Sunday, July 29, 2012

Berhati-hati memilih syarikat pest control

  Ano Nyme       Sunday, July 29, 2012
Gunakan khidmat syarikat berlesen dan bertauliah

Kisah silap memilih syarikat pest control di India

Dua orang adik beradik yang tinggal di sebuah pangsapuri merasakan rumah mereka tidak selesa dengan seranga serangga dan makhluk perosak yang banyak.

Kebiasannya, serangga yang sering mengganggu di pangsapuri adalah seperti lipas, semut dan tikus.

Oleh kerana sudah tak tahan lagi dengan situasi tersebut mereka mendapatkan khidmat sebuah syarikat pest control.

Seperti biasa semua syarikat akan mendakwa mereka punyai formula yang cukup berkesan untuk membunuh apa saja dan melenyapkan masalah serangga perosak para pelanggannya.

Kadangkala syarikat akan mendakwa mereka punyai bahan kimia rahsia dan amat sakti bagi menyelesaikan semua masalah.

Kedua beradik tersebut bersetuju untuk menggunakan khidmat syarikat tersebut lalu meninggalkan pangsapuri mereka selama 2 hari untuk diproses oleh syarikat yang lantik.

Selesai dua hari mereka pulang dan masuk ke rumah pada satu malam dan terus membuka lampu dan ke dapur menyediakan makanan.

Tidak bebebapa lama kemudian kedua-duanya mula muntah-muntah dan terpaksa di kejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Malangnya kedua-dua saudara itu meninggal dunia tidak lama kemudiannya di hospital. Pemeriksaan mendapati mereka keracunan Aluminium Phosphide !.

Pastikan anda memilih syarikat yang bertauliah

Begitulah cerita malang yang telah berlaku akibat dari menggunakan khidmat syarikat pest control tidak bertauliah.

Berita baiknya adalah peristiwa tersebut berlaku di India dan belum lagi berlaku di negara kita Malaysia.

Untuk maklumat.anda, Aluminium Phosphide adalah bahan fumigan yang biasanya hanya digunakan dalam kawalan serangan serangga dan makhluk perosak di stor simpanan atau gudang bijirin sahaja.

Ia perlu dilakukan oleh fumigator bertauliah dan berlesen dan dikawal selia dengan ketat dari segi keselamatan.

Berkemungkinan sebab terlebih pandai dan tidak tahu undang-undang serta tidak mengambil tahu wujudnya kawalan dalam industri membahaya seperti pest control, maka ada pihak yang melihat ia satu peluang bagi membuat duit.

Jadilah pengguna bijak dengan memilih syarikat pest control berlesen

Di pihak pengguna pula, kurang peka pada hak dan undang-undang yang diparaktis di negara sendiri dalam industri pest control membuatkan mereka tidak sedar akan bahaya yang sedang mengintai.

Satu lagi masalah besar di kalangan pengguna di negara kita adalah kecdenderungan untuk membeli barang murah. Mereka tak kisah samada ia tiruan atau asli.

Barang murah sentiasa menjadi pilihan sehinggakan kadangkala keselamatan menjadi pertaruhan. Pastikan anda tahu hak anda sebagai pengguna!!!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Berhati-hati memilih syarikat pest control

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment