagaan anda. Ini membolehkan harga istimewa diberikan pada anda berdasarkan kos logistik yang lebih efektif.
  • Adalah dinasihatkan agar urusan kawalan serangga dan makhluk perosak ini diambil kira bermula daripada kerja mereka bentuk dan pembinaan kedai. Dapatkan nasihat daripada Knockout Fumigation dengan menghubungi Fizi (012-206 7357) atau lain-lain syarikat bertauliah agar reka bentuk kedai membantu urusan kawalan serangga perosak.
  • Jika kedai telah siap, peniaga dinasihatkan melakukan aktiviti pembersihan dan pencucian dengan baik sebelum memanggil syarikat pest control melakukan rawatan mula.
  • Setelah rawatan mula dilakukan, syarikat pest control akan memberikan laporan servis dan juga dokumen kontrak pada peniaga.
  • Laporan servis dan juga dokumen kontrak ini amat penting untuk dilampirkan dalam borang permohonan mendapatkan lesen berniaga ataupun dalam urusan membaharui lesen perniagaan di MPSJ.
Bagaimana jika anda diarahkan tutup perniagaan kerana gagal audit kebersihan?

Ramai peniaga yang tidak mengambil perhatian terhadap kebersihan premis perniagaan mereka. Mungkin kedai kelihatan cantik tetapi hakikatnya penuh dengan serangga seperti lipas dan juga tikus. Ini boleh membuatkan premis anda diarahkan ditutup.

Jika ini berlaku, biasanya pegawai kebersihan dari MPSJ akan mengarahkan kerja penghapusan dan kawalan pest control dilakukan dengan segera agar kebersihan kedai ditingkatkan. Mereka akan memberikan senarai syarikat pest control yang berdaftar dengan MPSJ.

Kadangkala mereka akan syorkan syarikat-syarikat tertentu untuk peniaga pilih. Anda dinasihatkan untuk tidak terpengaruh dengan mana-mana syor. Hak memilih adalah hak mutlak anda dan pilihlah berdasarkan syarikat yang anda rasa sesuai, dekat atau yang anda kenal.

Jangan lakukan kawalan serangga dan makhluk perosak semata-mata hanya untuk mendapatkan lesen. Sebaliknya bersikap serius dengan urusan tersebut agar anda mendapat khidmat yang profesional dan berbaloi demi kelansungan perniagaan anda.

Tidak rugi untuk bersikap bersungguh-sungguh dalam urusan yang melibatkan kebersihan dan kesihatan anda dan juga pengguna. Ia adalah satu sikap yang banyak membantu perniagaan anda.

Selain daripada MPSJ, pihak berkuasa tempatan mana yang mensyaratkan perkara yang sama?

Di Selangor, MPSJ merupakan pihak berkuasa tempatan yang pertama memperkenalkan budaya kawalan serangga perosak ini. Ia diikuti oleh Majlis Daerah Sepang.

Selain itu, Majlis Perbandaran Shah Alam juga sudah memperkenalkan syarat yang sama. Tetapi ia masih dalam peringkat digalakkan dan belum diwajibkan lagi.

Walau bagaimanapun jangan tunggu ia menjadi wajib baru tergesa-gesa melakukannya. jadikan budaya kebersihan dan kesihatan tinggi sebagai budaya perniagaan di negara kita.

Moga info di atas bermanfaat!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Khas buat peniaga F&B di jajahan MPSJ

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment