Presiden PCAM, Ang Tang Long menjawab soalan dalam AGM baru-baru di sebelah kirinya adalah setiausaha PCAM, Wan Kong Meng |
Terdapat banyak syarikat kawalan serangga di Malaysia yang beroperasi terutamanya di bandar-bandar besar seperti KL, Johor, dan Pulau Pinang.
Walaupun begitu hanya terdapat sebanyak 358 syarikat berlesen di seluruh negara yang beroperasi secara sah dari segi undang-undang. Daripada 358 syarikat tersebut sebanyak 191 merupakan ahli kepada PCAM.
PCAM merupakan satu persatuan yang menjadi wakil kepada para peniaga dalam industri kawalan serangga dan makhluk perosak ini yang berusaha memastikan industri ini berkembang maju seiring dengan keperluan negara.
Pihak kementerian pertanian sentiasa merujuk kepada PCAM dalam usaha memastikan industri ini dapat memenuhi keperluan pengguna dan dalam masa yang sama meningkatkan taraf industri in seiring dengan kemajuan negara.
Baru-baru ini bertarikh 25hb Sept 2010, PCAM telah mengadakan mesyuarat agongnya bertempat di pejabat persatuan di Pandan Perdana. Berikut adalah gambar sekitar mensyuarat tersebut dijalankan.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai PCAM dengan melawat website www.pcam.com.my
Para exco membentangkan mesyuarat. |
Bendahari PCAM, Chong Yee Seng |
VP Membership, Gan Wilson |
VP Project Development, Johnny Ooi |
VP Communication, Mohd. Anuar Ahmad |
Wakil dari syarikat Entopest memberikan komen |
Para ahli berbual di belakang pejabat setelah tamat mesyuarat. |
No comments:
Post a Comment