Wednesday, August 10, 2011

Syarikat Pest Control Disaman Kerana Buat Kerja Tak Ikut Arahan Label Racun

  Ano Nyme       Wednesday, August 10, 2011
Sebuah syarikat Pest Control di Hawaii di denda kerana tidak mengikut prosedur yang diwajibkan ketika menjalankan rawatan anai-anai di beberapa premis pelangganya.

Syarikat Kama'iana Termite and Pest Control tersebut di denda USD17,000 atas kesalahan menggunakan Vikane tanpa mengikut arahan seperti mana yang tertera pada label bahan racun tersebut.

Vikane adalah segenis gas atau fumigant yang tidak berbau dan tidak berwarna yang mengandungi Sulfuryl Fluoride yang amat merbahaya terhadap manusia jika terhidu atau tertelan.


Syarikat itu dipantau ketika menjalankan kerja-kerja kawalan anai-anai terbesar pernah dijalankan di Hawaii dengan menggunakan gas bagi merawat serangan ani-anai pada bangunan kondo 44 tingkat.

Rawatan anai-anai dengan menggunakan gas masih belum lagi pernah dijalankan di negara kita. Gas dari segi teknikalnya lebih berkesan kerana ia dapat meresap masuk pada struktur-struktur kaya dan mampu membunuh anai-anai serta segala serangga lain dengan lebih enyeluruh.- PS Sumber

Iklan: "PestSciences menyediakan perkhidmatan Pest Control secara profesional bagi menyelesaikan masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite inspection) secara percuma kepada mereka yang risau samada bangunannya diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com "
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Syarikat Pest Control Disaman Kerana Buat Kerja Tak Ikut Arahan Label Racun

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment