Menurut Holldobler dan Wilson (1994) dianggarkan sebanyak 9,500 spesis semut yang telah dikenal pasti oleh manusia dan jumlah mungkin meningkat lebih lagi sekarang ini dengan penemuan demi penemuan oleh para pengkaji serangga.
Menurut kajian yang dijalankan oleh USM pada pertengahan 80-an dahulu, semut merupakan masalah ke-3 penting kepada kita di Malaysia selepas nyamuk dan juga lipas.
Semut dikenali sebagai serangga berkumpulan yang saling bekerjasama dalam urusan mencari makan, pemindahan koloni, pembiakan dan juga mempertahankan diri daripada gangguan musuh. Untuk mengawal semut dengan baik, pemahaman tentang semut terutamanya dari segi biologi amat penting.
Secara umumnya terdapat 3 bahagian pada badan semut. Kepala, thorax (dada) dan juga abdomen (perut). Semut punyai sepasang sesunggut dan juga 3 pasang kaki. Kadangkala kita juga akan menemui semut yang bersayap.
Secara umumnya terdapat 3 bahagian pada badan semut. Kepala, thorax (dada) dan juga abdomen (perut). Semut punyai sepasang sesunggut dan juga 3 pasang kaki. Kadangkala kita juga akan menemui semut yang bersayap.
Yang membezakan semut bersayap daripada kelkatu adalah saiz sayap mereka. Kelkatu dan juga semut bersayap masing-masing memiliki 2 pasang sayap tetapi bagi kelkatu kedua-dua pasang saiz sayap mereka adalah sama manakala semut saiz sayap depannya lebih besar daripada saiz sayap belakang.
Salah satu sifat yang menarik yang ada pada semut adalah sikap mereka yang amat prihatin pada anak-anak semut samada di peringkat telur, larva atau pupa. Jika mereka mengesan ada gangguan maka mereka sanggup mengorbankan diri mereka demi untuk memindahkan anak-anak mereka ke kawasan yang lebih selamat. Ini tidak ada pada kebanyakan serangga lain.
Semut hidup secara berkumpulan yang dipanggil koloni. Jumlah semut dalm sesuatu koloni berbeza-beza daripada ratusan sehinggalah ribuan ekor semut. Dalam satu koloni terdapat sekumpulan pekerja, semut jantan dan juga permaisuri.
Segala tugasan kerja dilakukan oleh kumpulan pekerja. Mereka merayau mencari makan, memelihara anak-anak semut, menjaga keselamatan dan juga menjaga segala keperluan permaisuri. Umur juga memainkan peranan dalam tugasan semut pekerja. Bagi yang muda mereka lebih berada berdekatan dengan sarang manakala bagi yang lebih tua mereka merayau lebih jauh dari sarang untuk mencari makan.
Permaisuri merupakan semut yang bersaiz paling besar dalam sesuatu koloni. Tugasannya hanyalah menghasilkan telur. Permaisuri akan bersenyawa sekali sahaja dengan semut jantan bagi menghasilkan telur yang banyak sehinggalah akhir hayatnya.
Seperti juga anai-anai, sebuah koloni yang telah matang akan menghasilkan kumpulan semut jantan dan juga betina yang bersayap. Mereka akan terbang keluar daripada kumpulan tersebut untuk membentuk koloni yang baru. Persenyawaan mungkin berlaku antara semut jantan dengan semut betina di mana-mana ketika keluar dari koloni tersebut.
Semut jantan yang telah bersenyawa biasanya akan mati manakala semut betina atau permaisuri yang telah bersenyawa akan mula mencari tempat untuk menetaskan telurnya. Pada mulanya dia sendiri akan menjaga telur yang ditetaskannya sehinggalah lahirnya golongan pekerja yang akan mengambil alih semua tugasan tersebut.
Semut pekerja yang pertama dilahirkan oleh semut permaisuri pada mulanya adalah bersaiz kecil. Ini disebabkan oleh semut permaisuri hanya bergantung kepada sumber lemat dari badannya sendiri sahaja sebagai sumber makanan. Dengan lahirnya pasukan pekerja pertama ini, mereka akan mula menjalankan tugas mencari makan dan bermulalah pembinaan satu koloni yang besar.
Ada juga jenis semut yang tidak akan menghasilkan kumpulan semut bersayap apabila kumpulan tersebut telah matang. Jenis ini membina koloni baru melalui satu proses yang dinamakan "Tunas' (Budding). Ia adalah satu proses pemindahan oleh sekumpulan dari semut dalam koloni tersebut dengan membawa bersama sebahagian daripada telur dan juga larva.
Jika kita peka dan pernah memerhatikan tabiat semut ini, tentu kita akan terlihat sekumpulan semut sedang sibuk mengusung telur-telur mereka berpindah ke tempat lain. itu sebenarnya adalah proses pembentukan satu koloni baru. Namun ada juga keadaan di mana semut-semut tersebut sedang berpindah ke tempat tinggi apabila kawasan pembiakan mereka dilanda banjir.
