Khapra Beetle |
Khapra Beetle atau Kumbang Khapra (Trogoderma Granarium) merupakan salah satu daripada 100 species serangga yang paling ditakuti di dunia dalam industri pertanian.
Kumbang yang berasal daripada India ini mampu menghancurkan industri pertanian jika ia mula menyerang makanan rugi manusia seperti gandum, beras, barli dan lain-lain lagi seumpama dengannya.
Walaupun seekor kumbang yang bersaiz 2 ke 3 mm ini ditemui di mana-mana barangan import di mana-mana lapangan terbang atau pelabuhan sesebuah negara, ia akan menimbulkan suasana panik dan akan diberikan perhatian penuh sehinggalah dipastikan serangga tersebut berjaya dihapuskan keseluruhannya sebelum sesebuah komoditi tersebut dilepaskan oleh pihak kastam.
Dengan menggunakan rawatan fumigasi penyebaran kumbang ini di serata tempat di dunia telah dapat dihentikan dengan berkesan dan ia sebenarnya menyelamatkan makanan penduduk dunia dengan banyak tanpa serangan kumbang tersebut.
Baca berita tentang penemuannya di lapangan terbang Amerika baru-baru ini di sini.
[Iklan: "PestSciences menyediakan perkhidmatan Pest Control secara profesional bagi menyelesaikan masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite inspection) secara percuma kepada mereka yang risau samada bangunannya diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com "]
No comments:
Post a Comment