Antara dilema para petani dalam menghasilkan tanaman yang baik dan mengekalkan jumlah penghasilan tanaman mereka adalah dengan mengawal serangan serangga perosak terhadap pokok.
Selama ini penggunaan bahan kimia nampaknya telah berjaya menyelesaikan masalah para petani tetapi malangnya, bahan kimia juga telah membunuh serangga dan makhluk bermanafaat lain yang berada di sekitar kawasan pertanian.
Untuk menyelesaikan masalah kematian makhluk yang tidak diingini hasil dari penggunaan bahan kimia, para saintis telah mengubah genetik pokok. Perubahan membuatkan pokok menghasilkan bahan toksik yang mampu membunuh serangga perosak yang menyerangnya. Inilah yang sedang dan telah dilakukan pada industri kapas dan juga jagung.
Dalam dunia meraikan hasil kejuruteraan pertanian yang cukup hebat sejak akhir-akhir ini. Saintis mendedahkan bagaimana serangga perosak tersebut kini telah berjaya sedikit demi sedikit mengadaptasi diri mereka sendiri untuk menghadapi pokok yang telah diubah genetiknya.
Maknanya selepas ini akan tiba masanya di mana serangga sudah tidak lagi dapat ditewaskan dengan pokok yang diubah genetiknya. Pada masa itu ia adalah serangga yang berbeza dari asalnya. Apakah kesannya pada persekitaran yang lain pula?
No comments:
Post a Comment