Monday, October 29, 2012

Restoran saya banyak lipas kecil! apa nak buat?

  Ano Nyme       Monday, October 29, 2012
Saat paling mendebarkan bagi seorang usahawan yang membuka restoran adalah bila ubahsuai kedainya telah siap dan kedainya bersedia untuk dibuka. Pada waktu itu semuanya cantik. Segala peralatan tersusun rapi dan keadaan dapur cuci bersih tanpa ada seekorpun serangga yang merayap.

Suasana sebegini amat digemari oleh palanggan. Kebersihan melambangkan kedamaian. makanan rasa sedap dan berselera bila restoran kita kemas rapi dan dapur cuci bersih. Restoran anda seterusnya menjadi pilihan pelanggan.

Setelah beberapa ketika, bau dapur mula berubah. Setiap kali mahu ke bilik air, terhidu tengik bau lipas dan hamis bau kencing tikus di bahagian stor simpanan barang.


Anda mula risau takut pelangan masuk ke kawasan dapur kerana kelihatan banyak lipas kecil berlegar-legar di kawasan tersebut. Di celah dinding, di celah lantai, di celah sinki dan di man-mana.

Lama kelamaan lipas kecil mula merayap di segenap bahagian di seluruh restoran anda. Lipas akan muncul dari celah rekahan meja ketika pelanggan sedang menjamu selera. Lipas merayap bawah pinggan ketika mahu mengambil lauk di kawasan sususan masakan.

Anda buka saja risaukan pelanggan akan terkejut dan menjerit, malah anda juga mula risau takut pemeriksa kesihatan daripada majlis perbandaran masuk menjalankan pemantauan. Di saat itu, anda berniaga dalam serba tekanan. Takut palanggan lari dan takut majlis bandaraya mari.

Jadi apa yang perlu anda lakukan? Berikut beberapa petua mudah sebagai langkah awal mengawal keadaan:
  • Buat kerja pembersihan total. Ini langkah paling utama dalam pengurusan kawalan serangga perosak. Cuci kesemua bahagian dapur dengan menggunakan air panas dan sembur di segenap celahan dapur samada di meja atau di lantai.
  • Buang segala sisa makanan yang melekat. Lemak atau apa saja sisa makanan membuatkan restoran menjadi syurga bagi lipas. Samada bahagian dapur atau bahagian ruang depan restoran, jangan benarkan ada sisa makanan tertinggal walupun sedikit. Setelah dibersihkan dengan air panas, gunakan vacum cleaner untuk menyerap semua siasa kecil yang tertinggal.
  • Tampal segala rekahan atau lubang yang ada. Samada bahagian dapur atau ruang tamu, meja atau lantai atau dinding, adanya rekahan atau lubang membuatkan kawasan itu menjadi syurga pembiakan lipas. Jika bahagian berair, gunakan tampalan silikon. Ingat lebih banyak rekahan atau lubang lebih berpotensi lipas membiak.
  • Pastikan semua bahan makanan atau raw material dimasukkan dalam bekas yang tertutup atau kedap udara. Susun kesemuanya dengan rapi.
  • Apabila kerja pembersihan telah selesai, dapatkan khidmat syarikat Knockout Fumigation Sdn Bhd (019-226 0807) atau lain-lain syarikat yang berlesen untuk melakukan kerja pembunuhan membersihkan lipas. Langkah paling baik adalah dengan mengambil pakej servis bulanan. Minta syarikat melakukan kerja pemantauan pada perkara yang tidak kena dan segera laporkan pada anda untuk dibaiki.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Restoran saya banyak lipas kecil! apa nak buat?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment