Saturday, January 2, 2010

PestSciences Genap Satu Tahun - Misi 2010

  Ano Nyme       Saturday, January 2, 2010

Alhamdulillah masuknya tahun 2010 bermakna genaplah usia syarikat PestSciences satu tahun. PestSciences mula beroperasi pada awal Januari tahun 2009 di mana ia merupakan satu penubuhan yang bermatlamat bagi menjadikan sebuah syarikat pengurusan makhluk dan serangga perosak yang berkualiti tinggi dan disegani di rantau ini.

Syarikat sebenarnya memulakan perniagaan kawalan serangga dan makhluk perosak melalui sebuah syarikat lain yang dikenali sebagai Knockout Fumigation Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 1998. Setelah beroperasi selama lebih kurang 10 tahun, pihak pengurusan telah bernekad untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan dengan visi yang lebih tinggi.

Maka melalui penggabungan kumpulan pengurusan yang lebih mantap yang membawa bersama mereka pengalaman dalam industri kawalan serangga dan makhluk perosak ini selama lebih dari 20 tahun, satu strategi baru telah dirangka bagi mencapai visi baru iaitu membina sebuah syarikat pengurusan serangga dan makhluk perosak yang terbaik dan terbesar di rantau ini.

Sebagai langkah permulaan, pihak pengurusan merasakan satu penjenamaan yang lengkap tidak dapat lari dari memulakannya dengan satu nama syarikat yang melambangkan ciri-ciri yang universal dan global. Atas alasan tersebut maka lahirlah jenama PestSciences pada bulan Januari 2009.

Hasil usaha gigih pihak pengurusan dalam masa yang singkat PestSciences telah berjaya mendapatkan pelanggannya yang pertama iaitu syarikat yang dikenali diseluruh dunia dalam industri logistik DHL.

Bermula di situ PestSciences terus melakarkan kejayaan demi kejayaan dengan menambah satu demi satu senarai pelanggannya yang rata-rata merupakan antara syarikat yang besar dan terkenal di Malaysia.

Pada bulan Julai 2009, syarikat berjaya mendapatkan hak sebagai penjual dan pemasang yang diiktiraf teknologi pengumpanan anai-anai yang bertaraf dunia iaitu XTERM yang mana ini menambahkan lagi kredibiliti syarikat dan meletakkan syarikat atas landasan yang lebih kukuh dalam merealisasikan visinya.

Genap setahun pada Januari ini, syarikat telah meletakkan dua misi yang mudah tetapi amat penting dalam mencapai visi jangka panjang syarikat. Misi PestSciences pada tahun 2010 ini ialah:

1. PestSciences menjanjikan kepada semua pelanggannya bahawa mulai dari saat ini, PestSciences akan memastikan semua anggotanya memandang tinggi pada ketepatan masa. PestSciences memandang serius pada keupayaan menguruskan masa samada dalam segala aktiviti dalamannya maupun terhadap para pelanggannya.


2. PestSciences juga berazam untuk memastikan segala janji terhadap semua pihak yang terlibat secara lansung dengan syarikat akan dikotakan. Ini bermakna PestSciences tidak akan berkompromi dengan perkhidmatan yang tidak mencapai matlamatnya. Semua para pelanggan PestSciences bakal menerima perkhidmatan yang amat memuaskan dari segi keberkesanan kerja atau wang anda dipulangkan.

Semoga dengan 2 misi penting di atas, syarikat akan bergerak lebih jauh lagi dan dapat mendekatkannya lagi mencapai visinay menjadi syarikat pengurusan serangga dan makhluk perosak yang terbaik di rantau ini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, PestSciences Genap Satu Tahun - Misi 2010

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment