Terdapat banyak bahan yang sememangnya sudah tersedia di rumah kita yang boleh digunakan untuk mengawal serangan semut. Kapur, tepung penaik, bedak bayi, cili api, dan cuka mampu menjadi bahan kawalan semut.
Sebagi contoh, jika diletakkan serbuk kapur pada laluan, semut pasti tidak akan melintas halangan yang berupa serbut kapur tersebut. Walau bagaimanapun semua bahan yang digunakan di atas hanya akan menghalang sejumlah semut yang berkeliaran dirumah kita sahaja dan tidak menghapuskan ribuan semut yang berada di sarang mereka.
Terdapat juga tanaman yang mampu menghalau semut dan serangga lain. Pokok seperti 'Sage', 'Tansy', 'Spearmint', 'Catnip', dan 'Peppermint' merupakan pokok-pokok yang mampu menghalau semut dan juga serangga lain.
Berikut adalah beberapa petua mudah untuk anda amalkan bagi kawalan semut di rumah anda yang boleh anda lakukan sendiri.
- Semut akan menjadikan benda yang keras sebagai laluan mereka dan kebiasannya mereka bersarang diluar rumah dan masuk ke dalam melaui rekahan atau celahan yang terdapat pada struktur rumah. Pastikan anda menutup semua rekahan yang terdapat pada struktur rumah anda dengan bahan yang sesuai. Semua rekahan pada dapur, sinki, saluran wayar dan paip hendaklah ditutup. Carilah punca kemasukan semut ke rumah anda pada waktu malam dan lakukan aktiviti tampalan dengan segera.
- Semut memerlukan air untuk hidup, jadi dengan menjadikan penginapan rumah anda sekering mungkin akan menurangkan risiko serangan semut dan menghalangnya dari membiak. pastikan tiada lansung kebocoran pada paip, saluran najis, dapur dan sentiasa mengelap kawasan rumah terutamanya dapur anda.
- Jika terdapat sumber air atau makanan haiwan di luar rumah anda, pastikan ianya terpelihara. makanan haiwan terutamanya hendaklah dimasukkan dalam bekas yang kedap udara.
- Jika anda makan di kawasan selain dari dapur, pastikan lantai rumah anda sentiasa bersih dan vacum segala serpihan makanan. Jika anda rajin mop lantai, susuli dengan vacum kerana biasanya mop dilekati dengan bahan makanan yang cukup untuk semua semut di rumah anda. Jika berlaku tumpahan segera keringkan. kalau boleh elak dari meletakkan bakul sampah kecil sisa makanan di bawah meja.
- Pastikan ada pengaliran udara yang baik pada ruang dapur dan juga tandas rumah anda ini dapat mengelakkan pembentukan kesan kelembapan pada dinding. Pasang ventilator jika boleh.
- Tong sampah dan juga bekas makanan perlu dipastikan sentiasa bersih dan kering. Bahan makanan yang telah dibuka dari kotak kertas seperti cereal hendaklah ditukar bekasnya dengan yang kedap udara. Jika tidak semua makanan anda akan dirosakkan oleh semut.
- Lihat sekeliling kawasan luar rumah anda terutamanya pada dinding luar dan bumbung. Jika terdapat rimbunan atau pokok yang dahan serta daunnya menyentuh dinding atau bumbung segeralah cantas. Jangan biarkan semut menjadikan dahan pokok sebagai tangga untuk mereka masuk ke dalam rumah anda.
- Jika anda ada tanaman di sekeliling rumah, sentiasa bersihkan daun atau dahan yang terjatuh. Jika dibiarkan, ia menjadi pusat sarang semut yang baik. Jika anda mahu masukkan pasu dengan tanaman ke dalam rumah, pastikan ia bersih. jangan sampai anda masukkan tanaman berserta dengan sarang semut ke dalam rumah anda.
- Pastikan anda merawat pokok yang patah atau yang berlubang jangan sampai ia membentuk lumut atau mendapan. Ini bakal menjadi sarang semut jika dibiarkan. Pelepah-pelepah mati pohon palma juga berpotensi menjadi sarang semut yang baik, oleh itu uruskan dengan baik dengan segera pisahkan dari dahan dan bersihkan kekotoran pada pokok.
- Bahan binaan yang tidak dipakai atau terbuang elok jika tidak disimpan. Jika anda rasa sayang untuk membuangnya janganlah susun di atas tanah dan bersentuhan dengan dinding rumah anda. Susun jauh dari rumah dan pada tempat yang cukup tinggi seeloknya lebih dripada satu kaki dari lantai. Ini dapat mengelakkan dari ia menjadi sarang semut atau tikus dan juga lain-lain serangga.
- Beri perhatian pada baja compos yang anda gunakan dalam berkebun. Ia mengandungi sumber makanan yang baik buat semut dan jika stok baja anda tidak diuruskan dengan baik, ia juga boleh menadi sarang semut.
- Pasir halus jika di ratakan di sekeliling rumah anda antara dinding dengan tanah boleh menjadi bahan kawalan semut dari masuk ke rumah. ini juga memudahkan serapan bahan kimia racun semut jika anda perlu menyemburnya di luar sekeliling rumah anda.
- Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut teknik yang lebih berkesan dalam kawalan semut anda perlu mengenali jenis semut yang menyerang rumah anda. lain semut lain pula peel serta tabiat makanannya. Dapatkan maklumat pada mereka yang pakar dalam mengenal pasti jenis semut.
- Jalan yang terbaik dalam kawalan semut adalah dengan mengambil khidmat syarikat kawalan serangga perosak yang berkaliber dan berlesen. Mereka biasanya akan mengenal pasti jenis semut yang menyerang rumah anda dan akan menyediakan jalan penyelesaian dan teknik rawatan yang sesuai.
No comments:
Post a Comment