Tabiat Makan Semut
Kebiasannya bahan makanan cecair di kongsi bersama antara semut dewasa di mana mereka akan terus makan jika terjumpa makanan cecair. Sebab itulah kita kadang kala dapat melihat semut yang perutnya membesar dan buncit. Makanan cecair ini tidak akan di bawa ke sarang.
Apabila mereka terjumpa bahan makanan yang keras, maka ianya akan dibawa ke sarang untuk diberikan pada anak-anak semut yang masih lagi dalam bentuk larva. anak-anak semut inilah sahaja yang berupaya makan makanan keras tersebut, menghadamkannya dan mengeluarkannya semula dalam bentuk lembut atau cecair. Ia seterusnya akan dikongsi bersama dengan semut-semut lain dan juga permaisuri.
Bahan makanan berupa karbohidrat akan di kongsi sesama pekerja manakala protien pula akan dikhaskan untuk permaisuri dan juga larva.
Komunikasi Semut
Semuat pekerja sentiasa keluar merayau dari sarang untuk mencari sumber makanan. Sebaik sahaja terjumpa bahan berupa pheromone akan dikeluarkan bagi memberi tanda untuk dikesan oleh semut-semut lain. Pheromone lain akan dikeluarkan apabila terdapat gangguan dari musuh bagi memberikan isyarat bahaya kepada kawan-kawan yang lain.
Bagi semut betina atau jantan, pheromone juga digunakan untuk membolehkan pasangan jantan menemui pasangan betina bagi proses persenyawaan.
Spesies Semut Yang Biasa Terdapat Di Rumah Kita.
- Semut Gatal (Monomorium pharoanis) - Semut kecil yang warna berbeza-beza daripada kuning hinggalah kemerah-merahan. Ia boleh ditemui di serata tempat di negara kita. Ia bersarang di dalam bangunan di sebalik dinding, di dalam perabot dan juga di kawasan taman. Makanannya adalah berbagai termasuklah makanan bergula seperti kek, jus dan gula-gula. Ia juga makan bahan protein dan juga lemak daripada daging, minyak dan juga serangga-serangga lain.
- Semut Kepala Besar (Pheidole megacephala) - Biasa terdapat di kawasan bandar atau pinggir bandar di dalam rumah terutamanya di bahagian dapur. Ia gemar makan berupa daging dan lemak. Biasanya terdapat 2 saiz yang berbeza daripada satu koloni. Satu bersaiz besar dan satu lagi bersaiz lebih kecil. Perbezaan boleh dilihat pada saiz kepalanya yang besar. Semut ini berwarna samada kuning kemerahan atau perang muda.
- Semut Mayat (Tapinoma melanocephalum) - Ia boleh dikenali dengan baunya yang busuk apabila dipenyek.Ia bersarang di sekitar batau atau papan jika berada di kawasan luar rumah. Jika didalam rumah ia biasanya bersarang dikawasan rekahan yang ada di sekitar dapur atau sinki rumah yang lembab. Makanan utamanya adalah yang berasaskan gula.
- Semut Gila (Paratrechina longicornis) - Ia dikenali melalui kaki dan juga sesunggutnya yang panjang. Tabiat berjalannya juga berselerak tidak menentu, tidak tersusun dan tidak teratur. Mungkin sebab itu dia mendapat nama 'gila'. ia boleh ditemui ditempat-tempat kering dalam bangunan dan juga tempat sedikit lembab di luar bangunan. Ia makan bahan bergula, serangga mati dan juga buahan.
- Semut Api (Solenopsis spp) - Ia biasanya bersarang di atas tanah dengan membina timbunan tanah berupa kawah di serata tempat di sekitar sarangnya. Ia akan mempertahankan sarangnya secara agresif jika sarangnya diganggu. Ia biasa menyerang menggigit dan menyengat manusia dan juga binatang peliharaan.
Masalah yang dihasilkan oleh semut
- Ia biasanya menggangu ketenteraman manusia dengan kehadiran yang banyak dalam bentuk berkumpulan.
- Semut yang masuk ke dalam makanan atau minuman akan mendatangkan rasa jengkel kepada kita.
- Ada spesies seumpamanya semut api yang mampu menggigit kita sehingga menimbulkan gatal dan pustul dan melepuh.
- Terdapat juga semut yang bersarang di dalam struktur kayu yang boleh mendatangkan kerosakan pada kayu tersebut. (Semut Tukang kayu).
- Ia juga mampu menjadi vektor mekanikal kepada penyakit manusia dengan mengjangkitkan organisma patogen setelah merayau pada bahan-bahan kotor.
- Semut Gatal mendatangkan masalah dalam industri perubatan kerana ia sering mencemarkan peralatan pembedahan dan juga memakan luka-luka pesakit yang terlantar di atas katil.
No comments:
Post a Comment