Lipas akan mati hanya dengan jumlah racun yang amat sedikit. |
Racun makhluk perosak di Malaysia adalah bahan kawalan di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Pindaan 2004). Ini membuatkan segala bahan yang berupa racun makhluk perosak tidak boleh dijual atau disimpan dengan sewenang-wenangnya.
Terdapat beberapa undang-undang lain lagi yang mengawal racun makhluk perosak di negara kita, ini termasuklah:
- Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 (Pindaan !995)
- Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Pindaan 1985 dan 1996)
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
- Akta (Pewasapan) Hidrogen Sianida 1953 (Semakan 1981)
Dengan adanya berbagai akta bagi mengawal Racun Makhluk Perosak tersebut di atas, kita dapat melihat betapa kerajaan memandang serius terhadap penggunaan racun makhluk perosak ini. Kawalan amat perlu bagi memelihara keselamatan pengguna, manusia atau haiwan sekeliling dan juga alam sekitar.
Racun Makhluk Perosak diklasifikasikan kepada 5 peringkat berdasarkan tahap kemudaratannya kepada pengguna :
Kelas | Warna Pada Label | Amaran |
Ia | Hitam | TERSANGAT BERACUN (Disertai lambing tengkorak dan tulang bersilang) |
Ib | Merah | SANGAT BERACUN (Disertai lambing tengkorak dan tulang bersilang) |
II | Kuning | BERACUN |
III | Biru | BERBAHAYA |
IV | Tiada | Tiada |
Label racun Kelas IV yang biasa kita gunakan |
Ia merupakan tahap yang paling ringan atau kurang merbahawa kepada pengguna, namun perlu diingat bahawa racun tetap racun dan perlu digunakan dengan berhati-hati.
Perkara asas yang paling utama sekali demi menjaga keselamatan kita, sebelum kita menggunakan atau membeli sebarang racun ialah pastikan racun tersebut telah berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak.
Paling merbahaya |
No. Pendaftaran: LRMP. R9/9999
Semua racun yang berdaftar akan mempunyai maklumat yang terperinci yang perlu dibaca sertai diketahui oleh para pengguna. Maklumat yang perlu ada ialah:
- Nama syarikat atau proprietari
- Formulasi Racun
- Kegunaan racun
- Kandungan bersih
- Kenyataan bahan
- Nama bahan aktif, bahan lengai berserta peratusan
- Maklumat tanda keracunan serta pertolongan cemas atau rawatan
- Nama dan alamat syarikat yang mendaftar
- Tarikh pembuatan
- No pendaftaran
- Kelas atau tahap bahaya
- jalur warna
- Kenyataan amaran
- Cara penggunaan
- Kenyataan tentang thao kekal sisa
- Cara pembuangan bekas
Dengan memahami segala maklumat racun, kita dapat mengelakkan kesan sampingan yang memudaratkan apabila kita menggunakannya.
Secara ringkasnya racun mamasuki badan melalui 4 cara berikut:
- Menerusi Kulit - elakkan racun dari terpercik pada permukaan kulit kita.
- Menerusi Mulut - elakkan menyimpan racun di dalam bekas makanan atau bersama dengan tempat menyimpan makanan. Jangan memegang makanan selepas menggunakan racun.
- Menerusi Hidung - Pastikan pengaliran udara adalah baik ditempat racun digunakan, patuh arahan label untuk memakai penutup hidung jika ada.
- Menerusi Mata - Racun yang memasuki mata boleh menyebabkan buta atau kematian, pastikan anda melindungi mata anda dari racun. Jangan menggosok mata dengan tangan anda selepas menggunakan racun.
Berhati-hati dengan racun serangga yang tidak berdaftar. Bahan yang digunakan mungkin dapat membunuh serangga dan juga manusia sekali gus. |
Sebagai pengguna yang perihatin, kita akan amat berhati-hati dalam pengurusan racun. Jadi pastikan kita tidak membeli racun yang tidak berdaftar sepertimana yang banyak terjual di pasar-pasar malam atau di tepi-tepi jalan. Kita tidak tahu apa kandungan yang dimasukkan ke dalam rcun-racun tersebut dan tahap merbahayanya kepada manusia. Jalan yang lebih selamat adalah dengan mengelakkan diri dari membelinya.
No comments:
Post a Comment