Sunday, September 5, 2010

Lipas

  Ano Nyme       Sunday, September 5, 2010
Semua orang mengenali lipas, hampir di semua penempatan manusia tidak dapat lari daripada kelibat serangga perosak berbentuk oval serta leper ini. Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai serangga perosak dan juga serangga pembawa penyakit ini:

  1. Lipas wujud sejak 350 juta tahun dahulu lagi.
  2. Lipas merupakan salah satu daripada serangga yang amat berjaya dalam menyesuaikan diri mereka untuk tinggal di muka bumi ini dalam apa jua keadaan.
  3. Terdapat lebih kurang 3500 spesis lipas di seluruh dunia.
  4. Terdapat 8 jenis spesis utama yang sering menyerang penempatan manusia. 5 darinya bersaiz besar (lebih dari 1 inci) dan 3 lagi bersaiz kecil (lingkungan 1/2 inci).
  5. Ia wujud di hampir seluruh pelusuk dunia dalam berbagai habitat yang berbeza.
  6. Lipas aktif di waktu malam dan rehat pada waktu siang.
  7. Lipas tinggal dalam kumpulan dan rehat dalam keadaan belakangnya menyentuh sesuatu permukaan.
  8. Lipas makan segala jenis makanan tetapi lebih tertarik kepada jenis makanan yang berkanji termasuklah gam dan juga bahan berwarna, sebab itu kita dapati bahan-bahan seperti envelop, stem, binding buku dan sebagainya kadangkala di makan lipas.
  9. Lipas mempunyai tabiatnya yang suka mencari makan di kawasan kotor seperti tempat kumbuhan najis, tempat pembuangan sampah, di celah-celah longkang, celahan atau rekahan dapur dan tandas.

Di sebabkan tabiat lipas yang sering merayap di kawasan kotor, ia merupakan serangga perosak yang banyak mendatangkan kesan negatif kepada manusia. Berikut adalah antara kesan negatif lipas terhadap manusia.

  1. Menyebabkan pencemaran kepada makanan manusia, peralatan dapur dan peralatan makan. Kuman yang banyak terdapat pada kaki serta badan lipas melekat pada bahan makanan serta peralatan manusia. Ini dapat menimbulkan berbagai penyakit seperti
    • Keracunan makanan
    • Rasa mual
    • Kekejangan perut
    • Muntah-muntah
    • Cirit birit serta berak darah
  2. Lipas merupakan vektor pembawa penyakit kepada manusia.
  3. Lipas mendatangkan gejala yang dinamakan "entomophobia" kepada manusia iaitu rasa ngeri dan takut terhadap lipas yang boleh memberikan rasa tertekan terhadap manusia. kajian di Anerika menunjukkan bahawa seramai 35% wanitanya mengalami masalah entomophobia ini.
  4. Kawasan yang diserang lipas akan menyebabkan bau yang tidak selesa dan memualkan.
  5. Najis serta peninggalan kumuhan lipas juga memberikan kesan alergi seperti gatal kulit, mata berair dan bersin tidak berhenti kepada manusia yang alah kepada lipas.
  6. Bagi mereka yang menghidapi masalah lelah, serangan alergi dari lipas dapat memberikan kesan yang merbahaya dan kadangkala boleh membawa maut.
Daripada segala kesan yang boleh didatangkan oleh lipas di atas adalah penting kita berusaha sedaya upaya untuk menjauhkan diri kita serta keluarga daripada lipas. Berikut adalah 3 asas penting dalam mengawal serangan lipas.
  1. Menjaga kebersihan persekitaran. Jadikan amalan kebersihan yang tinggi sebagai gaya hidup kita.
  2. Teknik aplikasi racun lipas yang sesuai dan berkesan.
  3. Memahami tabiat serta sifat biologi lipas dengan baik.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Lipas

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment